A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Pemulihan Perubatan (Carakerja)
  6. /
  7. Stimulasi Kognitif Untuk Pesakit...

Stimulasi Kognitif Untuk Pesakit Kecederaan Otak (TBI)

Kecederaan otak (TBI) berlaku akibat daripada kemalangan jalanraya,terjatuh dan dipukul. Ia juga boleh berlaku disebabkan oleh objek seperti peluru yang menembusi dan memecahkan bahagian tisu otak.

Pengenalan

Kecederaan otak (TBI) berlaku akibat daripada kemalangan jalanraya,terjatuh dan dipukul. Ia juga boleh berlaku disebabkan oleh objek seperti peluru yang menembusi dan memecahkan bahagian tisu otak. Kecederaan otak dikalsifikasikan berdasarkan keterukan,mekanisma dan bahagian otak yang tercedera.

Kesan Kecederaan otak terhadap fungsi kognitif

Kecederaan otak boleh memberi kesan terhadap fungsi kognitif pesakit. Antara kesan tersebut adalah, masalah dalam mempelajari sesuatu perkara yang baru, masalah tumpuan,orientasi masa dan tempat serta lemah daya ingatan. Selain daripada itu, kecederaan otak juga menyebabkan seseorang mempunyai masalah dalam membuat keputusan dan meneyelesaikan masalah.

Stimulasi Kognitf

Stimulasi kognitif merupakan satu teknik yang membolehkan otak mendapat rangsangan daripada luar secara teratur.tujuan stimulasi kognitif ini adalah untuk membolehkan pesakit memberi tindakbalas. Stimulasi ini boleh dilakukan oleh penjaga dan keluarga kepada pesakit. Berikut merupakan beberapa modaliti stimulasi otak yang boleh dilakukan.

  • Pendengaran
    * Memberitahu pesakit siapa diri anda, dimana dia berada, tarikh dan masa.
    * Memberi pesakit mendengar rakaman suara ahli keluarga dan kawan-kawan..
    * Mendengar Radio.
  • Bau-bauan yang menyenangkan untuk dihidu oleh pesakit.
    * Minyak wangi
    * Kopi
    * Lemon/Limau
  • Penglihatan.
    * Gambar ahli keluarga dan kawan-kawan.
    * Objek yang berwarna terang.
    * Meletakkan kalendar di tempat yang boleh dilihat oleh pesakit.
  • Sentuhan
    * Gosok bahagian anggota dengan menggunakan kapas, ais dan kain basah yang
    suam.

Stimulasi hendaklah dilakukan secara kerap dan ringkas (15-30minit/sesi). Ia juga perlu teratur. Satu hingga dua modaliti sahaja yang boleh diberikan untuk satu sesi. Bagi melakukan stimulasi kognitif ini, penerangan terhadap aktiviti perlu dijelaskan kepada pesakit dan penjaga agar mereka tahu tujuan stimulasi ini dilakukan.

Rujukan

1. NIH Pub. No. 98-4315 Cognitive Rehabilitation. Retreived from https://www.scientificbraintrainingpro.com/therapies/traumatic-brain-injury

2. Samuel R. 2008 Oct-Dec, Cognitive rehabilitation for reversible and progressive brain injury [Abstract] Indian Journal of Psychiatry; 50(4): 282–284. Retrieved from http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2755148/

Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Suhana Hani bt. Bastani
Akreditor : Rokiah bt. Alias
Penyemak : Tan Foo Lan

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 222,180,060

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-25 14:19:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia