A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. Separuh hospital swasta belum...

Separuh hospital swasta belum terima akreditasi

Utusan Malaysia

Khamis, 16/06/2011

Separuh hospital swasta belum terima akreditasi

PUTRAJAYA 15 Jun – Separuh daripada 35 hospital swasta yang didaftarkan untuk promosi pelancongan kesihatan belum menerima sebarang penilaian akreditasi badan profesional tempatan atau antarabangsa.

Berikutan itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berharap kesemua hospital tersebut boleh menerima akreditasi daripada Suruhanjaya Bersama Antarabangsa (JCI) atau Persatuan Kualiti Kesihatan Malaysia (MSQH) sebelum 31 Disember ini.

"Tujuh hospital yang baru didaftarkan untuk promosi pelancongan kesihatan pula dinasihatkan supaya menerima penilaian yang sama dalam tempoh dua tahun.

"Hospital yang menanggung perbelanjaan tambahan untuk tujuan akreditasi layak menerima insentif potongan dua kali di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian sijil kepada kemudahan perubatan yang didaftarkan untuk promosi pelancongan kesihatan di sini hari ini.

Tiong Lai berkata, seramai 392,956 pelancong kesihatan telah melawat Malaysia dan menyumbang pendapatan bernilai RM379 juta kepada negara tahun lalu.

Menurutnya, Malaysia perlu bersaing dengan Thailand, Singapura dan India yang merupakan destinasi pilihan untuk pelancong-pelancong kesihatan.

"Saya difahamkan bahawa Hospital Bumrungrad di Bangkok mampu menarik 400,000 pelancong kesihatan setiap tahun, hospital ini mengatasi jumlah pelancong kesihatan yang dicatatkan oleh Malaysia.

"Persaingan kini semakin sengit kerana Indonesia, Korea dan Filipina juga mula mengorak langkah untuk menembusi pasaran dalam pelancongan kesihatan," katanya.

Tiong Lai berkata, berikutan itu juga, pihak pengurusan hospital mesti memastikan doktor-doktor di bawahnya mengambil bahagian dalam mempromosikan pelancongan kesihatan di Malaysia.

"Saya mahu Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC) mempromosi pakar-pakar perubatan yang ada di Malaysia," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, kerajaan sedang memperincikan syarat pengecualian cukai menyamai 100 peratus dalam tempoh lima tahun bagi pembinaan, pembesaran atau modenisasi hospital.

"Insentif ini hanya untuk lima tahun, saya harap peluang ini akan digunakan sebaik-baiknya untuk memperluaskan kapasiti hospital sedia ada," katanya.
  {module berita:news}

 

Artikel Berkaitan

Memfloss Gigi

download: Memberus gigi sahaja tidak mencukupi untuk kebersihan gigi yang

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 222,217,572

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-25 14:19:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia