Home > Laman Utama > Sakit Bahagian Perut

Sakit Bahagian Perut

Apakah sebab sakit bahagian perut (abdomen)

Ada beberapa sebab tetapi:

  • Kejadian pertama sakit yang kuat dan berlaku secara tiba-tiba menunjukkan keadaan penyakit yang serius
  • Sekiranya sakit itu berulang ia dipanggil sakit perut berulang dan kronik

 

Apakah tanda-tanda bahaya?

  • Kecederaan pada abdomen yang baru berlaku
  • Kesakitan yang tiba-tiba dan teruk di bahagian perut (abdomen)
  • Amat sakit di bahagian perut semasa mengandung atau sewaktu disyaki mengandung
  • Sakit yang berterusan atau semakin teruk
  • Sakit perut beserta rasa loya, muntah dan demam
  • Sakit perut beserta rasa kembung atau sembelit
  • Sakit apabila sebahagian atau seluruh bahagian perut (abdomen) disentuh
  • Najis atau muntah yang mengandungi darah

 

Ada beberapa sebab serius seperti:

  • Perforasi(berlubang) di perut atau usus
  • Sakit Apendiks
  • Kehamilan di luar rahim (ektopik)
  • Sista ovari yang terpintal
  • Peritonis(jangkitan pada ruang dalam abdomen)
  • Jangkitan serius pada usus oleh kuman (misalnya kuman Shigella)
  • Usus tersumbat (Intestinal obstruction)

 

Apakah langkah yang patut diambil sekiranya sakit abdomen?

  • Sakit teruk abdomen yang berlaku secara tiba-tiba buat pertama kali menunjukkan keadaan yang serius. Maka,jumpalah doktor dengan segera.
  • Sakit perut kronik yang berulang memerlukan penyiasatan dan rawatan lanjut oleh itu dapatkan bantuan dan nasihat daripada doktor anda.
Semakan Akhir : 27 April 2012
Penulis : Dr. Nor Asiah Hashim
Penyemak : Dr. Salmah bt. Nordin
  : Dr. Norizzati Bukhary bt. Ismail Bukhary