Home > Laman Utama > Tahap Kejadian Karies Gigi

Tahap Kejadian Karies Gigi

Download:

 

Enamel, cengkerang luar gigi, adalah tisu yang paling keras dalam badan manusia. Enamel yang berwarna putih melindungi lapisan dalam gigi bergelar dentin dan sebuah kawasan khas yang dipanggil rongga Pulpa.

Rongga pulpa mengandungi satu sistem saluran darah, saluran limfa dan urat saraf yang masuk dari tulang melalui kanal pulpa Sistem ini menyediakan khasiat untuk sel-sel di dalam gigi. Dentin pula ialah bahagian berwarna kuning yang juga keras tetapi tidak sekeras Enamel.

Karies atau kerosakan gigi bermula daripada bahagian Enamel dan sekiranya tidak dirawat, satu kaviti boleh terbentuk dan karies terus menjalar masuk ke bahagian dentin.

Apabila karies hampir ruang pulpa  ia boleh menyebabkan gigi menjadi semakin sensitif pada makanan/minuman sejuk dan panas.

Karies yang menjangkiti pulpa akan terus merebak dengan cepat dan menyebabkan  keradangan dan kematian pulpa gigi. Rasa sakit  gigi juga akan meningkat dan boleh berlaku secara spontan.

Jika diabaikan, keradangan akan menular jauh ke dalam sehingga ke akar dan tisu tulang dan boleh menyebabkan abses periapical. Ini boleh menyebabkan sakit gigi yang berterusan dan kebengkakan di muka.

Kerosakan pada keseluruhan bahagian gigi boleh menyebabkan kematian gigi yang memerlukan rawatan salur akar gigi atau dicabut.

T
Tahap Kejadian Karies Gigi

Talasemia

Tekanan Darah Tinggi

Teknik Penyusuan Susu Ibu

Tonsillitis