A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Apakah itu selesema?

Iaitu satu jangkitan pada hidung dan tekak. Biasanya disebabkan oleh virus. Ia adalah satu penyakit yang sering menyerang kanak-kanak terutamanya yang berusia sehingga 2 tahun. Hampir semua kanak-kanak mendapat banyak kali selesema dalam setahun dan kadar ini akan lebih lagi berlaku kepada mereka yang tinggal di rumah asuhan kanak-kanak, rumah kebajikan dan sekolah.

Apakah tanda dan simptom selesema?

Simptom yang biasa adalah:

  • Batuk.
  • Demam.
  • Sakit tekak.
  • Sukar bernafas.
  • Hidung tersumbat dan akan semakin teruk dan berkahak.
  • Akan bernafas melalui mulut kerana hidung yang tersumbat.

Simptom lain termasuklah:

  • Bersin.
  • Keletihan.
  • Sakit kepala.
  • Hilang selera makan.
  • Muntah dan cirit-birit.

Bolehkah selesema membawa kepada komplikasi yang lebih serius?

Ia mungkin akan menyebabkan berlaku jangkitan kepada bahagian telinga tengah atau menyebabkan cecair terkumpul di bahagian ini.

Apakah rawatan untuk selesema?

Selesema adalah satu penyakit kendiri. Tiada rawatan khusus diperlukan dan rawatan dilakukan hanyalah dengan membuat kanak-kanak itu merasa selesa. Langkah-langkah penting termasuk:

  • Rehat yang sempurna.
  • Mengambil banyak air.
  • Mengambil makanan yang berzat.
  • Pemberian paracetamol untuk melegakan demam dan membuat mereka selesa.
  • Antibiotik tidak diperlukan.

Langkah-langkah untuk melegakan hidung tersumbat:

  • Menggunakan titisan salin nasal sebelum memberi bayi makan atau tidur.
  • Dalam kes yang lebih teruk, boleh gunakan ubat pelega sesak hidung tetapi mesti berhati-hati kerana kesan sampingan seperti rasa mengantuk, tidak selesa dan sukar untuk tidur.
  • Gunakan penyedut lendir manual untuk kes yang lebih teruk.

Aspirin tidak sesuai bagi mereka yang kurang dari 15 tahun. Ia boleh dikaitkan dengan satu penyakit yang serius dipanggil ‘Reye’s syndrome’.

Bolehkah selesema dirawat?

Selesema tidak boleh dicegah tetapi ada cara untuk mengurangkan kadar jangkitan:

  • Jangan terlalu dekat dengan orang yang dijangkiti.
  • Basuh tangan sebelum makan dan selepas menyentuh hidung.
  • Gunakan tuala tangan pakai buang menggantikan sapu tangan.
  • Ajar anak-anak supaya menutup hidung dan mulut apabila batuk atau bersin dan basuh tangan serta merta.
  • Jika seseorang mendapat selesema, mereka hendaklah menjauhi pusat jagaan kanak-kanak atau sekolah.
  • Makan makanan berzat dan amalkan gaya hidup sihat.

Vaksin hanya terdapat untuk beberapa viral strain yang khusus. Ia tidak praktikal digunakan di Malaysia kerana virus yang menyebabkan selesema ini biasanya wujud sepanjang tahun. Lebih-lebih lagi ianya tidak kos efektif.

Semakan akhir : 26 April 2012
Penulis : Dr. Norrashidah Hj. Abd Wahab
  : Dr. Nor Mahani Harun
Penyemak : Dr. Norzila bt. Mohamed Zainudin

 

Artikel Berkaitan

Pendarahan Hidung

Pendarahan hidung adalah masalah biasa yang berlaku dikalangan kanak-kanak. Ia

Tonsillitis

What are tonsils? Tonsils are glands that work like an

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 1,682,403

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-19 09:02:28
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia