A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Dewasa
  4. /
  5. Penyakit
  6. /
  7. Ortopedik
  8. /
  9. Sindrom Terowong Karpus

Sindrom Terowong Karpus

Pengenalan

Sindrom terowong karpus disebabkan oleh pergerakan berulang kali tangan ataupun pergelangan tangan. Ianya boleh menjadi penyakit kronik dan sering berkait dengan kerja harian di mana tangan atau pergelangan tangan digunakan dengan kerap dan berkali-kali. Contoh: pengunaan papan kekunci komputer

Apa itu terowong karpus?

Ia adalah laluan di pergelangan tangan yang terbina oleh 8 tulang tangan dan 1 urat transves.

Apakah penyebab sindrom ini?

Sindrom terowong karpus berlaku apabila urat saraf median yang membekalkan deria rasa kepada tangan dan jari tersepit di lauan tersebut. Ini selalunya disebabkan oleh kebengkakan urat-urat lain yang berada di sekitar saraf tersebut. Ini menyebabkan timbulnya tanda-tanda sakit atau kebas di bahagian tangan dan jari pesakit. Antara sebab-sebab lain termasuklah;

  • Patah tulang di tangan ataupun di pergelangan tangan
  • Pemendapan air di kawasan berkaitan seperti yang berlaku sewaktu mengandung ataupun pada pesakit kencing manis.
  • Ketumbuhan di sekitar laluan terowong karpus.
  • Beberapa penyakit

Apakah gejala sindrom terowong karpus?

Gejala-gejala biasa Sindrom Terowong Karpal adalah :

  • Kebas (semut-semut) tangan dan jari pada waktu malam terutamanya ibu jari, jari telunjuk, jari hantu dan kadang-kadang melibatkan jari manis.
  • Rasa kebas dan menyengat di tangan.
  • Meluap-luap sakit di tangan atau jari-jari.
  • Sakit dan kebas mungkin dirasakan menjalar ke atas sehingga ke lengan ataupun bahu.

Dalam kes-kes sindrom terowong karpal yang teruk, kehilangan deria rasa pada jari dan otot tapak tangan boleh mengecut.

Bagaimana ia di diagnosa?

Diagnosa sindrom terowong karpus boleh dibuat berdasarkan pada gejala dan tanda-tanda yang dilihat pada pesakit. Pesakit yang mengidap penyakit kencing manis, masalah kegemukan, arthritis rheumatoid, lupus erythematosus, hypothyroidism dan multiple sclerosis adalah lebih cenderung untuk meghidap penyakit ini.

Bagaimana ia dirawat?

Terdapat pelbagai kaedah rawatan. Modifikasi cara kerja perlulah dilakukan. Diantaranya termasuklah:

  • Mengubah kekerapan pergerakan tangan dan pergelangan tangan.
  • Berehat sementara di antara kerja.
  • Ubat anti-radang.
  • Ubat penahan sakit.

Jika rawatan-rawatan di atas tidak berjaya, pembedahan boleh dijalankan. Pembedahan melibatkan memotong ligamen di dasar pergelangan tangan bagi melegakan tekanan.

Bagaimana ianya boleh dielakkan?

  • Rehat di antara aktiviti kerja
  • Penggunaan alat sangga pergelangan tangan dan papan kekunci yang ergonomik.
Semakan Akhir : 25 April 2012
Penulis : Dr. Azaiddin Akasah
Penyemak : Dr. Heselynn Hussein

 

Artikel Berkaitan

“Brain Aneurysm”

‘Brain aneurysm’ adalah pembengkakan yang berlaku pada dinding salur darah arteri yang menyalurkan darah ke otak. Ia terjadi kerana terdapat bahagian pada dinding salur darah tertentu yang lemah.

Berhenti Merokok

Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda untuk mendapat 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, penyakit jantung dan angin ahmar atau strok. Merokok boleh memberi kesan kepada hampir setiap organ dan tisu badan.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,093,631

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia