A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Radiasi
  6. /
  7. STEREOTAKTIK RADIOSURGERI (SRS) DAN...

STEREOTAKTIK RADIOSURGERI (SRS) DAN STEREOTAKTIK RADIOTERAPI (SRT)

Pengenalan

Stereotaktik Radiosurgeri (SRS) dan Stereotaktik Radioterapi (SRT) adalah merupakan kaedah rawatan radioterapi yang menggunakan teknik rawatan yang canggih bagi membolehkan pemberian dos yang tinggi, fokus dan tepat ke kawasan rawatan yang berisipadu kecil. Terapi yang diberikan memberi manfaat yang jauh lebih baik berbanding dengan rawatan secara konvensional. Ini adalah kerana walaupun dos yang digunakan adalah tinggi tetapi kerosakan kepada sel-sel normal yang berdekatan dapat dikurangkan kerana ianya ditujukan khusus kepada sel-sel tumor atau tisu abnormal.

Rawatan SRS/SRT ini merupakan salah satu alternatif rawatan yang penting berbanding dengan kaedah pembedahan terutamanya untuk tumor yang sukar dibuang kerana lokasi yang berdekatan dengan organ kritikal.

Teknologi Peralatan

Untuk memastikan pemberian dos radiasi yang fokus dan jitu, SRS/SRT memerlukan teknologi yang canggih iaitu:

  1. Pengimejan 3 dimensi untuk mendapatkan koordinat tumor yang tepat di dalam tubuh seperti Computerized Tomography Scan (CT Scan), Magnetic Resonance Imaging (MRI), Angiogram dan Positron Emission Tomography-CT (PET-CT).

    SRS1
    Gambar 1 : imej CT Scan
    (Sumber : Jabatan Radioterapi & Onkologi, Institut Kanser Negara)

    komputer1Gambar 2 : imej MRI
    (Sumber : Jabatan Radioterapi & Onkologi, Institut Kanser Negara)

    komputer1Gambar 3 : imej Angiorafi
    (Sumber : Jabatan Radioterapi & Onkologi, Institut Kanser Negara)

    komputer1Gambar 4 : imej 2D Angiorafi
    (Sumber : Jabatan Radioterapi & Onkologi, Institut Kanser Negara)

  2. Sistem immobilisasi yang komprehensif untuk memastikan kedudukan pesakit konsisten semasa pengambilan imej 3 dimensi dan sepanjang rawatan radioterapi.

    komputer1Gambar 5 : Topeng immobilisasi
    (Sumber : Jabatan Radioterapi & Onkologi, Institut Kanser Negara)

  3. Penggunaan sistem komputer perancangan rawatan berkomputer spesifik yang digunakan untuk melakukan image fusion, melukis tumor dan organ kritikal (organ normal yang ingin diselamatkan dari dedahan radiasi yang tinggi) serta melakukan Perancangan Pelan Rawatan Berkomputer.

    komputer1Gambar 6 : Contoh Perancangan Pelan Rawatan Berkomputer.
    (Sumber : Jabatan Radioterapi & Onkologi, Institut Kanser Negara)

  4. Penggunaan mesin rawatan radioterapi (seperti Linear Accelerator, Gamma Knife dan Cyber Knife) yang berupaya memberikan pancaran radiasi x- ray yang fokus, jitu dan berkuasa tinggi.

    komputer1Gambar 7 : Linear Accelerator
    (Sumber : Jabatan Radioterapi & Onkologi, Institut Kanser Negara)

    komputer1Gambar 8 : Gamma Knife
    (Sumber : http://www.elekta.com)

    komputer1Gambar 9 :CyberKnife
    (Sumber : http://www.cyberknife.com )

  5. Penggunaan Image-Guided Radiation Therapy (IGRT) untuk mempertingkatkan lagi ketepatan dan kejituan rawatan. Teknologi ini adalah diperlukan untuk menggerakkan pesakit secara automatik kepada pancaran radiasi x-ray dengan penumpuan kepada kawasan rawatan.

    komputer1Carta Alir 1: carta alir di atas menunjukkan proses kerja untuk rawatan SRS/SRT.

Kegunaan rawatan SRS/SRT kepada pesakit.

Rawatan SRS adalah melibatkan pemberian dos yang tinggi untuk satu kali rawatan sahaja manakala rawatan SRT pula dipecahkan kepada beberapa kali rawatan terutamanya untuk tumor yang besar. SRS/SRT digunakan untuk merawat kes-kes seperti berikut:

  1. Tumor di bahagian otak samada benign atau malignant
  2. Arteriovenous malformation di otak
  3. Penyakit neurological yang lain seperti trigeminal neuralgia

Pada mulanya teknik rawatan Stereotaktik ini digunakan untuk merawat tumor atau lesi abnormal di bahagian otak sahaja tetapi dengan perkembangan teknologi yang canggih, sekarang ianya juga digunakan untuk merawat tumor atau lesi abnormal di bahagian tubuh yang lain seperti paru-paru, hati, spine, prostat dan abdoman. Prosedur ini dipanggil Stereotactic Body Radiotherapy (SBRT).

Rawatan SRS/SRT memerlukan penglibatan pelbagai kepakaran. Ianya melibatkan Pakar Neurosurgeri, Pakar Onkologi, Pakar Radiologi, Pegawai Sains Fizik Perubatan dan Juru X-Ray (Diagnostik dan Terapi). Komitmen kerja berpasukan yang tinggi daripada pelbagai kepakaran ini akan memberikan rawatan yang terbaik kepada pesakit yang memerlukan.

Kesimpulan

Teknik rawatan SRS/SRT adalah merupakan teknik rawatan yang canggih, rumit dan selamat. Ianya memerlukan latihan yang khusus dan perlu mempunyai peralatan yang spesifik. Kajian menunjukkan bahawa penggunaan teknik rawatan ini telah banyak membantu dalam merawat pesakit terutamanya tumor dan lesi abnormal yang berisipadu kecil. Penggunan teknologi ini berpotensi memberikan peluang penyembuhan kepada pesakit-pesakit yang memerlukan.

Semakan Akhir : 29 Februari 2016
Penulis : Rahmatfadli bin Marzuki
Akreditor : Mahzom bt. Pawanchek

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 219,237,857

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-19 14:25:57
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia