Home > Kesihatan Mental > Saringan Simptom Dementia

Saringan Simptom Dementia

Senarai Semak Masalah Daya Ingatan

(Dijawab oleh penjaga)

Nama penjaga:_____________________________

Tarikh:______________________

Nama pesakit:______________________________________

Jantina : Lelaki/Perempuan

” dengan=”” hubungan=”” kawan=”” lain-lain=”” p=”” pesakit:=”” sila=””>

Sila jawab soalan di bawah untuk membantu anda memastikan seseorang yang anda jaga mengalami masalah daya ingatan sebagai tanda-tanda awal Dementia. Pilih kotak yang memberi jawapan yang paling hampir dengan masalah ingatan tersebut.

Bil

Tanda-tanda awal demesia

Ya

Tidak

Tak tahu

1.

Adakah beliau kerap mengulangi atau kerap bertanya soalan-soalan yang sama berulang kali?      

2.

Adakah beliau kerap lupa, iaitu mengalami masalah ingatan jangka masa pendek?      

3.

Adakah beliau perlu diingatkan untuk menjalankan tugas yang biasa dibuat, membeli belah atau memakan ubat?      

4.

Adakah beliau lupa tarikh atau waktu temu janji, sambutan bersama keluarga atau percutian?      

5.

Adakah beliau kelihatan sedih, muram atau kerap menangis berbanding dulu?      

6.

Adakah beliau menghadapi masalah dalam mengira, mengurus duit atau mengimbangkan buku cek?      

7.

Adakah beliau hilang minat dengan aktiviti-aktiviti yang biasa dilakukan seperti kesukaan (hobi), membaca, beribadat atau aktiviti-aktiviti yang lain?      

8.

Adakah beliau memerlukan bantuan semasa mengenakan pakaian, mandi atau menggunakan tandas?      

9.

Adakah beliau menjadi seorang yang cepat marah, resah, mudah curiga atau mempercayai benda-benda yang tidak benar?      

10.

Adakah anda lebih runsing dengan cara beliau memandu, misalnya kerap sesat atau memandu dengan cara kurang selamat, atau adakah beliau terpaksa berhenti memandu? Jawab ‘tidak’ jika beliau tidak pernah memandu      

11.

Adakah seseorang itu lebih sukar untuk mencari ayat yang sesuai, melengkapkan perkataan atau menamakan seseorang atau benda?      
  JUMLAH      

Jumlah bilangan jawapan ‘Ya” :____________

Jumlah bilangan jawapan ‘Ya” sama atau lebih dari 5, kemungkinan seseorang mengalami dementia.

Semakan Akhir : 20 April 2012
Penulis : Dr. Suraya binti Yusoff
Penyemak : Dr. Lazli Bin Bakar