Home > Galeri Media MS > Animasi > Sinusitisis

Sinusitisis

 

Download:

 

 

Resdung atau Sinusitis adalah keadaan dimana rongga sinus mengalami keradangan.

Sinus

Sinus ialah rongga udara yang terletak didalam tulang muka disekeliling hidung.

Terdapat empat sinus utama iaitu sinus frontal, sinus maksila (maxillary), sinus etmoid (ethmoid), dan sinus sfenoid (sphenoid).

Sinus di selaputi dengan mukosa dan sebarang lendir /mukus yang terhasil dari sinus ini akan disalirkan ke hidung.

Resdung

Keadaan ini menyebabkan selaput mukosa pada hidung, dan sinus membengkak yang menghalang aliran keluar lendir.

Lendir yang tersumbat dalam rongga sinus ini mendedahkan sinus kepada jangkitan dan menyebabkan kesakitan pada muka, penghasilan nanah dan lain-lain .

Punca Resdung

Jangkitan sinus boleh disebabkan oleh bakteria, virus atau fungus.

Faktor risiko resdung

  • Alahan
  • Ketumbuhan pada hidung atau polip
  • Septum hidung yang bengkok
  • Jangkitan pada gigi

Terdedah kepada bahan pencemar seperti asap rokok

Tanda-Tanda Resdung

  • Sakit atau bengkak disekeliling mata, pipi, hidung atau dahi
  • Hidung tersumbat dan kesukaran untuk bernafas
  • Keluar lendir pekat kekuningan atau kehijauan dari hidung atau dibelakang tekak
  • Sakit pada gusi atas dan gigi
  • Kurang deria bau dan rasa
  • Nafas berbau
S