A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Sakit Gigi

Sakit gigi merupakan kesakitan yang dialami di sekitar gigi atau rahang. Sakit gigi lazimnya terjadi di kalangan mereka yang mengabaikan kesihatan mulut.

Apa itu sakit gigi?

Sakit gigi merupakan kesakitan yang dialami di sekitar gigi atau rahang. Sakit gigi lazimnya terjadi di kalangan mereka yang mengabaikan kesihatan mulut. Ia sering merupakan penyebab utama mengapa seseorang itu berjumpa doktor gigi. Kesakitan yang teruk boleh menyebabkan seseorang itu kehilangan tidur, ketidakhadiran dari sekolah atau kerja dan mengganggu kegiatan sehariannya.

Apakah yang menyebabkan sakit gigi?

  • Sebab utama sakit gigi adalah kerosakan (karies) gigi
  • Selain dari kerosakan gigi, sakit gigi juga boleh disebabkan oleh :
    • Penyakit gusi (penyakit periodontium)
    • Gigi sensitif
    • Gigi retak
    • Sakit sendi rahang
  • Sakit gigi boleh disebabkan oleh masalah yang tidak berasal dari gigi atau rahang seperti:
    • Sinus tersumbat
    • Sakit telinga
Kerosakan gigi Penyakit Gusi

Apakah komplikasi sakit gigi?

Jika punca sakit gigi tidak dirawat, ia boleh mengakibatkan :

  • Kesakitan pada gigi atau gusi
  • Kesukaran untuk mengunyah makanan
  • Kebengkakan di bahagian gusi atau pipi
  • Kesukaran membuka mulut (mulut tidak boleh dibuka seperti sebelumnya)
  • Kesukaran untuk tidur
  • Gigi mati (non vital tooth)
  • Kehilangan gigi

Disamping itu, bagi kanak-kanak, sakit gigi juga boleh mengakibatkan perkara berikut:

  • Gigi yang sakit mungkin perlu dicabut. Kehilangan awal gigi, akan menyebabkan kepada masalah gigi yang lain; contohnya susunan gigi yang tidak teratur.
  • Bengkak yang besar menyukarkan untuk membuka mulut, bernafas dan mengunyah makanan.
  • Anak anda mungkin perlu dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut.
  • Pengalaman ini mungkin menjadi pengalaman yang menakutkan atau trauma kepada anak anda.

Apa yang anda boleh lakukan untuk mengurangkan rasa sakit gigi?

  • Dapatkan pemeriksaan dan rawatan daripada doktor gigi dengan segera.
  • Walau bagaimanapun anda boleh mencuba petua-petua berikut bagi mengurangkan rasa sakit untuk sementara waktu sebelum ke klinik :
    • Makan ubat penahan sakit
    • Berkumur-kumur atau gunakan flos secara perlahan-lahan untuk mengeluarkan sisa makanan di celah-celah gigi.
    • Kebaskan gusi dengan menghisap air batu

Bagaimana sakit gigi dirawat?

Pemeriksaan mulut perlu dibuat untuk menentukan punca sakit gigi kemudian diikuti dengan rawatan sewajarnya oleh doktor gigi.

Bagaimana anda boleh mencegah sakit gigi?

Sakit gigi boleh dicegah dengan :

  • Penjagaan kesihatan gigi yang baik melalui amalan :
    • Memberus gigi dan menggunakan flos
    • Dapatkan pemeriksaan gigi secara berkala sekurang-kurangnya sekali setahun
  • Kurangkan jumlah dan kekerapan pengambilan makanan atau minuman manis
  • Makan secara sihat. Makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

 

Semakan Akhir : 23 Ogos 2019
Penulis : Dr. Laila bt. Abdul Jalil
    Dr. Che Noor Aini bt. Che Omar
    Dr. Sharol Lail b. Sujak
    Dr. Azillah bt. Mohd Ali
    Dr. Norrizan bt. Basir
    Dr. Chew Yoke Yuen
    Dr. Doreyat b. Jemun
Penterjemah : Zainah bt. Ibrahim
Akreditor : Dr. Che Noor Aini bt. Che Omar
Penyemak : Dr. Sharol Lail bin Sujak

 

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 222,205,317

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-25 14:19:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia