A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Pemakanan
  4. /
  5. Keselamatan & Kualiti Makanan
  6. /
  7. Selamatkah Minuman Dalam Bungkusan...

Selamatkah Minuman Dalam Bungkusan Tetra Pak?

Keselamatan Minuman Dalam Bungkusan – Tetra Pak

Minuman dengan bungkusan tetra pakRajah 1 : Minuman dengan bungkusan tetra pak  (Sumber : http://www.tetrapakrecycling.co.uk/)


Apa Itu Minuman Berbungkus?

Pembungkusan banyak digunakan dalam produk-produk makanan atau minuman seperti susu, jus buah, minuman buah-buahan dan aiskrim. Bahan pembungkus ini adalah seperti kulit yang akan menghalang oksigen daripada memasukinya dan menghalang aroma minuman keluar.

Pembungkusan tetra pak digunakan bagi mengekalkan :

  • rasa
  • nilai nutrisi
  • kesegaran makanan.

Minuman ini telah melalui proses secara aseptik (aseptically processed) bagi memastikan minuman tersebut selamat diminum pada bila-bila masa dan di mana sahaja.


Sejarah Tetra Pak

  • Teknologi tetra pak ini berasal dari Sweden dan dicipta oleh Dr. Ruben Rausing pada tahun 1943.
  • Beliau telah menggabungkan pembungkusan Tetra Brik dan teknologi pembungkusan aseptik (aseptic packaging technology) untuk menggantikan rantaian makanan sejuk bagi memudahkan pengedaran dan penstoran/penyimpanan makanan dan minuman.
  • Pembungkusan tetra pak juga telah membantu daripada segi penghasilan minuman tanpa bahan pengawet dan bahan kimia.
Sejarah Tetra Pak

Sumber : http://www.tetrapak.com/


Apakah Bahan Yang Digunakan?

Bahan bagi pembungkusan tetra pak terdiri daripada beberapa lapisan iaitu :

  1. kertas laminat
  2. polietilena
  3. kertas aluminium.

Kombinasi bagi bahan ini berbeza mengikut keperluan kategori makanan dan bahan yang bersentuhan dengan makanan adalah polietilina bergred makanan. Setiap lapisan mempunyai fungsi yang tersendiri bagi melindungi makanan daripada cahaya dan oksigen.

Contoh lapisan bahan pembungkusan tetra pak bagi minuman buah-buahan adalah seperti rajah :

Lapisan bahan pembungkusan tetra pakRajah2 : Lapisan bahan pembungkusan tetra pak  (Sumber : http://bestbrandsmarketing.com)

Bagaimana Untuk Pastikan Minuman Tetra Pak Adalah Selamat ?

Sebagai pengguna, pastikan :

A)  Semasa Membeli

  1. Kotak tidak kemek.
  2. Penutup tidak terbuka.
  3. Baca label bagi kandungan ramuan terutama amaran alergi dan sensitiviti.
  4. Semak arahan penyimpanan dan tarikh luput.
  5. Simpan dalam suhu yang dicadangkan bagi penyimpanan selamat.

Contoh gambar bungkusan tetra pak (minuman)Contoh gambar bungkusan tetra pak (minuman).

B)  Semasa Minum

  1. Gunakan deria anda – Lihat, Hidu dan Rasa.
  2. Jika ada rasa pelik, warna yang berbeza dan bau kurang menyenangkan, JANGAN MINUM.
  3. Jika tidak diminum, simpan dalam peti sejuk dan habiskan dalam tempoh yang disarankan.

C)  Selepas Minum

  1. Buang kotak minuman dengan betul dan kitar semula untuk menyelamatkan bumi dan pokok.

 

Kesimpulan

Pembungkusan membantu kita mendapatkan produk yang dihasilkan dari seluruh dunia secara selamat, bersih, segar dan berkualiti. Kualiti produk berbeza daripada segi :

  • tarikh pemprosesan
  • tarikh luput
  • cara pemprosesan
  • teknologi pembungkusan yang digunakan.

Pembungkusan memberikan perlindungan dan keperluan penyimpanan yang berbeza kepada produk sama ada perlu disimpan sejuk atau pada suhu bilik.

Pembungkusan tetra pak dan penggunaan pembungkusan aseptik telah banyak membantu dalam pembangunan teknologi pembungkusan minuman. Ini memberi kelebihan kepada pengguna dalam membuat pilihan dengan kepelbagaian produk yang lebih berkhasiat, segar dan selamat di pasaran malah produk yang merangkumi keperluan pelbagai lapisan masyarakat.

 

Rujukan :

  1. Portal Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan : fsq.moh.gov.my
  2. Tetra Pak Magazine 97 –Theme : Juice, Nectar, Still drinks.
  3. Tetra Pak Magazine 100 – 100 Issues of Inspirations and Knowledge.
  4. Tetra Pak White Paper – Juice Pasteurization – Can We Do Better?
  5. Tetrapak- development in brief 9704en, tetrapak.com
  6. Tetra Pak founder : http://en.wikipedia.org/wiki/File:Tetra_Pak_founder_Ruben_Rausing.

 

Semakan akhir : 30 Jun 2016
Penulis : Maria Afiza binti Omar
Akreditor : Sanimah binti Abdul Rahman

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 219,232,639

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-19 14:25:57
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia