A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Jauhi dari Keganasan Bersenjata

Masalah kewujudan keganasan  dalam kalangan remaja adalah hakikat yang tidak dapat dinafikan.

Kemalangan jalanraya dan keganasan yang melibatkan senjata merupakan 2 punca utama kematian dalam kalangan remaja.

Keganasan berkumpulan atau “geng” semakin ketara dan melibatkan insiden seperti seseorang remaja ditembak, dibelasah, ditikam dan sebagainya.

Statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organisation) menunjukkan hampir 16 juta remaja terdedah kepada keganasan dalam kehidupan seharian mereka.

Statistik di Malaysia pula menunjukkan lebih kurang 27.4% remaja di sekolah terlibat dalam keganasan. Hampir 35% dari keganasan tersebut berakhir dengan kecederaan yang serius.

Apakah sebab-sebab remaja terlibat dalam keganasan yang melibatkan penggunaan senjata?

  • Seorang kanak-kanak yang menjalani kehidupan di persekitaran yang kerap berlaku keganasan lebih cederung melakukan keganasan terhadap orang lain.

  • Mangsa keganasan keluarga semasa zaman kanak-kanak lebih cenderung melakukan keganasan di zaman remaja.

  • Remaja yang bergaul dengan mereka yang terlibat dalam aktiviti yang ganas juga boleh turut terjebak dalam keganasan akibat tekanan rakan sebaya.

  • Penggunaan dadah berbahaya juga mengundang kelakuan ganas. Mereka yang minum arak (alkohol) juga kerap melakukan aktiviti keganasan menggunakan senjata.

  • Remaja yang tidak aktif dalam aktiviti-aktiviti sekolah kerap ponteng sekolah dan mungkin tercebur dalam keganasan.

  • Program televisyen yang berunsur keganasan, boleh meransang aktiviti sedemikian dalam kalangan remaja

  • Geng. Budaya “geng” dan kegansan bersenjata kerap dianggap “glamor” oleh media, industri musik, industri filem dan permainan komputer. Perkara ini mungkin mendorong remaja membawa senjata merbahaya.

Bagaimanakah cara-cara remaja boleh mengelakkan diri dari tercebur dalam keganasan bersenjata

  • Ibu bapa semestinya tidak menyimpan senjata merbahaya di rumah.

  • Ibu bapa perlu menjadi “role-model” dalam teknik menangani konflik tanpa keganasan. Ibu bapa mesti menghormati perasaan remaja dan melayan mereka dengan saling memahami.

  • Ibu bapa perlu bincang dengan remaja tentang bahaya melibatkan diri dalam perbuatan keganasan bersenjata. Beri galakan kepada remaja untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sukarela dalam komuniti.

  • Remaja boleh berbincang dengan ibu bapa, guru, kaunselor sekolah tentang cara menangani pertengkaran dan salah faham dengan cara yang baik tanpa menggunakan keganasan dalam bentuk perkelahian.

  • Remaja perlu mengenalpasti keadaan yang boleh mengundang keganasan dan elakkan diri dengan beredar dari situasi sedemikian. Mereka juga boleh mendapatkan nasihat dari orang dewasa yang boleh dipercayai.

  • Ibu bapa boleh memupuk sikap resilien yang tinggi dalam kalangan anak remaja mereka. Elakkan dari menonton rancangan televisyen yang berunsur keganasan. Berdialog dengan orang dewasa tentang rancangan yang ganas dan cara alternatif menangani insiden-insiden tertentu dalam rancangan tersebut.

  • Perasaan marah adalah sesuatu yang normal. Walaubagaimanapun remaja perlu belajar mengawal perasaan marah supaya ia tidak berakhir dengan keganasan semasa berlaku konflik. Bilang 1 hingga 10 dan tenangkan diri.

  • Cuba kawal perasaan, hanya dengan mengawal perasaan, remaja boleh mengawal situasi provokatif.

  • Belajar teknik mengatasi masalah (problem solving techniques) dari orang dewasa yang boleh dipercayai seperti guru, kaunselor dan ahli keluarga.

  • Belajar kemahiran “interpersonal relationship”. Dengar pendapat orang lain sebelum meluahkan perasaan marah anda. Hormati pendapat orang lain.

  • Berani mengaku jika tersilap melakukan sesuatu yang menyinggung perasaan orang lain. Ambil tanggungjawab membetulkan kesilapan tersebut.

  • Atasi konflik dengan minda. Bukannya dengan senjata dan keganasan.

  • Fikir tentang akibat tindakan yang ganas termasuk risiko dipenjarakan, kecederaan  atau dibuang sekolah.

  • Tingkatkan imej diri anda dengan meningkatkan kemahiran hidup anda.

  • JANGAN sesekali membawa senjata ke sekolah.

  • Libatkan diri secara aktif dalam kegiatan sekolah supaya tumpuan sentiasa dalam aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

  • Libatkan diri dalam pasukan berseragam seperti Pengakap, Pandu Puteri, badan sukarelawan dan sebagainya.

  • Jangan bawa senjata untuk rakan. Jika rakan anda terlibat dalam aktiviti keganasan bersenjata, jangan diamkan diri. Maklumkan kepada orang dewasa yang boleh dipercayai.

  • Lapor kepada pihak berkuasa jika anda  terdedah kepada aktiviti keganasan.

JAUHI dari keganasan bersenjata.
Ia boleh membinasakan masa depan anda

Rujukan

  • Centre for Disease Control and Prevention  http://www.cdc.gov/Violenceprevention/youthviolence

  • Image: www.wired.com

  • Global School Based Student Health Survey Malaysia 2012

Last Reviewed

:

29 September 2014

Writer

:

Dr. Thiyagar Nadarajaw

Accreditor

:

Dr. Nik Rubiah bte. Nik Abdul Rashid

 

Artikel Berkaitan

Buli Di Sekolah

Buli adalah perbuatan tingkah laku agresif  yang berulang bertujuan untuk menyakiti individu lain, dari segi fizikal, mental atau emosi.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 222,235,313

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-25 14:19:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia