A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS)

Pengenalan

Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) adalah penyakit seperti jangkitan selesema. Wabak SARS pada tahun 2003 telah menjejaskan 26 buah negara dengan 8,000 kes. Semasa wabak ini, SARS di jangkiti daripada manusia ke manusia di Hong Kong, Taiwan, Toronto, Singapura dan Hanoi tetapi selepas kejadian, kes-kes yang berlaku adalah bepunca daripada kemalangan makmal atau jangkitan penyakit daripada haiwan ke haiwan seperti yang terjadi di Guangdong, China.

Agen penyebab: SARS coronavirus (SARS-CoV).

Cara jangkitan: Virus tersebar melalui titisan cecair. Pesakit SARS yang bersin atau batuk akan menyebarkan titisan cecair dari mata, hidung dan mulut ke udara dan mencemari individu atau objek yang berdekatan. Virus boleh kekal hidup beberapa hari jika tidak dibersihkan. Jangkitan virus ini berlaku pada minggu kedua penyakit kerana tempoh tersebut merupakan kemuncak virus dikumuhkan melalui titisan cecair dan najis dan apabila penyakit yang teruk semakin reda.

Tempoh pengeraman: 2 hingga 10 hari (dengan purata 5 hari)

Sekiranya wabak SARS berlaku lagi, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akan memberi nasihat perjalanan ke kawasan yang terjejas.

Tanda dan gejala

Gejala termasuklah selesema, demam, sakit otot, sakit kepala dan menggigil. Tiada gejala khusus untuk mengenalpasti jangkitan SARS. Walaupun demam adalah gejala yang paling kerap dilaporkan, ia mungkin tidak dikesan pada peringkat awal jangkitan.

Batuk (pada mulanya kering), sesak nafas dan cirit-birit berlaku pada minggu pertama jangkitan tetapi lebih kerap terjadi dalam minggu kedua jangkitan penyakit.

Definisi klinikal SARS

Individu yang:

demam melebihi 38°C

DAN

mengalami satu atau lebih gejala penyakit saluran pernafasan bawah (batuk, sesak nafas)

DAN

terdedah kepada satu atau lebih daripada perkara berikut dalam tempoh 10 hari sebelum bermulanya gejala:

  • Berhubung rapat dengan individu yang disyaki SARS
  • Mempunyai sejarah perjalanan ke kawasan yang terjejas

DAN

Terdapat bukti radiografi paru-paru yang sejajar dengan pneumonia atau Sindrom Distres Pernafasan Akut (Acute Respiratory Distress Syndrome – ARDS) ATAU penemuan bedah siasat yang sejajar dengan patologi pneumonia atau ARDS tanpa tidak diketahui puncanya.

DAN

tiada diagnosa lain yang dapat menjelaskan penyakit sepenuhnya

Definasi makmal SARS

Seseorang dengan tanda dan gejala klinikal SARS

DAN

keputusan makmal yang positif untuk SARS CoV dengan kriteria diagnosa yang tepat. Ujian hanya dilaksanakan dalam makmal rujukan serantau sepertimana yang dicadangkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) (www.who.int/csr/resources/en/SARSReferenceLab1.pdf).

Komplikasi

Pneumonia atau Sindrom Distres Pernafasan Akut (ARDS) boleh menyebabkan maut.

Rawatan

Rawatan simptomatik. Berehat, lebihkan minum air dan dapatkan ubat antipiretik (contohnya Paracetamol) untuk meredakan demam.

Tiada rawatan khusus untuk SARS.

Pencegahan dan langkah berjaga-jaga

Pencegahan – Tiada

Langkah berjaga-jaga

  • Patuhi semua nasihat perjalanan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
  • Elakkan perjalanan ke kawasan yang terjejas
  • Kerap basuh tangan dengan sabun dan air dan jaga kebersihan diri.
  • Elakkan menyentuh hidung, mata dan mulut.
  • Gunakan penutup hidung dan mulut (mask) atau tisu/sapu tangan untuk menutup mulut dan hidung ketika batuk atau bersin.
  • Jika anda berada dekat (dalam lingkungan satu meter) dengan seseorang yang mempunyai gejala SARS semasa dalam perjalanan, gunakan penutup hidung dan mulut (mask) atau tisu/sapu tangan untuk melindungi mulut dan hidung.
  • Segera dapatkan rawatan jika sakit. Maklumkan pihak kesihatan jika anda pernah ke kawasan yang dijangkiti SARS dalam tempoh 10 hari sebelum jatuh sakit.

Sumber

  • International Travel & Kesihatan, WHO 2006
  • Kawalan Penyakit Berjangkit Manual, Edisi 18 oleh David L. Heymann, MD, Editor, 2004
Semakan Akhir : 5 Ogos 2013
Penulis : Dr. Norhayati Rusli

 

Artikel Berkaitan

Polio

Pengenalan Polio atau poliomyelitis adalah akibat jangkitan virus polio yang

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 219,226,662

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-19 11:55:02
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia