A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Selesema

Lebih dikenali sebagai  flu. Ia disebabkan oleh Virus Influenza kumpulan A, B dan C

Lebih dikenali sebagai  flu

Ia disebabkan oleh Virus Influenza kumpulan A, B dan C

Influenza selalunya menyerang saluran pernafasan tubuh seseorang iaitu hidung, tekak dan paru-paru.

Jenis virus influenza yang menyebabkan selesema mungkin berbeza dari tahun ke tahun. Ianya merupakan penyakit yang mudah berjangkit dan mudah merebak setiap tahun.

Jangkitan boleh merebak kepada orang lain melalui udara yang dicemari oleh batuk, bersin dan bercakap dengan pengidapnya. Anda juga mungkin boleh mendapat jangkitan dari najis burung yang tercemar atau permukaan yang tercemar dengan virus influenza.

Tanda dan Gejala

Flu tidak sama dengan selesema biasa. Gejala flu biasanya lebih teruk dan mungkin memerlukan anda berehat dari tugas harian.

Tanda-tanda dan gejala penyakit adalah bergantung pada tahap keterukan :

  • Demam tinggi (39° – 40°C)
  • Sakit kepala yang teruk
  • Sakit dan lenguh-lenguh badan
  • Ketidakselesaan bernafas
  • Batuk mungkin menjadi teruk
  • Letih lesu
  • Lemah dan tidak bermaya boleh menjangkau ke 2-3 minggu.
  • Kerap bersin, hidung tersumbat dan sakit tekak adakalanya berlaku.

Manakala selesema biasa pula pesakit jarang mendapat demam, sakit kepala serta letih lesu dan tak bermaya. Mereka juga biasanya mengadu hidung tersumbat, batuk dan sakit tekak.

Komplikasi

Untuk individu sihat, flu akan sembuh dalam masa 7 hingga 10 hari dan gejala teruk berlaku dalam masa 3 hingga 4 hari.

Komplikasi yang teruk termasuklah :

  • Pneumonia(jangkitan paru-paru)
  • Jangkitan sinus
  • Jangkitan telinga
  • Jangkitan selaput meninges otak

Pesakit yang berisiko mendapat komplikasi adalah :

  • Kanak-kanak di bawah umur 4 tahun
  • Penghuni Rumah Orang Tua (“Nursing Home”)
  • Warga Emas
  • Wanita Hamil
  • Penderita sakit paru-paru seperti chronic obstructive pulmonary disease( COPD) , kegagalan fungsi jantung dan ginjal
  • Pesakit HIV/AIDS
  • Pesakit kanser

Rawatan

Penjagaan di rumah yang sempurna dapat melegakan gejala dan komplikasi yang mungkin timbul.

  • Rehat yang cukup, makanan yang seimbang dan senaman ringan dapat membantu membina pertahanan badan.
  • Bahan Ubatan yang dibeli tanpa priskripsi doktor contohnya Paracetamol dapat mengurangkan demam, sakit kepala dan sengal-sengal otot.
  • Ubat pereda hidung tersumbat dan semburan hidung dapat membantu melegakan hidung tersumbat dan mengurangkan tisu-tisu bengkak.
  • Minum air dengan cukup.

Dapatkan rawatan dari klinik yang berdekatan sekiranya terdapat gejala-gejala lain.

Pencegahan

  • Jauhkan tempat yang sesak.
  • Jauhkan dari orang yang mengidap flu
  • Menjaga kebersihan
  • Kerap membasuh tangan
  • Menutup mulut ketika batuk atau bersin
  • Memberi suntikan vaksin pencegah flu terutama kepada kanak-kanak, orang tua, pesakit-pesakit kronik paru-paru, pesakit diabetes, pesakit jantung serta pesakit yang mempunyai kekurangan imuniti dan anggota kesihatan.

Soalan Lazim

  1. Adakah terdapat ubat tertentu bagi merawat influenza?
    Ya, terdapat anti virus tertentu sahaja bagi merawat keadaan yang teruk.
  2. Adakah sebarang vaksinasi (pelalian) untuk mengelak demam selesema biasa?
    Program imunisasi semasa kanak-kanak melibatkan pemberian vaksin HiB untuk mengurangkan keterukan jika dijangkiti virus influenza kumpulan B, tetapi tiada vaksinasi bagi mengelak selesema biasa kerana virus selesema yang pelbagai dan ianya tidak spesifik seperti virus influenza.
Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Dr. Hasniza bt. Hasim
Penyemak : Dr. Nor Faizah bt. Ghazali

Artikel Berkaitan

Pening

Mungkin digambarkan sebagai perasaan tidak stabil atau rasa hendak pitam

Buasir

Buasir adalah salur darah vena yang membesar di bahagian bawah rektum dan dubur. Ia akan membawa masalah apabila ianya menjadi radang atau bengkak.

Tiroid

Pengenalan Tiroid merupakan kelenjar yang berbentuk rama-rama yang terletak di

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 219,221,216

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-19 11:55:02
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia