A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Soalan Lazim Epilepsi

Adakah epilepsi berjangkit?

Epilepsi tidak termasuk dalam kumpulan penyakit berjangkit. Ia tidak merebak jika seseorang itu rapat dengan pesakit epilepsi.

Adakah anak saya akan bergantung kepada ubat-ubatan?

Kanak-kanak yang menghidapi epilepsi perlu mengambil ubat-ubatan sehingga pulih daripada masalah ini.

Ubat-ubatan ini tidak akan menjadikan anak anda ketagih atau lemah.

Apabila sawan tidak berlaku lagi dalam masa dua tahun, ubat-ubatan boleh dikurangkan secara beransur-ansur dan dihentikan. Risiko untuk mendapat sawan yang seterusnya adalah rendah iaitu kanak-kanak ini tidak bergantung kepada ubat-ubatan tersebut.

Adakah epilepsi berlaku disebabkan oleh gangguan makhluk halus?

Walaupun ini merupakan satu kepercayaan popular dikalangan rakyat Malaysia namun tiada bukti saintifik yang menyokong pendapat ini.

Amalan berjumpa bomoh terlebih dahulu untuk sebarang rawatan tradisional akan akhirnya menyebabkan anak anda lambat menerima rawatan yang berkesan.

Adakah tonik otak boleh membantu kanak-kanak penghidap epilepsi?

Ada terdapat banyak jenis herba dan produk tradisional yang dipercayai sebagai tonik otak untuk memulihkan kanak-kanak yang ada masalah gangguan otak.

Dapatkan nasihat doktor sebelum memberi produk-produk ini kepada anak anda kerana ia boleh mengganggu rawatan anak anda.

Semakan akhir : 27 April 2012
Penulis : Dr. Irene Cheah Guat Sim
  : Dr. Terrance Thomas
  : Dr. Umathevi Paramasivam
Penyemak : Dr. Nor Azni b. Yahaya

 

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,085,552

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia