A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Sokongan fasa luteal

Pengenalan

Fasa luteal merupakan fasa kedua kitaran haid iaitu selepas berlakunya ovulasi. Fasa ini adalah di mana terbentuknya korpus luteum yang menghasilkan hormon progesteron. Fasa ini penting dalam membuat persediaan ke atas selaput endometrium untuk tumbesaran embrio (janin).

Prosedur

Dalam prosedur IVF, tidak seperti kitaran haid biasa, korpus luteum tidak berupaya untuk membekalkan hormon estrogen dan progesteron secukupnya. Ini akan mengganggu fasa luteal dan proses persediaan selaput endometrium untuk menerima embrio. Justeru itu, bantuan hormon dalam fasa luteal adalah sangat penting untuk meningkatkan kejayaan IVF. Biasanya, hormon diberi dalam bentuk;

  1. Suntikan HCG dos rendah (beberapa dos diselang beberapa hari) untuk merangsang pengeluaran hormon progesteron dari korpus luteum.
  2. Hormon progesteron yang boleh diberikan dalam bentuk suntikan intramuskular, vaginal atau oral

Sokongan fasa luteal ini akan diberikan sehingga keputusan hasil IVF diketahui (sama ada ujian darah menunjukkan pesakit telah hamil ataupun sebaliknya yakni pesakit mengalami pendarahan haid jika rawatan ini gagal).

Peratus kejayaan IVF berkait rapat dengan beberapa faktor seperti umur wanita, penyebab ketidaksuburan serta pengalaman makmal yang mengendalikan rawatan IVF tersebut. Kadar kejayaan rawatan IVF adalah rendah jika usia wanita berkenaan melebihi 40 tahun disebabkan oleh bilangan folikel mereka yang sedikit di samping kualiti ovum mereka yang semakin menurun. Umumnya, peratus kejayaan IVF adalah di sekitar 25-35 peratus bagi setiap kali rawatan (satu kitaran) bergantung kepada faktor-faktor yang telah dinyatakan di atas.

Bantuan Hormon Progesteron dalam Fasa Luteal

Terdapat tiga kaedah bantuan hormon progesteron dalam fasa luteal; yang pertamanya adalah dalam bentuk suntikan (Intramuscular Progesteron), yang kedua adalah progesteron oral dan yang ketiganya ialah progesteron vagina.

Kaedah suntikan (Intramuscular Progesterone) adalah lebih berkesan tetapi pesakit akan mengalami sedikit kesakitan kerana jarum yg digunakan untuk menyuntik hormon sedikit panjang dan besar daripada segi saiznya.

Melalui kaedah oral pula adalah lebih mudah kerana pesakit hanya perlu mengambil pil hormon dalam masa yang ditetapkan tanpa perlu apa-apa suntikan. Walau bagaimanapun, kaedah oral ini akan terdedah kepada first hepatic effect di mana akan dimetabolismakan menyebabkan kadar dos yang sampai adalah rendah. Kaedah yang terbaik dan paling berkesan adalah melalui progesteron vagina. Progesteron vagina adalah ubat atau gel yang dimasukkan ke dalam faraj. Kaedah ini lebih mudah berbanding kaedah suntikan dan mempunyai keberkesanan rawatan yang sangat memuaskan.

fasa-luteal-1

Gambar 1

fasa-luteal-2

Gambar 2

fasa-luteal-3

Gambar 3 Contoh progesteron vagina atau ubat sumbat

Semakan Akhir : 13 Januari 2017
Penulis/Perterjemah : Dr. Murizah bt. Mohd Zain
Akreditor : Dato’ Dr. Mohd Rushdan bin Md Noor

 

Artikel Berkaitan

Kelemumur

Kelemumur lazimnya dikenali sebagai dandruff

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 222,216,643

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-25 14:19:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia