A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Susu dan Sihat (Minum Susu Untuk Lebih Sihat)

Susu adalah makanan yang mengandungi hampir kesemua nutrien yang diperlukan oleh badan. Malah, susu juga adalah sumber nutrisi utama yang perlu diberikan kepada anak pada peringkat awal pertumbuhan mereka dan ia harus diamalkan sepanjang usia.

Nutrien dalam susu

Susu kaya dengan sumber vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh. Sumber vitaminnya adalah :

  1. vitamin A
  2. vitamin D
  3. vitamin K
  4. kumpulan vitamin B iaitu;
    • riboflavin
    • niasin
    • vitamin B6
    • vitamin B12.

Sumber mineralnya pula adalah :

  • kalsium
  • magnesium
  • fosforus
  • potassium
  • zink
  • ferum/zat besi

Kalsium adalah penting untuk menjadikan tulang dan gigi yang kuat. Ia amat diperlukan oleh kanak-kanak dan orang dewasa untuk kekuatan tulang.

Penyerapan kalsium dan pertumbuhan tulang pada waktu kemuncaknya adalah sehingga umur 20 tahun, dan kemudian berkurangan pada sekitar umur 30 tahun.

Pengambilan kalsium yang mencukupi, ditambah pula dengan pengambilan vitamin D, boleh meningkatkan jisim tulang dan ia juga boleh mengurangkan kehilangan jisim tulang semasa penuaan.

Selain kalsium, susu dan produk tenusu juga kaya dengan protein.

Tahukah anda?

Daripada hidangan makanan yang diambil setiap hari, tiada satu pun yang boleh menyamai kepentingan dan kebaikan yang boleh diperoleh daripada segelas susu.

Susu adalah makanan yang mengandungi hampir kesemua nutrien yang diperlukan oleh badan. Malah, susu juga adalah sumber nutrisi utama yang perlu diberikan kepada anak pada peringkat awal pertumbuhan mereka dan ia harus diamalkan sepanjang usia.

Kenapa Perlu Minum Susu?

 

  • Vitamin D — Kebanyakan susu diperkaya dengan vitamin D. Vitamin D penting untuk membolehkan tulang menyerap kalsium.
    • Vitamin D boleh diperoleh secara semulajadi jika kita mendapat cukup cahaya matahari (terutama pada waktu awal pagi). Namun, tidak ramai yang berpeluang untuk mendapatkan cahaya matahari pada awal pagi. Jadi, cara paling mudah adalah minum susu yang diperkaya dengan vitamin D.
    • Vitamin D juga dipercayai dapat menyumbang dalam mengurangkan risiko beberapa penyakit seperti kanser dan tekanan darah tinggi.
  • Susu dan produk tenusu yang diambil dalam diet harian dapat membantu dalam pembinaan dan pengekalan jisim tulang. Seterusnya akan dapat mengurangkan risiko osteoporosis (tulang rapuh).
  • Susu juga dapat mengurangkan risiko mengalami tekanan darah tinggi. Dengan kata lain, nutrien yang terdapat dalam susu seperti potasium, magnesium dan kalsium dapat membantu mengekalkan tekanan darah yang sihat.

Berapa banyak saya perlu minum susu?

1 gelas susu = 250 ml

Maklumat pemakanan bagi 1 gelas susu tepung penuh krim

Kalori

143 kcal

Kalsium

183.4 mg

Karbohidrat

10.6 g

Protein

8 g

Lemak

7.7 g

Kalium

216.2

Vitamin C

1.8 mg

 

Saranan 1

Ambil susu dan produk tenusu setiap hari.

  • Tingkatkan pengambilan susu dengan menambah produk susu yang rendah kandungan gula ke dalam makanan atau minuman.
  • Tambahkan susu ke dalam oat, bijirin dan puding berbanding menggunakan air.
  • Pilih produk tenusu berbanding krimer bukan tenusu.
  • Bagi individu yang perlu menurunkan berat badan, susu dan produk tenusu yang rendah lemak adalah pilihan yang sihat.

Saranan 2

Gantikan susu pekat manis dan susu isian pekat manis dengan susu dalam bentuk cecair atau tepung.

  • Jika boleh, gunakan susu tanpa perisa.
  • Jangan tambah gula sekiranya anda memilih produk tenusu yang manis.

Bagi yang tidak gemar minum susu…

Bagi yang tidak boleh minum susu atau mengalami toleransi laktosa…

Rujukan

  1. Malaysian Dietary Guidelines 2010, Ministry of Health Malaysia.
  2. Ringkasan Panduan Diet Malaysia 2010, Kementerian Kesihatan Malaysia.
  3. Atlas Makanan : Saiz Pertukaran & Porsi Edisi Kedua, 2009, S. Suzana et. al.
Semakan Akhir : 28 Februari 2018
Penulis : Fatimah Zurina binti Mohamad
Akreditor : Prof. Dr. Norimah binti A. Karim

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,281,480

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia