A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Seks Untuk Bayaran

Definisi

Seks untuk bayaran wang adalah perbuatan melakukan hubungan seks untuk mendapatkan ganjaran atau bayaran wang. Ia juga dikenali sebagai pelacuran.

Adalah salah disisi undang-undang Malaysia jika seorang remaja melakukan seks, atau dipaksa untuk melakukan seks atau dibayar wang bagi perkhidmatan seks yang diberi. Kegiatan ini boleh dilaporkan kepada polis, dan pihak yang terlibat boleh didakwa.

Kadar kejadian sebenar di negara kita masih belum diketahui, tapi eksploitasi remaja bagi seks secara komersial menjadi masalah yang semakin menular.

Ramai antara mangsa remaja telah dipasarkan oleh orang-orang tengah (bapa/ibu ayam). Kebanyakan antara mangsa remaja terdiri daripada golongan sosioekonomi yang rendah, dan ramai juga adalah mereka telah yang berhijrah dari kampung-kampung ke bandar untuk mencari pekerjaan. Ada remaja yang beroperasi secara berkumpulan dengan agen, manakala ada yang beroperasi secara persendirian.

Kesan-kesan pelacuran

Pelacuran menyebabkan banyak komplikasi dan masalah secara fizikal, mental dan sosial

  • Badan anda menghadapi risiko untuk cedera apabila diperlakukan secara kasar oleh pelanggan yang rakus dan ganas

  • Risiko yang paling besar dalam kegiatan pelacuran adalah anda mungkin akan mendapat penyakit-penyakit kelamin serta penyakit-penyakit yang berjangkit melalui hubungan seks seperti syphilis, gonorrhea, Chlamydia, viral warts, herpes, hepatitis and HIV/AIDS.

  • Kehamilan yang tidak diingini boleh berlaku, dan ini boleh membawa kepada masalah perubatan bagi remaja perempuan yang mungkin tidak mempunyai sokongan social yang mencukupi bagi meneruskan kehamilan mereka. Berpunca daripada ini, lahirlah gejala yang lebih parah iaitu gejala pembuangan bayi.

  • Masalah kesihatan mental seperti anzieti atau kecelaruan, kemurungan dan pembunuhan diriadalah tinggi di kalangan remaja perempuan yang terlibat dalam kegiatan pelacuran.

Remaja perempuan yang belum lagi berkahwin amat digalakkan untuk tidak melakukan hubungan seks. Masalah dan komplikasi yang timbul daripada kegiatan memberi khidmat seks untuk bayaran wang adalah terlalu berat untuk dipikul oleh seseorang, apatah lagi oleh seorang perempuan atau seorang lelaki yang masih remaja dan muda.

Langkah-langkah pencegahan

  • Berhati-hati dan jangan mudah percaya kepada tawaran dan janji ‘gaji besar’ serta wang ringgit yang banyak oleh orang-orang yang tidak dikenali dari bandar-bandar.

  • Jangan jadi mangsa kepada kegiatan pemerdagangan manusia.

  • Jika anda seorang remaja yang terlibat dalam kegiatan seks untuk bayaran wang, gunakan perlindungan seperti kondom dan ‘diaphragm’ (Sila rujuk artikel mengenai Perancang Keluarga). Sila berjumpa dengan doktor anda bagi kaedah perancang keluarga kecemasan (Emergency contraception)

  • Berbincanglah dengan orang dewasa yang matang dan bolih dipercayai seperti ibu bapa , guru atau doktor keluarga anda apabila anda mempunyai masalah dan sebelum membuat sebarang keputusan untuk masa depan anda.

Dimanakah saya boleh mendapat pertolongan untuk melarikan diri daripada bapa/ibu ayam (agen seks) atau jika saya mahu berhenti dari aktiviti ini?

Tidak terlalu lambat untuk berhenti daripada terlibat dalam pelacuran
Anda boleh mendapat pertolongan dan sokongan daripada:

  • Talian Nur – 15999

  • Balai polis yang terdekat

  • Hospital/klinik yang terdekat

Rehabilitasi dan sokongan

Pihak-pihak yang tersebut di atas akan memaklumkan perkhidmatan sosial dan kebajikan untuk membantu anda dengan memberi perkhidmatan kaunseling, rehabilitasi, penempatan serta mendapatkan rawatan dan saringan perubatan.

Last Reviewed : 18 June 2015
Writer : Datin Dr. Sheila Marimuthu
Translator : Dr. Nazrila Hairin binti Nasir
Accreditor : Dr. Salmah binti Nordin

 

Artikel Berkaitan

V

Tiada Audio

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 219,232,845

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-19 14:25:57
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia