A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. Saringan Pendengaran

Saringan Pendengaran

Download:
altaltaltaltaltalt

 

Adakah anak anda sentiasa menjadi tumpuan orang ramai kerana wajahnya yang sungguh comel…tetapi anda boleh rasa ada sesuatu yang tak kena dengannya. Matanya tak berkelip apabila anda bertutur dengannya, dan dia juga seakan tidak terusik dengan apa yang berlaku di sekitarnya.

Anak anda mungkin mengalami masalah pendengaran.  Sudahkah anak anda menjalani saringan pendengaran untuk memastikan perkara ini?

Deria mendengar adalah satu deria yang amat penting kerana hilang pendengaran boleh menjejaskan hubungan komunikasi dengan orang lain.

Kurang pendengaran bermaksud pendengaran yang tidak jelas atau tidak dapat mendengar dengan sepenuhnya disebabkan kerosakan sebelah atau kedua-dua belah telinga dan ia boleh berada dalam tahap  ringan hingga ke tahap sangat teruk.

Dialog : tisya, tisya. Jangan main, mama cakap jangan main tisya.
            : abang amik tisya bawa pergi depan.

Masalah pendengaran ini boleh dikesan pada kanak-kanak di dalam pelbagai situasi. Kebiasaannya masalah ini dapat disedari  oleh ibu-bapa atau guru.

Pengesanan awal dan pengurusan terhadap masalah pendengaran terhadap bayi yang baru lahir adalah mustahak.

Masalah pendengaran boleh mengakibatkan  gangguan dalamperkembangan bahasa dan pertuturan.

Saringan Pendengaran ialah pemeriksaan yang dijalankan di peringkat awal untuk menguji pendengaran  bayi.

Semasa melakukan saringan pendengaran, prob (alat mengesan) akan diletakkan di telinga. Apabila prob mengeluarkan bunyi perlahan, organ pendengaran akan bertindak balas pada bunyi itu, dan sebaliknya jika ada masalah pendengaran.

SEBAB-SEBAB HILANG PENDENGARAN

Antara sebab- sebab kemungkinan anak anda boleh hilang pendengaran ialah:

  1. Faktor genetik.
  2. Jangkitan semasa bayi dalam kandungan seperti toxoplasma, rubella, cytomegalovirus, herpes, sifilis dan sebagainya.
  3. Keabnormalan Kraniofasial.
  4. Berat kelahiran kurang daripada 1.5kg.
  5. Kelahiran pra – matang.
  6. Neonatal jaundis yang teruk.
  7. Penggunaan ubat ototoksik.
  8. Jangkitan yang berlaku semasa kehamilan seperti campak.
  9. Jangkitan telinga tengah yang berulang kali dan meningitis.
  10. Kecederaan pada kepala.
  11. Terdedah kepada bunyi bising yang kuat dan berpanjangan seperti memakai fon telinga.

TANDA-TANDA HILANG PENDENGARAN

Terdapat beberapa tanda yang anda boleh mengenal pasti jika anak anda mengalami hilang pendengaran:

  1. Apabila anak anda tidak bertindak balas sama ada kepada bunyi perlahan atau pun kuat.
  2. Tidak menoleh kepada sumber bunyi.
  3. Sering kali meminta penutur mengulang apa yang diperkatakan.
  4. Membuka Televisyen terlalu kuat.
  5. Menunjukkan tanda-tanda keliru dan tidak memahami pertuturan.
  6. Gagal bertutur dengan normal.
  7. Lembab dalam pembelajaran (tidak berupaya untuk belajar).

CARA MENGELAK HILANG PENDENGARAN

Jagalah telinga anak anda dari lahir lagi. Langkah pencegahan termasuklah:

  1. Memberi imunisasi bagi mengelak penyakit Haemophilus Meningitis dan jangkitan demam campak.
  2. Melakukan saringan ujian pendengaran untuk semua kanak-kanak, tidak kira umur.
  3. Elakkan jangkitan telinga berulang.Kurangkan penggunaan putik kapas untuk mengeluarkan kotoran dalam telinga, terutama pada bayi dan kanak-kanak.
  4. Lakukan pemeriksaan telinga secara berkala di klinik.

BUNYI-BUNYIAN

Anak anda berhak menikmati kepelbagaian bunyi-bunyian. Lakukan saringan pendengaran sekarang.

S
Seribu (1,000) Hari Pertama Kehidupan Ke Arah Generasi Sihat

Sakit Sendi

Saringan Pendengaran

Sawan

Senaman

Senaman dan Penjagaan Postur Post Natal

Senaman untuk Warga Emas (di Bilik Tidur)

Senaman untuk Warga Emas (di Ruang Tamu)

Senaman untuk Warga Emas (di Dapur)

Shaken Baby Syndrome

Sindrom Terowong Karpus

Sublingual Glyceryl Trinitrate (GTN)

Stroboscopy

Seksual & Reproduktif

Seksual & Reproduktif (Kategori II)

 

Artikel Berkaitan

A

Alat Bantuan Parkinson Angkat Bibir {jcomments off}

Mati Pucuk

Your browser does not support the video tag. [flv]http://myhealth.moh.gov.my/media/download/animasi/pergigian/varnis_fluorida/varnis_fluorida.flv[/flv] Download:

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,316,336

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia