A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Skoliosis

Skoliosis ialah satu kondisi perubatan di mana tulang belakang seseorang itu akan bengkok ke kiri atau ke kanan. Ia bukan satu penyakit.

Apa itu Skoliosis

Skoliosis ialah satu kondisi perubatan di mana tulang belakang seseorang itu akan bengkok ke kiri atau ke kanan. Ia bukan satu penyakit. Asal perkataan skoliosis adalah dari Yunani Purba yang membawa maksud membengkok.

Tulang belakang bukan sahaja akan bengkok ke tepi malah ia akan berputar pada paksi vertikalnya. Perubahan 3 dimensi ini akan membawa kesan kosmetik yang negatif serta kemungkinan komplikasi pada kesihatan seseorang itu. Masalah ini telah dikenal pasti beribu-ribu tahun yang lalu, dari masa Hippocrates lagi. Perubahan kosmetik ini pada amnya tidak akan menjejaskan fungsi kecuali jika kebengkokkan itu sangat ketara sehingga jantung dan paru-paru tertekan oleh tulang rusuk. Ini akan menyebabkan kemerosotan fungsi kardiovaskular.

Skoliosis di klasifikasi kepada dua :

  1. Congenital, iaitu kecacatan pada tulang vertebra yang wujud semasa lahir, dan
  2. Idiopatik, yang bermaksud, sebab yang tidak diketahui. Skoliosis juga boleh berlaku sebagai komplikasi kepada kondisi sistem saraf.

80% daripada kes-kes skoliosis adalah daripada golongan Adolescence Idiopathic Scoliosis. Kebengkokkan itu menjadi amat ketara sehingga ia nampak jelas. Pada dasarnya ia akan menjadi sebegitu dalam masa 2 atau 3 tahun. Ini berlaku apabila proses tumbesaran memecut pada usia 9 tahun untuk perempuan dan 12 tahun untuk lelaki. Tumbesaran struktur tulang belakang yang tidak seimbang akan menyebabkan skoliosis.

Kondisi ini lebih cenderung pada kaum perempuan.

Gejala/Tanda

  • Sebelah bahu yang lebih tinggi.
  • Pinggang yang menonjol ke tepi
  • Bongkok sebelah akibat penonjolan tulang rusuk
  • Struktur otot yang tidak seimbang

Skoliosis (Gambar koleksi penulis)

Diagnosis

Saringan postur sangat digalakkan di kalangan kanak-kanak sekolah. Individu diperiksa tanpa bajunya. Individu disuruh tunduk ke depan dan membawa kedua-dua tangannya di antara kedua-dua lututnya. Jika ada bongkok sebelah di paras tulang skapula dan/atau lumbar, gambar X-Ray harus di ambil untuk pastikan wujud skoliosis. Scoliometer boleh digunakan juga. Bacaan lebih daripada 5 darjah perlu disiasat lebih lanjut dengan X-Ray.

Gambar dari Google Images

Gambar X-Ray perlu diambil dari sisi (Lateral View) dan dari belakang (AP View).

Gambar X-Ray individu dengan skoliosis yang diambil dari belakang akan menunjukkan tulang belakang yang berbentuk “C” atau “S”.

Tulang belakang Skoliosis

(Gambar koleksi penulis)

Tulang belakang Normal

(Gambar koleksi penulis)

Rawatan

Teknik senaman Scroth dari Jerman sangat berkesan untuk memulihkan pesakit Skoliosis. Fisioterapis akan menyediakan program senaman mengikut keperluan individu berdasarkan kecacatan yang wujud. Senaman bertujuan untuk meregangkan otot yang pendek/tegang dan menguatkan otot yang lemah.

Gambar senaman dari Google Images

Kes-kes dengan Cob’s Angle yang lebih daripada 20 darjah disyorkan untuk menggunakan Brace. Brace adalah seperti jaket yang keras bertujuan untuk mengekalkan pembetulan struktur tubuh badan.

Gambar Brace untuk Skoliosis dari Google Images Cobb’s Angle

 Cobb’s Angle yang melebihi 45 darjah akan disyorkan untuk pembedahan.

Rujukan

  1. Gambar Koleksi Penulis.
  2. Google Images
  3. Lehnert-Schroth C (2007). Three-Dimensional Treatment for Scoliosis: A Physiotherapeutic Method for Deformities of the Spine. Palo Alto CA: The Martindale Press. pp. 1–6. ISBN0-914959-02-6.
  4. Wikipedia the Free Encyclopedia
Semakan Akhir : 23 Ogos 2019
Penulis : Daaljit Singh A/L Harbachan Singh
Akreditor : Se To Phui Lin
Penyemak : Halimah bt. Hashim

Artikel Berkaitan

Ruam Panas

Ruam panas juga dikenali sebagai ruam gatal berbintik kecil dan merah yang berlaku kepada bahagian kulit yang boleh menjadi tersangat gatal.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 222,188,863

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-25 14:19:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia