A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Sesak Nafas – FAQ

  1. Apakah punca sesak nafas?

Sesak nafas adalah keadaan yang mana seseorang itu mengalami kesukaran bernafas

atau semput dan biasanya keadaan ini lebih ketara semasa melakukan aktiviti fizikal. Sekiranya seseorang itu mengalami sesak nafas dalam keadaan rehat, terdapat kemungkinan beliau mengalami masalah yang lebih serius.

  • Sesak nafas boleh berlaku dalam 2 cara :
  • Secara tiba-tiba dan hilang setelah rawatan beberapa hari (akut).

–     Secara berterusan dalam jangka waktu yang lama (kronik).

  • Punca sesak nafas adalah:
  • Masalah pada paru-paru seperti Asma, Pneumonia, Penyakit Paru-Paru Obstruktif Kronik (Chronic Obstructive Lung Disease).
  • Masalah jantung seperti serangan jantung, kegagalan jantung, masalah denyutan jantung.
  • Serangan panik.
  • Kekurangan darah.
  • Obesiti, alahan, resdung, keresahan.
  • Latihan fizikal yang berat dan suhu yang tinggi.

 

2 . Apakah ujian yang boleh dijalankan untuk mengenalpasti punca sesak nafas?

Antara ujian yang akan dijalankan (berdasarkan aduan, gejala dan tanda-tanda) pada pesakit adalah seperti berikut :

-Imbasan X-Ray

-Ujian ECG

-Ujian Fungsi Paru-Paru (Peak Flow Meter/Spirometer)

-Ujian Darah

-Ujian Kahak

 

  1. Apakah rawatan untuk sesak nafas?

Seseorang yang mengalami sesak nafas perlu berjumpa dengan Pegawai Perubatan dengan segera untuk menjalani pemeriksaan fizikal dan melakukan ujian tertentu bagi mengenalpasti punca penyakit.

Rawatan adalah bergantung kepada keputusan dari hasil pemeriksaan dan ujian yang dijalankan. Sekiranya pesakit itu mendapat sesak nafas disebabkan oleh asma, rawatan nebuliser akan diberikan. Pesakit biasanya akan dibekalkan dengan ubat sedut (inhaler) dan dipantau dari masa ke semasa.

Pesakit yang mengalami sesak nafas akibat masalah jantung akan memerlukan ubat yang spesifik terhadap masalah yang dihadapi. Biasanya pesakit yang mengalami sesak nafas akibat masalah jantung perlu dimasukkan ke dalam wad untuk pemerhatian dan rawatan selanjutnya.

Sesak nafas yang berpunca daripada kekurangan darah akan diberi rawatan segera seperti transfusi darah jika paras hemoglobin sangat rendah dari paras normal.

 

  1. Apakah supplement / vitamin tambahan yang boleh diambil oleh pesakit Asma?

Secara amnya, pesakit Asma tidak memerlukan apa-apa supplement / vitamin tambahan. Setakat ini, tidak ada cukup bukti kajian saintifik yang menyatakan bahawa pengambilan supplement/vitamin dapat membantu dalam perawatan Asma.

Sekiranya pesakit ingin juga mengambil sebarang supplement / vitamin tambahan, sila dapatkan khidmat nasihat daripada pakar perubatan.

 

PENING

  1. Apakah punca pening kepala?

Pening adalah perasaan tidak stabil atau rasa hendak pitam.

Punca pening adalah :

  • Gangguan telinga dalam
  • Vertigo – rujuk soalan 3, 4 dan 5
  • Gangguan keresahan seperti serangan panik, agoraphobia (perasaan gerun melintasi tempat lapang)
  • Hyperventilation (pernafasan cepat)
  • Hilang cecair badan contoh peluh berlebihan.
  • Perubahan tekanan darah disebabkan oleh ubatan seperti ubat darah tinggi, ubat diuretic dan ubat kemurungan.
  • Penyakit seperti Diabetes dan Parkinson.
  • Anaemia
  • Loya dan muntah apabila menaiki kereta, kapal terbang, bot atau kapal laut.

 

  1. Apakah perkara yang patut saya lakukan apabila mengalami pening kepala?

Sekiranya anda mengalami masalah pening kepala:

  • Elak memandu kereta atau kendalikan jentera berat.
  • Pastikan pencahayaan yang terang jika turun dari katil pada waktu malam.
  • Berhati-hati ketika berjalan kerana kemungkinan anda hilang keseimbangan.
  • Elak mengubah kedudukan dengan cepat.
  • Elak terlalu mengerakkan kepala (terutama melihat ke atas).
  • Elak terdedah kepada keadaan tegang atau kerisauan.
  • Elakkan perkara yang boleh merangsangkan pening termasuk pengambilan ubat tanpa preskripsi pegawai perubatan.

Jika keadaan pening berterusan, dapatkan pemeriksaan lanjut di klinik yang berhampiran.

 

  1. Apakah Itu Vertigo?

Vertigo adalah perasaan yang berasa badan berpusing-pusing atau rasa persekitaran anda berpusing.

 

  1. Apakah punca Vertigo?

Punca Vertigo adalah disebabkan :

  1. Jangkitan telinga dalam (vestibular neuritis akut atau labyrinthitis).
  2. Berlaku secara sekali sekala, berkaitan dengan perubahan kedudukan badan [Benign Paroxysmal Positional Vertigo (BPPV)].
  3. Penyakit Meniere’s – berlaku disebabkan oleh pengumpulan cecair dan perubahan tekanan dalam telinga.
  4. Migrain Vestibular – pengidap migrain yang juga mengalami masalah vertigo.
  5. Gangguan keresahan (Anxiety disorders).
  6. Mastoiditis (radangan pada mastoid).
  7. Kurang aliran darah ke telinga tengah akibat atherosclerosis (plak lemak dalam salur darah) terutama pesakit Diabetes Mellitus (Kencing manis), Hypertension (Darah tinggi) dan Hypercholestrolaemia (berlebihan kolestrol dalam darah).

 

  1. Apakah rawatan untuk vertigo?

Rawatan untuk Vertigo bergantung kepada puncanya:

  1. Jangkitan Telinga Dalam (vestibular neuritis akut atau labyrinthitis)

Rawatan melalui ubat untuk mengawal mual dan pening akan diberikan kepada pesakit. Sekiranya pegawai perubatan mengesyaki jangkitan bakteria, ubat antibiotik akan diberikan. Jika simptom pening ini berterusan, senaman latih keseimbangan (vestibular rehabilitation) akan diajarkan kepada pesakit bagi melatih semula otak pesakit dalam mengendalikan ketidakseimbangan vestibular.

  1. Benign Paroxysmal Positional Vertigo (BPPV).

Penyakit ini tidak merbahaya dan mampu pulih sendiri tanpa rawatan. Walau bagaimanapun, jika simptom berpanjangan, ubat dan senaman latih keseimbangan akan diberi. Canalith repositioning merupakan prosedur rawatan lain yang dijalankan untuk merawat BPPV.

  1. Penyakit Meniere’s

Perawatan penyakit ini bertujuan untuk mengurangkan dan mengawal simptom. Rawatan bergantung kepada individu dan termasuk ubat-ubatan seperti ubat diuretik (buang cecair badan), senaman latih keseimbangan, perubahan gaya hidup dan pemakanan seperti mengurangkan garam dalam makanan). Oleh kerana pesakit boleh juga mengalami telinga berdengung (tinnitus) dan kurang pendengaran maka rawatan pengendalian tinnitus dan alat bantuan pendengaran mungkin diperlukan. Dalam keadaan tertentu, pembedahan mungkin diperlukan.

  1. Migrain Vestibular

Pesakit perlu mengelakkan sesetengah makanan yang boleh mencetuskan serangan migrain contohnya coklat, keju, makanan mengandungi MSG dan alkohol. Pesakit perlu belajar untuk menghindari perkara yang menyebabkan tekanan perasaan. Pastikan mendapat tidur yang mencukupi. Sekiranya symptom berterusan, pegawai perubatan mungkin memberikan ubat untuk migrain dan vertigo.

  1. Gangguan keresahan (Anxiety disorders)

Pesakit perlu menjalani sesi kaunseling untuk mengatasi gangguan keresahan yang dihadapi. Bagi kes-kes tertentu, pegawai perubatan akan memberikan rawatan ubat anti-keresahan.

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 222,186,916

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-25 14:19:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia