A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Dewasa
  4. /
  5. Penyakit
  6. /
  7. Ortopedik
  8. /
  9. Rheumatoid Arthritis

Rheumatoid Arthritis

Rheumatoid arthritis ialah satu penyakit autoimmun yang melibatkan sistem muskuloskeletal di mana terdapat radang kepada sendi-sendi. Ini menyebabkan sendi-sendi menjadi bengkak, sakit dan kaku. Lama-kelamaan jika penyakit ini tidak dirawat, sendi-sendi akan menjadi rosak dan hilang keupayaan.

Ia bukan penyakit keturunan dan selalunya lebih kerap dihidapi oleh kaum wanita dalam nisbah 3:1. Walaupun rheumatoid arthritis boleh bermula pada bila-bila masa, ia lebih kerap bermula dalam lingkungan umur 35 hingga 45 tahun.

Gejala

Mereka yang mengidap RA megalami kesakitan sendi yang selalunya lebih ketara pada waktu pagi. Sendi-sendi yang terlibat selalunya sendi-sendi kecil seperti jari-jari tangan dan kaki. Sendi-sendi lain yang terlibat juga termasuk pergelangan tangan, siku, bahu dan lutut. Sendi-sendi ini boleh menjadi kaku pada waktu pagi dan susah hendak bergerak.

Penyakit ini adalah suatu penyakit kronik di mana corak penyakit ini kadangkala terkawal dan kadangkala pula ia menjadi aktif di mana sendi-sendi membengkak dan sakit.

Komplikasi

  • Kerosakan sendi
  • Hilang keupayaan bergerak
  • Hilang keupayaan berdikari
  • Kesan sampingan ubat-ubatan. Oleh itu, perlu mengikut rawatan susulan yang diarahkan
  • Penyakit kardiovaskular jika inflamasi penyakit tidak terkawal

Rawatan

  • Penjagaan sendi yang optimum adalah mustahak
  • Senaman sendi – ini adalah penting untuk mengelakkan kerosakan sendi. Boleh mendapat nasihat daripada jurupulih anggota
  • Splint dan alat modifikasi. Rawatan dan rundingan dengan jurupulih cara kerja adalah penting untuk memberi tunjuk ajar perlindungan dan penggunaan sendi yang lebih berkesan, juga bagaimana untuk menjalankan aktiviti seharian.
  • Ubat penahan sakit seperti NSAIDs (non-steroidal anti-inflammatory drugs)
  • Ubat-ubatan untuk mengelakkan kerosakan sendi (disease-modifying anti-rheumatic drugs) seperti sulphasalazine, methotrexate dan leflunomide – ia tidak bertindak serta-merta. Antara ubat-ubatan terkini adalah ubat biologik tetapi kos rawatannya adalah sangat mahal.
  • Steroid – ubat ini kadangkala diperlukan untuk meredakan keradangan atau sementara menunggu ubatan DMARD bertindak.
  • Ia tidak digunakan secara berpanjangan disebabkan kesan- kesan sampingan.
  • Pembedahan – kadang-kadang diperlukan bagi kes-kes tertentu di mana terdapat kerosakan sendi yang teruk

Rehabilitasi

  • Amat penting untuk mengelakkan kecacatan yang kekal
  • Tunjuk ajar dan bimbingan daripada jurupulih anggota dan cara kerja tentang cara untuk menggunakan sendi dan memberi perlindungan yang sewajarnya
  • Perlu tekun menjalani aktiviti rehabilitasi dan mempunyai sikap yang positif
  • Perkhidmatan rehabilitasi boleh didapati di hospital kerajaan

Walaupun rheumatoid arthritis tidak boleh dielakkan, pengenalan dan diagnosa tepat adalah penting agar pesakit boleh mendapat rawatan dan khidmat nasihat yang sesuai dan dengan kadar yang segera. Doktor anda boleh membantu anda menjalani ujian-ujian yang sewajarnya.

 

Semakan Akhir : 21 Mei 2015
Penulis/Penterjemah : Dr. Heselynn bt. Hussein
Akreditor : Dr. Azmillah bt. Rosman

 

Artikel Berkaitan

Patah Tulang

Pengenalan Fraktur berlaku apabila sesuatu tulang mengalami keretakan atau kepatahan.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,332,445

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia