A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Keselamatan di Internet

Pengenalan

Internet dan teknologi dalam talian seperti telefon bimbit adalah alat canggih yang digunakan untuk berkomunikasi, belajar, bermain dan berhibur seluruh dunia.

Ramai orang bergantung dengan internet dan telefon mudah alih untuk bersosial. Ia merupakan medium untuk bergaul dengan rakan selepas waktu sekolah dan bertukar khabar berita.

Terdapat risiko apabila berkomunikasi secara dalam talian. Buli siber, penyamaran, penipuan dan bahan yang tidak sesuai adalah antara risiko yang sering berlaku.

Panduan penggunaan internet yang selamat untuk kanak-kanak

  1. Jangan sesekali memberi maklumat peribadi, seperti nama anda, alamat rumah, nombor telefon, nama sekolah dan lain-lain.
  2. Jangan bertemu kenalan dalam talian secara bersendirian.
  3. Jangan beri kata laluan kepada sesiapa pun, walaupun kawan karib. Simpan kata laluan di tempat yang selamat.
  4. Dalam chatting room (bilik sembang) gunakan nama yang umum (yang tidak menggambarkan jantina anda) bagi menghindari gangguan seperti bahan lucah dan sebagainya.
  5. Sekiranya anda menerima bahan lucah, beritahu ibubapa atau orang dewasa yang anda percayai.
  6. Jangan berkongsi gambar diri anda, keluarga atau rumah anda dengan orang yang anda hanya kenali secara dalam talian.
  7. Jangan buka e-mel daripada sumber yang tidak anda ketahui. Hapuskan e-mel tersebut.
  8. Jika anda menerima sebarang komen yang kesat atau berbaur ancaman dalam talian, jangan balas. Keluar dari sistem (log off) dan laporkan kepada ibubapa anda.
  9. Penulisan di laman web bukan hak peribadi. Oleh itu, berhati-hati tentang apa yang anda tulis termasuklah kepada siapa yang anda tujukan.
  10. Jika anda berasa ragu, dapatkan bantuan ibubapa anda atau keluar dari sistem (log off).

Panduan untuk ibubapa

  1. Galakkan anak-anak untuk memberitahu anda jika mereka menemui sesuatu yang membuatkan mereka berasa cemas atau tidak selesa di internet. Bertenang dan ingatkan anak-anak bahawa tidak salah untuk memaklumkan perkara tersebut kepada anda. Biar mereka tahu anda boleh bekerjasama untuk menyelesaikan keadaan secara positif.
  2. Sebaik sahaja anak-anak mula menggunakan internet, wujudkan peraturan penggunaan internet. Peraturan tersebut perlu menggariskan samada mereka boleh menggunakan laman web sosial dan tatacara menggunakannya.
  3. Umur untuk mendaftar laman web sosial biasanya 13 tahun dan ke atas. Jika anak-anak anda masih di bawah umur, jangan benarkan mereka menggunakannya.
  4. Buat penilaian terhadap laman web yang anak anda akan gunakan dan pastikan anda dan anak anda memahami dasar privasi serta tatacara penggunaan. Selain itu, pantau laman web sosial tersebut dari masa ke semasa.
  5. Didik anak-anak untuk tidak bertemu dengan mana-mana individu yang hanya dikenali secara dalam talian.
  6. Berhati-hati dengan maklumat diri yang anak anda nyatakan dalam ruangan biodata. Maklumat yang keterlaluan boleh mendedahkan anak-anak anda kepada buli siber, pemangsa dan penipuan internet atau kecurian identiti.
  7. Didik anak anda mengenai buli siber. Sekiranya mereka berasa diri mereka dibuli di internet, mereka harus segera maklumkan perkara ini kepada ibubapa, guru, atau mana-mana orang dewasa lain yang mereka percayai.
  8. Galakkan kanak-kanak untuk berkomunikasi di internet sama seperti mereka berkomunikasi secara bersemuka. Didik anak-anak untuk melayan orang lain sepertimana mereka mahu diri mereka dilayan.

Sekiranya anak anda enggan mematuhi peraturan yang ditetapkan, walaupun anda telah sedaya upaya membantu mereka mengubah tingkah laku mereka, anda boleh menghubungi laman web sosial yang anak anda guna dan minta mereka untuk menutup akaun anak anda.

Semakan Akhir : 27 Mei 2013
Penulis : Dr. Hargeet Kaur a/p Basant Singh

 

Artikel Berkaitan

Sexting

Apa itu sexting? Sexting adalah tindakan menghantar foto, mesej atau

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 222,233,577

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-25 14:19:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia