A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Sakit Tengkuk

Sakit tengkuk adalah perasaan sakit yang dialami pada mana-mana bahagian leher dan boleh melibatkan bahagian bahu, kepala dan muka.

Pengenalan

Sakit tengkuk adalah perasaan sakit yang dialami pada mana-mana bahagian leher dan boleh melibatkan bahagian bahu, kepala dan muka.

Sakit tengkuk berkemungkinan berpunca daripada otot, tendon, fascia, bursa, capsul, ligaments, disc, saraf dan dura.

Faktor penyebab sakit tengkuk berasaskan :

  • postur yang tidak baik,
  • ketidakseimbangan otot,
  • kekurangan stabiliti otot tengkuk,
  • kecederaan whiplash

Faktor risiko menyebabkan sakit tengkuk kebanyakannya disebabkan oleh faktor mekanikal. Ia punca daripada kerja yang di lakukan dan persekitaran tempat bekerja.

sakitTengkuk1

Objektif Rawatan Fisioterapi

  1. Untuk mengurangkan sakit dan inflamasi
  2. Untuk menguatkan otot leher
  3. Untuk mengekalkan julat pergerakan leher dan kepala
  4. Untuk meningkatkan julat pergerakan leher dan kepala
  5. Untuk membantu pesakit melakukan aktiviti harian secara maksimum tanpa rasa sakit
  6. Untuk meningkatkan kesedaran pesakit tentang kondisi dan cara pengendaliannya

Gejala-gejala Sakit Tengkuk :

  • ketegangan/ kekerasan otot leher
  • kekurangan julat pergerakan sendi leher
  • kesakitan sendi leher
  • sakit di bahgian belakang kepala/leher
  • Sakit di bahagian  torasik, bahu, dan/atau  rahang

Pencegahan

  • Pastikan amalan postur yang betul semasa duduk, berdiri, bekerja dan aktiviti-aktiviti di rumah.

Semasa baring :

  • Pilih bantal yang sederhana tinggi untuk merehatkan tulang dan otot leher
  • Digalakkan supaya tidak tidur dalam posisi meniarap agar dapat mengelakkan tengkuk berada dalam kedudukan ‘rotation and lateral flexion’ untuk jangka masa yang lama
  • Pastikan mekanisma senaman regangan untuk bahagian leher dilakukan secara berjadual untuk mencapai perkembangan yang optima.
  • Rehatkan otot leher setelah lama berkerja dengan komputer atau kerja pejabat yang lain.
  • Pastikan melakukan pergerakan leher secara perlahan.

 

Rehabilitasi

1. Pengurusan sakit leher

  • Ice pack – untuk sakit leher yang akut

Cara melakukan : balut ice pack dengan kain basah dan letak di bahagian sakit selama 15 minit.

  • hot pack – untuk sakit leher yang kronik dan berulang

Cara melakukan : balut hotpack menggunakan lapisan tuala secukupnya (pasti tidak terlalu panas) dan letakkan di bahagian yang sakit selama 20 minit.  Pastikan bahagian yang sakit tidak disapu dengan minyak panas sebelum hot pack diletakkan.

2. Program senaman sakit leher

    Senaman regangan bahagian leher

SakitTengkuk_clip_image003

Extensor Stretch

Posisi : duduk/ berdiri
Cara melakukan : tunduk kepala, bawa dagu ke dada. Tahan untuk 30 saat.

SakitTengkuk_clip_image005

Flexor stretch

Posisi : duduk @ Berdiri
Dongak kepala ke arah siling dan tahan untuk 30 saat.

 

SakitTengkuk_clip_image007

Side Bend

Posisi : duduk @ berdiri
Bawa telinga dekat ke bahu dan tahan untuk 30 saat.

 

SakitTengkuk_clip_image009

Rotation

Posisi : duduk @ berdiri
Pusingkan kepala perlahan- lahan ke tepi dantahan sampai kiraan 30 saat.
 

 

Rujukan

1. Care protocol Neck Pain oleh Jawatankuasa teknikal Profesion Fisioterapi, KKM
2. Ferrari, R. and Rusell, AS. (2003) Neck Pain; Best Practice of Research Clinical Rheaumatology, 17(11), 57-70.

 

Semakan Akhir : 23 Ogos 2019
Penulis : Sia Lee Lee
Akreditor : Daaljit Singh Harbachan Singh
Penyemak : Halimah bt. Hashim

Artikel Berkaitan

Rawatan Fisioterapi bagi Tennis Elbow

Sakit di bahagian luar sendi siku dan ia dikategorikan sebagai sakit akut. Ia juga berkait dengan Common Extensor Tendon (yang terletak di bahagian luar lengan) dan sakit apabila ditekan.

Rawatan Fisioterapi untuk Bell’s Palsy

Bell’s Palsy adalah satu kelemahan otot muka disebabkan oleh inflamasi pada urat muka. Inflamasi ini meningkat di sekitar saraf muka yang mana ia melalui tengkorak dari otak. Inflamasi ini juga boleh menekan urat saraf. Sebahagian atau sepenuhnya urat saraf akan berhenti berfungsi sehingga inflamasi berkurangan. Otot muka tidak akan berfungsi sekiranya tidak disaraf oleh urat muka.

Slipped Disc pada Tulang Belakang

Slipped disc pada tulang belakang juga dikenalpasti sebagai PID (prolapsed interverterbral disc). Slipped disc merupakan pengalihan nucleus pulposes dari lokasi normal yang duduk di pertengahan disk

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 222,217,563

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-25 14:19:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia