A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Soalan Lazim

Soalan Lazim

  1. Apakah yang dimaksudkan dengan menyenangi diri sendiri

    Menyenangi diri sendiri membawa erti anda berupaya:

    1. Menghargai diri sendiri
    2. Bersikap wajar dalam jangkaan, matlamat dan tindakan.
    3. Bertoleransi/bertindak sabar ke atas diri sendiri dan orang lain.
    4. Menerima kekecewaan dengan rela hati.
    5. Mengawal perasaan anda.
      • Berhadapan dengan semua keadaan.
      • Merasai keseronokan dalam melakukan kerja kerja harian.
  2. Apakah yang dimaksudkan dengan rasa selesa bersama orang lain.?

    Dapat merasa selesa bersama orang lain bermakna dapat:

    • Mempercayai orang lain dan merasa akan dipercayai oleh orang lain.
    • Merasai sebahagian dari kumpulan.
    • Mempunyai perasaan bertanggung jawab terhadap orang lain.
    • Memahami dan menghormati orang lain.
    • Tidak mengambil kesempatan terhadap orang lain dan orang lain tidak mengambil kesempatan terhadap diri anda.
    • Mengasihi orang lain.
    • Mempunyai perhubungan yang memuaskan dan berpanjangan.
  3. Apakah yang dimaksudkan dengan boleh menghadapi desakan hidup?

    Berkebolehan menghadapi desakan hidup bermakna dapat:

    • Menggunakan bakat sendiri.
    • Membuat perancangan awal dan bersedia untuk menghadapi masa depan.
    • Mengalu-alukan buah fikiran dan pengalaman baru.
    • Mensasarkan matlamat yang wajar untuk diri sendiri.
    • Memikul tanggungjawab.
    • Mengambil tindakan ke atas masalah yang timbul dan menyesuaikan diri bila perlu.
    • Membuat keputusan sendiri.
    • Berpuas hati dengan usaha keras yang anda lakukan.

Artikel Berkaitan

Y

  Tiada Video

Relaksasi

  Your browser does not support the audio element. Transkipsi

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,068,750

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia