A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Sakit Kepala – FAQ

  1. Apakah itu sakit kepala?

Sakit yang dirasai di bahagian kepala (dahi ke tengkuk) dan boleh berlaku pada semua peringkat usia. Sakit kepala boleh hilang tanpa sebarang rawatan, hanya sakit kepala yang berpanjangan dan berulang sehingga mengakibatkan gangguan kepada aktiviti harian perlu melakukan pemeriksaan segera dengan doktor untuk mengenalpasti punca dan rawatan.

 

  1. Apakah punca-punca sakit kepala?
  • Demam
  • Tekanan / stress (tension headache).
  • Kemurungan / Keresahan / psikosomatik
  • Migrain (pengecutan saluran darah)
  • Masalah mata seperti rabun mata (dekat/ jauh), peningkatan tekanan intra ocular (glaukoma). Keletihan pada mata kerana melihat skrin komputer terlalu lama, membaca dalam cahaya atau pada jarak yang tidak sesuai.
  • Sakit gigi dan tulang rahang (Referred pain from dental problem)
  • Jangkitan kuman atau penyakit berkaitan dengan Telinga, Hidung dan Tekak (Tinnitus, sinusitis)
  • Kekejangan otot leher
  • Kecederaan pada kepala, otak dan tengkuk/leher (otot).
  • Strok
  • Jangkitan otak (meningitis, ensefalitis, abses/bernanah), ketumbuhan dalam otak, saluran darah dalam otak yang tidak normal (aneurisme)
  • Tekanan darah tinggi atau rendah.
  • Mengambil ubat-ubatan seperti pil perancang, ubat-ubatan yang diambil tanpa preskripsi doktor.
  • Hipoglisemia
  • Tidak cukup atau terlebih tidur
  • Perokok aktif dan pasif
  • Faktor-faktor persekitaran yang tidak kondusif seperti asap,bunyi bising dan bau yang tidak menyenangkan.
  • Anemia
  • Penyakit -penyakit kronik seperti kegagalan fungsi buah pinggang, kanser dan pesakit HIV
  • Keracunan makanan
  • Hipertensi akibat mengandung (Pre-eklampsia)

 

  1. Apakah tanda-tanda amaran sakit kepala serius yang perlu berjumpa doktor dengan segera?

Sakit kepala boleh hilang tanpa sebarang rawatan, hanya sakit kepala yang berpanjangan dan berulang sehingga mengakibatkan gangguan kepada aktiviti harian perlu melakukan pemeriksaan segera dengan doktor untuk mengenalpasti punca dan rawatan.

Dapatkan nasihat doktor jika anda mempunyai tanda-tanda amaran (red flag) seperti berikut:

  • Demam dengan kekejangan leher dan sawan.
  • Sakit kepala yang teruk selepas umur 40 tahun.
  • Tidak lega selepas mengambil ubat tahan sakit .
  • Sakit kepala yang kerap dan teruk sehingga mengganggu aktiviti harian.
  • Sakit kepala yang berbeza dari sakit kepala yang biasa anda alami.
  • Sakit kepala yang lebih teruk ketika batuk atau bersin.
  • Kecederaan kepala selepas trauma/kemalangan.
  • Kejang tengkuk atau leher.
  • Penurunan tahap kesedaran.
  • Sawan.
  • Badan lemah dan kebas.
  • Kabur penglihatan atau buta secara tiba-tiba.
  • Sakit kepala teruk yang berpanjangan terutama pada waktu malam atau awal pagi.
  • Loya dan muntah.
  • Hilang selera makan dan susut berat badan.
  • Penghidap penyakit kronik contoh pesakit darah tinggi , kanser dan HIV.

 

  1. Apakah perbezaan antara sakit kepala akibat tekanan (sakit kepala ketegangan) dan migrain?

Sila layari portal myhealth untuk maklumat lanjut >> Sakit Kepala2

 

  1. Bagaimana untuk merawat sakit kepala?

Rawatan bergantung kepada penyebab:

  • Elakkan faktor pencetus yang menyebabkan sakit kepala.
  • Mengenalpasti tiada tanda-tanda amaran (Red flag). Rujuk FAQ 3
  • Luangkan masa untuk berehat atau baring di dalam bilik yang gelap dan sunyi sehingga sakit berkurangan.
  • Cuba teknik bertenang seperti menarik dan menghembus nafas berulang kali secara tenang .
  • Mengurut otot-otot leher , bahu dan dahi untuk mengurangkan ketegangan pada otot. (Sila melawat galeri media >> teknik urut bahu dan leher & teknik relaksasi)
  • Jika anda mempunyai migrain, letakkan pek ais atau tuala sejuk di atas dahi anda semasa sakit kepala dan elakkan faktor pencetus migrain.
  • Kendalikan stress anda dengan baik.
  • Ambil rawatan untuk masalah perubatan yang anda hidapi seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, sawan mengikut nasihat doktor anda.
  • Ambil ubat tahan sakit ringan seperti paracetamol jika perlu.
  • Boleh juga mencuba rawatan komplimentari seperti chiropractic, akupunktur dan aromaterapi.

 

  1. Bagaimana untuk mencegah sakit kepala dan migrain?
  • Elakkan faktor pencetus yang menyebabkan sakit kepala
  • Berhenti merokok, mengambil alkohol dan dadah.
  • Berhenti mengambil sebarang ubat-ubatan tanpa preskripsi doktor
  • Mengambil makanan yang seimbang dan berkhasiat tanpa bahan pengawet dan perasa (MSG).
  • Lakukan senaman secara berkala
  • Mengamalkan gaya hidup yang sihat
  • Mereka yang telah disahkan mempunyai migrain, ubat profilaksis untuk mencegah migrain boleh diambil dengan preskripsi doktor.
  • Dapatkan nasihat kaunselor untuk belajar teknik-teknik bagaimana untuk mengawal tekanan(stress), keresahan dan kemurungan.

 

  1. Apakah faktor –faktor yang boleh mencetuskan migrain?
  • Makanan: alkohol, buah-buahan sitrus, kafein (kopi/teh), makanan yang mengandungi tyramine (keju, yogurt, kacang dan sebagainya).
  • Persekitaran : pencemaran alam sekitar (asap, jerebu, bunyi bising dan bau yang tidak menyenangkan seperti minyak wangi atau bau petrol), cahaya yang sangat terang seperti sinaran matahari dan pantulan cahaya lampu kereta.
  • Psikologi: Stress, keresahan, kemurungan, keletihan, marah, sedih dan sebagainya.
  • Ubat-ubatan: Ubat yang mengandungi hormon seperti estrogen atau progesteron seperti pil perancang, pil terapi penggantian hormon dan pengambilan dadah atau ubat tidur.
  • Lain-lain: Perubahan waktu tidur seperti bekerja syif, tidur yang berlebihan atau kurang tidur dan perubahan hormon pada wanita kerana haid atau menopause

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di MyHEALTH >>

  • migrain
  • pening
  • sakit kepala

Artikel Berkaitan

Talasemia

Soalan 1: Apakah penyakit talasemia? Jawapan 1: Talasemia ialah penyakit

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,092,441

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia