A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Remaja
  4. /
  5. Remaja Umum
  6. /
  7. Sukarelawan Remaja

Sukarelawan Remaja

  1. Apa itu kegiatan sukarela?

    Kegiatan sukarela adalah aktiviti secara individu atau berkumpulan yang dilakukan dengan tujuan membantu individu atau komuniti tanpa sebarang bayaran atau ganjaran.

    Kehidupan seorang remaja dipengaruhi oleh pelbagai faktor sosial, komuniti dan keluarga.

    Secara am seseorang remaja memang gemar membantu orang lain tetapi malangnya mereka tidak ditanya. Jika diminta, remaja 4 kali lebih berkemungkinan membantu berbanding dengan orang dewasa.

    Ibu bapa yang menjalankan aktiviti sukarelawan juga secara tidak langsung mendorong anak remaja mereka terlibat dalam  aktiviti sukarelawan.

    Terdapat pelbagai jenis aktiviti sukarelawan:

    • Berasaskan sekolah – membantu kanak-kanak melengkapkan kerja-kerja sekolah, memberi tuisyen dan aktiviti sukan.

    • Berasaskan hospital – membaca buku untuk pesakit dan bantuan beribadah

    • Haiwan – membantu di zoo dan rumah perlindungan haiwan

    • Alam persekitaraan – membantu dalam aktiviti pemuliharaan alam sekitar termasuk kebersihan premis dan taman awam

    • Rumah orang tua – membantu mereka yang uzur

    • Pertubuhan komuniti – aktiviti di muzium dan  perpustakaan

  2. Apakah faedah penglibatan dalam aktiviti sukarelawan?

    Ianya membantu individu khususnya remaja:

    • Memahami kehidupan dan kesengsaraan orang lain serta aspek perikemanusiaan

    • Mendapat pengalaman dari aktiviti kesukarelawan yang sangat berguna kepada remaja di masa hadapan

    • Memahami cara-cara menyelesaikan masalah.

    • Terlibat dalam aktiviti kesukarelawan yang biasanya menyeronokan. Remaja boleh berkongsi pengalaman, kemahiran dan bakat antara satu sama lain.

    • Memupuk semangat dan kualiti kepimpinan dikalangan sukarelawan

    • Meningkatkan nilai diri (self-esteem) dan menambah sifat daya tahan (resilience) di hati remaja.

    • Menjalinkan silaturrahim di kalangan masyarakat dan komuniti setempat.

    • Mengurangkan peluang remaja yang terlibat dalam aktiviti sukarela terjerumus dalam aktiviti berisiko tinggi.

    • Membawa perubahan positif dan meningkatkan imej sekolah, komuniti, kolej dan menjadikan dunia ini tempat yang lebih sesuai diduduki manusia secara amnya.

    • Membantu mereka yang kurang berkemampuan fizikal dan yang miskin.

    • Memperolehi mata merit yang lebih dan berpeluang untuk mendapat biasiswa.

    • Mempunyai peluang yang cerah untuk mendapat pekerjaan yang diminati.

    • Berpeluang bertemu rakan baru dari pelbagai lapisan masyarakat. Rangkaian komunikasi remaja juga bertambah.

    • Memupuk semangat bertanggungjawab remaja terhadap masyarakat

    • Kajian juga menunjukkan risiko yang rendah untuk mendapat penyakit kardiovaskular, obesiti di kalangan sukarelawan.

  3. Pertubuhan bukan kerajaan di Malaysia yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti sukarelawan.

    Befrienders Kuala Lumpur
    http://www.befrienders.org.my/
    95 Jalan Templer, 46000 Petaling Jaya, Selangor

    Malaysian Volunteer Fire & Rescue Association
    http://www.mvfra.org/
    32 Jalan Wirawati 6, Taman Maluri, 55100 Kuala Lumpur

    Malaysian Youth Council MYC – Majlis Belia Malaysia MBM
    http://www.belia.org.my/
    Wisma MBM, Jalan Tasik Permaisuri 2, Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur

    Mercy Malaysia – Malaysian Medical Relief Society. A medical volunteer relief organization
    http://www.mercy.org.my/
    45C Jalan Mamanda 9, Ampang Point, 68000 Ampang

    Penyayang – Yayasan Budi Penyayang Malaysia
    http://www.penyayang.org.my/
    2nd Floor Wisma Lejadi, 50 Jalan 27/70A, Desa Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur

    Persatuan Kebajikan HOPE Worldwide KL
    http://www.malaysia.hopeworldwide.org/
    Lot B7 2nd Floor Blk B, KL Plaza, 179 Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia

    Pink Triangle
    7C-1 Jalan Ipoh Kecil, Off Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur
    www.ptfmalaysia.org/

    PROSTAR Club
    http://www.prostar.gov.my/

    R.E.A.C.H. – Regional Environmental Awareness Cameron Highlands
    http://www.reach.org.my/
    1 Jalan Besar, 39100 Brinchang, Cameron Highlands, Pahang

    South East Asian Central Banks (SEACEN) Research & Training Centre
    http://www.seacen.org/

    St John Ambulance of Malaysia
    http://www.sjam.org.my/
    41 Jalan Shelley, off Jalan Peel, 55100 Kuala Lumpur

    Women Crisis Centre Penang – Pusat Krisis Wanita
    http://www.wccpenang.org/
    24-D Jalan Jones, 10250 Penang

    FFPAM – Federation of Family Planning Associations, Malaysia
    81B Jalan SS15/5A, 47500 Subang Jaya
    http://www.ffpam.org.my/

    Hospis Malaysia
    http://www.hospismalaysia.org/

    Malaysia Crime Prevention Foundation MCPF – Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia
    http://www.emcpf.org/
    Lot F1-24, First Floor City Point, Kompleks Dayabumi, 50050 Kuala Lumpur.

    Malaysian Nature Society
    http://www.mns.org.my/
    JKR 641, Jalan Kelantan, 50480 Kuala Lumpur

    Malaysian Volunteer Fire & Rescue Association – MVFRA
    http://www.mvfra.org/
    32 Jalan Wirawati 6, Taman Maluri, 55100 Kuala Lumpur

RUJUKAN

  • Kids Health – http://kidshealth.org/teen/school/volunteering.html

Last Reviewed : 9 October 2014
Writer : Dr. Thiyagar Nadarajaw
Accreditor : Dr. Nik Rubiah bte. Nik Abdul Rashid

 

Artikel Berkaitan

Berbelanja Atas Talian

Berbelanja atas talian adalah cara yang paling baru dan paling mudah untuk berbelanja terutamanya dikalangan remaja. Menurut tinjauan yang dilakukan di Amerika, 40% remaja terlibat dalam pembelian secara talian

Etika YouTube

Sumber: http://www.molotov-jukebox.co.uk/sharingIcons/icon_youtube.png Etika YouTube secara umumnya memberi tumpuan kepada pengguna

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 219,236,174

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-19 14:25:57
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia