A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

SENTUHAN BAIK DAN SENTUHAN TIDAK BAIK

Sentuhan baik boleh di gambarkan sebagai sentuhan yang membuat kita berasa gembira, selesa dan selamat di dalam seperti apabila ibubapa memeluk kita. Sentuhan baik juga dikenali sebagai sentuhan selamat.

Apakah itu sentuhan ? Sentuhan boleh di definasikan sebagai satu tindakan menyentuh seseorang atau sesuatu. Apabila kita di sentuh kita akan mempunyai perasaan didalam diri kita. Perasaan kita bergantung sama ada ia sentuhan baik atau sentuhan tidak baik .

Sentuhan baik boleh di gambarkan sebagai sentuhan yang membuat kita berasa gembira, selesa dan selamat di dalam seperti apabila ibubapa memeluk kita. Sentuhan baik juga dikenali sebagai sentuhan selamat.

Sentuhan tidak baik boleh digambarkan sebagai sentuhan yang membuat kita berasa tidak selesa , tidak selamat dan memberi perasaan buruk di dalam seperti sedih , malu dan takut . Contoh sentuhan tidak baik ialah di pukul atau di tolak . Sentuhan tidak baik juga dikenali sebagi sentuhan tidak selamat.

Oleh itu , dimana kita boleh di sentuh and siapa boleh sentuh kita ?

Seorang kanak-kanak seawal usia 2 tahun boleh menamakan bahagian-bahagian tertentu badan mereka.

Pada umur  4 atau 5  tahun kanak-kanak boleh menamakan bahagian badan mereka dan sedar akan badan mereka serta fungsinya. Pada umur ini juga mereka akan belajar bahawa bahagian-bahagian tertentu badan mereka adalah sulit atau rahsia.

Oleh itu , mereka harus di ajar bahawa badan mereka adalah hak mereka sendiri dan dimiliki oleh mereka. Kanak-kanak harus tahu bahawa tiada siapa yang boleh menyentuh badan mereka tanpa kebenaran mereka dan mereka boleh menolak untuk di sentuh.

Terdapat bahagian – bahagian badan anda yang sulit dan peribadi kepada anda. Seorang kanak-kanak mesti diajar tentang bahagian-bahagian ini. Terdapat 4 zon dianggap sulit dan peribadi iaitu : mulut,dada , kawasan di antara paha (kemaluan)  dan punggung . Kawasan sulit ini hanya boleh di sentuh oleh diri sendiri atau oleh ibu bapa anda. Ibu atau bapa anda akan menyentuh anda apabila mereka mandikan anda. Doktor anda akan menyentuh anda semasa pemeriksaan fizikal di hadapan ibu bapa anda.

Kaedah lain ialah mengajar kanak-kanak peraturan seluar dalam : Seorang kanak-kanak tidak boleh disentuh oleh orang lain pada bahagian badan yang ditutup oleh pakaian dalam mereka. Mereka juga tidak boleh menyentuh orang lain di bahagian badan ini  juga.

Jika seseorang menyentuh anda apa yang perlu dilakukan?

  1. Jerit “JANGAN” atau teriak sekuat hati untuk pertolongan
  2. Lari secepat mungkin ke tempat selamat atau tempat yang ada orang
  3. Beritahu seseorang  yang anda percayai seperti ibu , bapa, nenek , datuk , cikgu dan sebagainya. Teruskan memberitahu mereka sehingga mereka memepercayai anda dan mengambil tindakan sewajarnya

Situasi-situasi yang anda perlu beritahu ibubapa atau seseorang yang anda percayai:

  1. Apabila seseorang menyentuh atau melihat bahagian sulit atau peribadi anda
  2. Apabila seseorang menunjukkan bahagian sulit atau peribadi mereka kepada anda
  3.  Apabila seseorang meminta anda menanggalkan pakaian anda
  4. Apabila seseorang mengambil gambar anda tidak berpakaian
  5. Apabila seseorang menunjukkan gambar atau video orang tidak berpakaian kepada anda
  6. Apabila seseorang menyentuh atau mencium bahagian sulit anda.

Ibu bapa boleh membantu memperkasakan anak-anak mereka dengan:

  • Berbincang dengan anak-anak mengenai sentuhan baik dan sentuhan tidak baik. Jika anak anda ingin berbual mengenai sentuhan jangan abaikan atau tidak hiraukan mereka. Ambil peluang ini untuk mengajar mereka tentang badan  mereka dan gunakan bahasa dan istilah yang sesuai apabila mengajar mereka tentang bahagian badan mereka.
  • Jangan memaksa atau menekan anak-anak untuk bermesra sewenang-wenangnya walaupun dengan sanak saudara.  Ini adalah kerana terdapat kes penderaaan yang melibatkan ahli keluarga terdekat atau saudara mara.
  • Mengajar dan memberitahu anak-anak untuk meluahkan perasaan tidak selesa dengan menggunakan kata-kata. Sesetengah kanak-kanak mempunyai masalah untuk mengenalpasti atau  menyatakan emosi mereka , sebaliknya mereka akan menangis, menjerit atau membaling barang untuk meluahkan emosi  mereka
  • Berlatih main peranan: Berlatih apa yang harus mereka katakan ( Jangan ! Saya tidak suka itu . Hentikan!) dan beritahu (orang dewasa yang mereka percayai ) jika mereka pernah di minta untuk menunjukkan atau di sentuh di bahagian sulit mereka
  • Percayalah anak-anak anda
  • Sentiasa beritahu anak anda yang anda sayang mereka dan jika berlaku apa-apa jangan salahkan anak anda. Sebaliknya , yakinkan anak anda yang mereka masih disayangi dan elakkan bercakap mengenai kejadian itu sepanjang masa.

Peraturan Sentuhan Untuk Diingati:

  1. Terdapat sentuhan baik dan sentuhan tidak baik
  2. Tiada sesiapa yang patut menyentuh bahagian sulit atau rahsia anda tanpa kebenaran anda
  3. Jangan sesekali bersetuju untuk menyimpan rahsiasentuhan tidak baik
  4. Beritahu seseorang yang anda percayai dan teruskan memberitahu sehingga anda dapat bantuan dengan masalah tersebut

Rujukan:

  1. http://childonchildsexualabusepreventiontaskforce.homestead.com/Good_Touch__Bad_Touch.pdf
  2. https://www.youtube.com/user/mDhilhealth
  3. (underwearrule.org/ource/text_en.pdf).
  4. https://breakfreeandshine.com/2015/09/12
  5. http://www.slideshare.net/Navanita1986/good-touch-bad-touch-ppt-45974179
  6. http://parenting-guide.com/what-is-appropriate-age-to-tell-child-about-good-touch-and-bad-touch/
  7. http://b-inspiredmama.com/10-tips-for-teaching-kids-about-good/
  8. https://es.slideshare.net/mobile/monikamanchanda/good-touch-bad-touch-ppt-7737665/14?t=123&smtNoRedir=1
  9. http://wanita.ikram.org.my/2015/11/map-sentuhan-selamat-sentuhan-tidak-selamat/
Semakan Akhir : 27 Oktober 2017
Penterjemah :  Dr. Nazariah Aiza Bt. Harun
Akreditor : Dr. Eni Rahaiza Bt. Muhd Ramli

 

Artikel Berkaitan

Gaya Pemikiran Kanak-Kanak

Gaya pemikiran adalah tabiat positif yang menyumbang kepada pemikiran yang lebih baik, kritikal, penyelesaian masalah dan membuat keputusan. Sebenarnya tiada satu jenis gaya pemikiran yang lebih baik daripadajenis gaya pemikiran yang lain. Setiap gaya pemikiran mempunyai kekuatan dan kelemahannya tersendiri. Kekuatan dan kelemahan gaya pemikiran banyak bergantung kepada pengaruh motivasi dalaman individu itu sendiri dan motivasi orang yang berada di sekelingnya terutama ibu bapa.

Keperluan Kesihatan Mental Semasa Infansi

Keperluan kesihatan mental untuk kanak-kanak semasa peringkat bayi merujuk kepada keperluan perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak yang sihat dan perhubungan mereka dengan penjaga terdekat (biasanya ibu bapa) dari lahir sehingga berumur lima tahun.

Menangani Fobia Sosial Kanak-Kanak

Perkembangan sosial kanak-kanak bermula sejak bayi lagi. Ia merupakan satu proses kanak-kanak belajar berhubung dengan orang lain mengikut cara yang telah didedahkan oleh budaya dan masyarakat setempat.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,086,967

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia