Home > Laman Utama > Ruam Panas

Ruam Panas

Pengenalan

Ruam panas yang juga dikenali sebagai ruam gatal berbintik kecil dan merah (Prickly Heat atau Miliaria) merupakan keadaan biasa yang berlaku kepada bahagian kulit yang menjadi tersangat gatal. Kepanasan yang melampau menyebabkan rasa yang mencucuk dan menyengat.

Ruam panas berlaku dalam keadaan panas dan lembab lebih-lebih lagi jika anda memakai pakaian yang tebal. Ianya paling biasa berlaku di kalangan kanak-kanak, walau bagaimanapun, individu yang aktif, bayi yang baru lahir di dalam incubator dan pesakit demam yang terlantar di atas katil sepanjang masa juga boleh mendapat ruam panas ini.

Tanda dan Gejala

Ruam panas kelihatan seperti bintik-bintik kecil yang dikelilingi oleh zon kulit yang merah. Ia biasanya berlaku pada bahagian badan yang dilindungi pakaian, seperti bahagian belakang, abdomen, leher, bahagian atas dada, celah ketiak dan akan berkurangan dalam beberapa hari. Di antara tanda-tanda dan gejala yang biasa adalah:

  • Bahagian kult yang menjadi merah
  • Kegatalan – walau bagaimanapun ianya boleh menjadi terasa amat mencucuk-cucuk
  • Tompok merah kecil yang kelihatan seperti lecuran kecil. Kebanyakkannya berlaku pada seluruh badan. Ianya kerap berlaku pada bahagian badan yang dilindingi pakaian.

Komplikasi

Dalam bentuk yang teruk, ruam panas boleh menganggu mekanisma aturan pengeluaran haba badan (pengeluaran peluh) dan boleh menyebabkan demam, kepenatan akibat kepanasan dan malahan boleh menyebabkan kematian.

Rawatan

Beberapa ubat yang boleh digunakan:

  • Losyen Calamine boleh menyejukkan dan menyamankan kulit.
  • Cubaan penggunaan antiseptik topikal seperti Hexachlorophene boleh mencegah ruam-ruam ini dengan sempurna.

Pencegahan

Pakai pakaian jenis kain kapas yang longgar.

Elakkan peluh berlebihan. Bahkan jika ini boleh dilakukan walau hanya beberarapa jam setiap hari, ianya mampu memberi kesan yang ketara. Contohnya, berada di dalam bilik yang berhawa dingin untuk beberapa jam sehari. Mandi dengan air yang sejuk bagi mendinginkan kulit dan mampu mengelakkan peluh.

Semakan Akhir : 22 April 2008
Penulis : Affendi Hj Isa