A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Sistem Pertahanan Badan

Sistem pertahanan badan terdiri daripada komponen sel-sel dendritik (dendritic cells), sel-sel makrofaj (macrophages cells), sel pembunuh semula jadi (natural killer cells) dan sistem komplimen (complement system).

Pengenalan

Sistem pertahanan badan terdiri daripada komponen sel-sel dendritik (dendritic cells), sel-sel makrofaj (macrophages cells), sel pembunuh semula jadi (natural killer cells) dan sistem komplimen (complement system).

Sel dendritik – berfungsi untuk menangkap dan memperkenalkan antigen kepada sel CD4 +dan sel limposit T bagi  merangsangkan permulaan sistem pertahanan badan dan memusnahkan antigen. Sel dendritik akan berkurangan bila usia meningkat.

Makrofaj – berfungsi sebagai pemusnah dan pembunuh mikroorganisma di dalam sel. Kehadiran bakteria akan menyebabkan  makrofaj mengeluarkan sejumlah bahan kimia dan sitokin serta merangsang pengaktifan sel T. Untuk melawan sesuatu penyakit berlaku, sum-sum tulang menghasilkan sel B dan kelenjar thymus menghasilkan sel T. Sehingga umur 45 hingga 50 tahun seseorang dewasa hanya mempunyai 5-10% kelenjar thymus berbanding semasa peringkat puberti. Bila usia meningkat, kebolehan untuk menghasilkan antibodi makin berkurangan dan sel T hilang keupayaan untuk mengenal sel-sel asing dalam badan.

Sel pembunuh semula jadi – sel ini akan membunuh sel yang tertentu dengan spontan dan terlibat sebagai tuan rumah sistem pertahanan kepada berbagai tumor dan jangkitan infeksi. Fungsi sel ini tidak berubah mengikut umur.

Sistem komplimen – terdiri daripada plasma protein yang penting dalam pertahanan semula jadi badan. Warga emas yang sihat mempunyai paras komponen komplimen sedikit rendah berbanding dengan warga yang lebih muda. Paras komplimen akan meningkat dengan tinggi pada warga muda jika ada jangkitan kuman berlaku tetapi peningkatan ini tidak berlaku dalam  warga emas.

Gejala dan Tanda

Kesan klinikal  kekurangan sistem  pertahanan badan:

  • Penyakit berjangkit – pengaktifan  semula penyakit berjangkit seperti herpes zoster di mana insiden meningkat 5 kali ganda di antara umur 45 ke 85 tahun.disebabkan  kehilangan sistem pertahanan selular badan terhadap virus varicella-zoster.
  • Tindakbalas terhadap pelalian (imunisasi) – pengeluaran antibodi yang spesifik kepada antigen dalam vaksin  berkurangan  dalam warga emas menyebabkan pelalian yang diberi berkemungkinan kurang berkesan.
  • Kanser – disebabkan sistem pertahanan badan berkurangan,  ia tidak dapat mengenal dan menghapuskan sel kanser seperti kronik limpositik leukaemia (CLL).
  • Penyakit degenerasi akibat penuaan – ini berkaitan dengan fungsi sistem pertahanan yang berkurangan. Pengeluaran auto antibodi bercenderung untuk meningkat dalam penyakit kronik seperti hypothyroidism, diabetes mellitus, dan hypopituitarism.

Komplikasi

Bila  usia  meningkat, berlaku kekurangan pengeluaran antibodi  yang spesifik terhadap sesuatu jangkitan dan ini akan menyebabkan peningkatan insiden kematian berkaitan  dengan  pneumonia, influenza, infectireous endocarditis dan tetanus (kancing gigi) di kalangan warga emas.

Rawatan/ Pencegahan

Amalkan cara hidup sihat melalui:

  • Senaman yang mencukupi kerana senaman boleh menggalakkan system imun
  • Makan makanan yang sihat untuk menguatkan system imun
  • Tidak merokok dan elakan atau hadkan pengambilan alcohol kerana ini boleh melemahkan lagi system imun
  • Sentiasa berwaspada dan mengambil ciri-ciri keselamatan untuk mencegah dari terjatuh dan kecederaan. Sistem imun yang lemah akan melambatkan proses kelegaan.
  • Berjumpa doktor dengan segera jika jatuh sakit.
  • Mengambil vaksin untuk penyakit tertentu atas nasihat doktor.contohnya vaksin untuk influenza dan pneumonia atau vaksin-vaksin lain yang dianjurkan oleh pihak kesihatan.
Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Dr. Sanidah binti Md. Ali
Penyemak : Dr. Ho Bee Kiau

Artikel Berkaitan

Paru-Paru

Semasa proses penuaan, otot untuk proses pernafasan seperti diafragma akan menjadi lemah sebanyak 25%. Tambahan pula, kurang oksigen yang mampu diserap dari udara yang dihisap masuk.

Sendi

Pergerakan sendi semakin perlahan dengan pertambahan umur disebabkan perubahan yang berlaku dalam sendi. Reaksi tindak balas juga turut perlahan disebabkan perubahan pada sistem saraf pusat di mana masa antara otak menerima isyarat dan tindak balas terhadap isyarat meningkat dengan umur

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 721,421,312

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-19 10:32:39
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia