A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Sindrom pra-haid

Sindrom prahaid (premenstrual syndrome) adalah keadaan di mana gadis atau wanita akan mengalami gangguan emosi dan gejala fizikal pada waktu sekitar kedatangan haid dan gejala hilang selepas kedatangan haid.

PENGENALAN

  • Sindrom prahaid (premenstrual syndrome) adalah keadaan di mana gadis atau wanita akan mengalami gangguan emosi dan gejala fizikal pada waktu sekitar kedatangan haid dan gejala hilang selepas kedatangan haid.
  • Gejala biasanya datang dalam jangka waktu 1 hingga 2 minggu sebelum kedatangan haid dan hilang bila haid bermula.
  • Gangguan emosi dan gejala fizikal yang dialami ini boleh menjejaskan kehidupan harian dan perhubungan penghidap.
  • Sehingga kini, penyebab sebenar sindrom haid tidak di ketahui, walau bagaimanapun, dipercayai banyak faktor yang menyumbang kepada keadaan tersebut seperti faktor genetik dan perubahan paras hormon yang berlaku pada kitaran haid.

GEJALA/TANDA

  • Ganguan emosi yang mungkin dialami adalah cepat marah, murung, gelisah, berasa letih, mengidam makanan manis, selera makan meningkat atau berkurangan
  • Gejala fizikal yang biasa dialami adalah seperti senak perut, perut kembung, payu dara membesar dan sakit, sakit kepala, mual dan sakit belakang.

TINDAKAN KENDIRI

Sila berjumpa doktor sekiranya anda merasakan masalah ini mengganggu kehidupan harian anda.

Adalah disyorkan anda boleh rekod gejala yang dialami dalam kalendar haid anda untuk tempoh tiga bulan kitaran haid, ini akan membantu doktor untuk membuat diagnosa dan memberi rawatan dengan lebih berkesan.

DIAGNOSA DAN RAWATAN

  • Biasanya doktor akan menemuduga, membuat pemeriksaan serta melakukan ujian darah sekiranya perlu.
  • Rawatan untuk sindrom prahaid adalah dengan mengamalkan cara hidup sihat, meningkatkan kemahiran diri untuk menangani stres dan makan ubat
  • Doktor akan memberi ubat bergantung kepada gejala yang anda alami, contohnya ubat penenang sekiranya anda berasa gelisah, ubat penahan sakit untuk gejala sakit kepala dan sakit belakang, ubat penahan muntah sekiranya anda berasa loya.
Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Dr. Salmiah bt. Md. Sharif
Penyemak : Dr. Nazhatussima bt. Suhaili

Artikel Berkaitan

Tekanan Darah Remaja

Anda mungkin rasa sihat dan tidak sedar yang tekanan darah anda tinggi sehingga anda membuat pemeriksaan. Apabila tekanan darah tinggi, ini mungkin bererti anda juga menghidap penyakit yang melibatkan anggota tubuh yang lain (buah pinggang atau kelenjar)

Penjagaan Rambut

Masalah rambut yang biasa berlaku adalah kelemumur, rambut gugur, rambut rapuh dan pecah. Rambut dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu folikel yang berada dalam kulit dan batang rambut (shaft) iaitu bahagian luar yang kita lihat.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,322,676

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia