Sakit Dada

Siapakah yang akan mengalaminya?

Sesiapa pun mungkin mengalaminya. Bagaimanapun ia bukanlah masalah biasa di kalangan remaja.

KEBANYAKAN REMAJA YANG MENGALAMI SAKIT DADA TIDAK MEMPUNYAI MASALAH PENYAKIT JANTUNG.

Apakah punca sakit dada di kalangan remaja sihat?

  • Gangguan saluran penghadaman.
    • Contoh: Gastro esophageal reflux (paling kerap)
  • Masalah muskuloskeletal.
    • Contoh: Costo – chondritis dan kekejangan otot (muscle pull)
  • Pneumothorax spontan.
  • Hyperventilation (pernafasan yang laju).

Bagaimanakah hendak membezakan punca-punca lain?

Tanda sakit dada akibat punca-punca lain sukar untuk dibezakan. Bagaimanapun, tindakan paling baik adalah berjumpa dengan doktor anda.

Punca
Bagaimana ia berlaku?
Tanda-tanda
Gastro esophageal reflux
  • Apabila kandungan asid dari dalam perut berpatah balik ke dalam esofagus
  • Lapisan dinding esofagus ini tidak dapat menahan kesan asid yang berlebihan
  • Pedih ulu hati – rasa pedih di bahagian sterna atau tulang dada
  • Berlaku apabila perut kenyang terutama selepas pengambilan makanan sebelum tidur
Masalah otot Musculoskeletal
  • Costo-chondritisadalah disebabkan oleh inflamasi pada tulsng rawan yang menyambung tulang rusuk dengan tulang sterna
  • Ketegangan ini disebabkan oleh penggunaan/kecederaan otot dada secara berlebihan
  • Sakit yang tajam dan mencucuk di bahagian dada
  • Tekanan pada bahagian tersebut akan menyebabkan sakit
Pneumothorax  spontan
  • Ini mungkin disebabkan oleh gelembung angin (bullous) yang telah terbentuk di permukaan paru-paru, pecah secara spontan
  • Sakit dada berserta dengan kesukaran bernafas yang berlaku secara tiba-tiba
  • Ia adalah suatu situasi kecemasan dan memerlukan rawatan segera

Apakah yang perlu saya lakukan jika saya mengalami sakit dada?

  • Berbincang dengan doktor anda. Doktor anda akan mengambil sejarah yang berkaitan dari anda dan melakukan pemeriksaan untuk memastikan diagnosis
  • Sakit dada pada remaja yang sihat dan tiada tanda-tanda lain, jarang disebabkan oleh penyakit yang serius
  • Sekiranya anda menghidapi Gastro esophageal reflux, langkah-langkah pencegahan adalah:
    • Elakkan makan dengan banyak dan makanan berminyak sebelum masuk tidur
    • Baring dengan posisi kepala yang ditinggikan
    • Elak/kurangkan tekanan/stres
Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Dr. Nor Asiah Hashim
Penterjemah : Pn. Selamah Hj. Ismail
Akreditor : Dr Nazrila Hairizan Nasir
  : Pn. Wee Lei Hum
  : Dr Siti Aishah Saidin
  : Dr Affendi Ahmad
Penyemak : Dr. Nazhatussima bt. Suhaili