A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Pengenalan

SARS telah dilaporkan di selatan China, tetapi pada masa ini terdapat juga laporan daripada kebanyakan Negara Asia, Eropah dan Australia. Pada Februari 2003, World Health Organization (WHO) mengumumkan jangkitan SARS yang pertama merebak dan ianya berakhir pada Julai 2003.

Virus ini dikenali sebagai SARS – berkaitan dengan coronavirus yang menyebabkan jangkitan.

Faktor risiko pada SARS

  • Hubungan yang rapat dalam tempoh 10 hari dengan pesakit SARS
  • Perjalanan dalam tempoh 10 hari di kawasan dijangkiti SARS yang dilaporkan oleh WHO di Asia
  • Perjalanan atau lawatan dalam tempoh 10 hari di tempat-tempat yang ada kes SARS seperti di hospital

Disyaki kes jika ada kriteria seperti di bawah:-

  • Individu yang ada tanda-tanda demam (suhu badan yang diambil melalui mulut melebihi 38C)
  • Satu atau lebih tanda-tanda seperti batuk, nafas yang laju dan sukar bernafas. (Bagi bayi dan kanak-kanak mungkin terdapat tanda-tanda spesifik letih, keluh kesah dan hilang selera makan).
  • Satu atau lebih seperti di bawah :
    • Hubungan yang rapat (tinggal bersama atau hubungan yang rapat atau hubungan yang terus dengan titisan hidung, kahak dan titisan cecair/rembesan dari badan pesakit SARS mencemari benda-benda di sekelilingnya (seperti telefon dan tombol pintu)
    • Perjalanan yang dibuat di antara 10 hari atau semasa berlakunya gejala oleh laporan WHO di kawasan atau negara yang dijangkiti.
    • Perjalanan yang dibuat di antara 10 hari atau semasa berlakunya jangkitan di hospital yang ade pesakit SARS.
  • Tidak diketahui apakah penyebab penyakit

Kes berkemungkinan

  • Individu yang menepati kes kriteria disyaki dan jangkitan paru-paru yang tidak diketahui punca.

Tanda-tanda dan gejala

Penyakit ini berlaku selepas 2 hingga 7 hari selepas terdedah kepada virus SARS. Bayi dan Kanak-kanak:

  • Demam melebihi suhu 38 C
  • Batuk, pernafasan yang cepat, sesak nafas
  • Kurang selera makan
  • Letih, keluh kesah

Remaja

  • Demam melebihi suhu 38 C
  • Batuk, sesak nafas,
  • Kurang selera makan, pernafasan yang cepat
  • Sakit kepala, rasa letih, sakit badan
  • Cirit-birit

Kadang kala sakit kepala mungkin akan berkurangan dan demam serta menggigil bermula selepas itu dan menggeletar sebentar. Batuk, sesak nafas dan pernafasan laju tidak mungkin berlaku untuk 2-3 hari kemudian. Apabila penyakit ini berterusan, 20-30% kanak-kanak mungkin mengalami jangkitan paru-paru.

Penyebaran Jangkitan SARS

  • Jika sekiranya individu yang mengalami SARS, batuk atau bersin dengan tidak menutup mulut
  • Ciuman, pelukan atau pun berkongsi peralatan makanan
  • Menyentuh objek yang mengandungi titisan berkuman, dan seterusnya menyentuh mulut, hidung dan mata

Ujian untuk SARS

  • Ujian PCR (caranya untuk mengesan kandungan virus) SARS boleh dikesan melalui virus di dalam darah, najis, titisan cecair dari hidung dan mulut.
  • Antibodi untuk Virus SARS diuji selepas jangkitan dalam darah (Antibodi dihasilkan oleh sistem imun badan untuk melawan penyakit tertentu)
  • Pertumbuhan dan isolasi virus. (untuk kultur viral, sampel cecair atau pun tisu yang terkena jangkitan di simpan di dalam bekas bersama dengan sel virus yang akan membiak. Jika didapati pembiakan virus di dalam kultur, ia akan melibatkan pertukaran di dalam sel yang boleh dilihat di bawah mikroskop.

Rawatan

  • Rawatan awal untuk jangkitan paru-paru dengan memberi antibiotik
  • Tiada ubat antivirus khusus walaupun ribavirin telah digunakan

Untuk Maklumat Lanjut

  • Berjumpa doktor
  • Klinik Kesihatan tempatan
  • Pusat Kawalan & Pencegahan Penyakit, www.dph.gov.my atau tel : 03-88833888

Soalan yang kerap ditanya

Dapatkan nasihat pakar kanak-kanak atau doktor di klinik kesihatan tempatan. Adalah mustahak untuk memberitahu doktor melalui telefon dengan segera sebelum terus datang ke klinik. Sila beritahu doktor anda berkaitan semua sejarah perjalanan anda termasuk bahagian-bahagian mana kes-kes SARS yang telah dilaporkan dan sama ada anak anda ada kaitan dengan SARS atau mereka yang mengadu mempunyai berhubung dengan SARS. Jika anak anda lebih besar, sediakan topeng muka (mask) untuk melindungi individu lain.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit, Kementerian Kesihatan Malaysia telah bekerjasama dengan World Health Organization (WHO) dan rakan kongsi global untuk menangani SARS daripada merebak.

  • Apakah yang patut saya lakukan untuk melindungi anak saya?
    • Basuh tangan anak anda dengan kerap menggunakan air dan sabun.
    • Mengikut cadangan Unit Kesihatan Awam di kawasan yang dijangkiti SARS.
    • Anak anda akan selamat di sekolah, pusat rawatan harian dan aktiviti luar jika tiada penularan jangkitan di kawasan persekitaran.
    • Jika anak anda terdedah kepada individu yang tidak sakit tetapi telah pergi di kawasan yang dijangkiti SARS, anda tidak perlu isolasi anak anda.
  • Apakah yang patut saya lakukan jika saya mengesyaki anak saya telah dijangkiti SARS?
  • Apakah yang telah dilakukan tentang SARS?

Rujukan

  • Paediatric Approach to SARS , Hospital for Sick Children, Toronto, Canada.
  • Severe Acute Respiratory Syndrome ( SARS ) Fact Sheet, Children’s Hospital of Pittsburgh.
  • Respiratory Disorders ‘ Severe Acute Respiratory Syndrome ( SARS ) Fact Sheet, Lucile Packard Children’s Hospital at Standford.
  • Severe Acute Respiratory Syndrome ( SARS ) General Information, Canadian Paediatric Society.
  • Children and SARS , About : Paediatrics, U.S.A.
  • FAQs about Severe Acute Respiratory Syndrome ( SARS ), Center for Disease control and Prevention, U.S.A
  • SARS : What Parents Need to Know , KidsHealth, Nemours Foundation, U.S.A.
Semakan akhir : 02 Mei 2008
Penterjemah : Pn. Jamilah bt. Abdullah

 

Artikel Berkaitan

Hyperlipidaemia

Introduction Hyperlipidaemia is defined as either elevation of cholesterol or

W

Tiada Ilustrasi

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,089,583

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia