Ruam Berjerawat

Miliaria

  • Ruam ini selalu dipanggil ruam panas.
  • Muncul sebagai bintilan-bintilan yang tersangat kecil berwarna merah atau jernih di kulit kepala, leher dan bahagian atas dada.
  • Disebabkan oleh sekatan saluran-saluran peluh dan aliran peluh dan bahan kumuh ke dalam kulit.
  • Bayi mempunyai saluran-saluran yang kurang matang dan ia mudah pecah apabila terdapat penghasilan peluh yang berlebihan.
  • Rawatan:
    • Kurangkan berpeluh dan legakan saluran-saluran peluh yang tersekat dengan memakai pakaian yang longgar.
    • Elakkan keadaan yang terlalu panas, penghawa dingin adalah disyorkan.
    • Mandi atau lapkan bahagian kulit yang mempunyai ruam dengan kerap.

Erythema toxicum neonatorum

  • Walaupun namanya toxicum, ianya ruam yang tidak membahayakan.
  • Ia merupakan mekanisma kulit menyesuaikan diri dengan kehidupan di luar rahim.
  • Selalunya terjadi pada bayi berumur 1 – 2 minggu. Dalam beberapa hari, ruam merah terjadi diikuti dengan bintilan kecil berwarna kuning dikelilingi oleh warna merah.
  • Ruam ini datang dan pergi, berubah lokasi di seluruh badan tanpa melibatkan tapak tangan dan kaki.
  • Keadaan ini mungkin boleh menyebabkan kekeliruan dengan jangkitan kulit lain yang lebih serius.
  • Tiada rawatan khusus diperlukan.
Semakan akhir : 27 April 2012
Penulis : Dr. Irene Cheah Guat Sim
Dr. Terrence Thomas
Dr. Umathevi Paramasivam
Penyemak : Dr. Sabeera Begum bt. Kader Ibrahim