A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Realiti Orientation (R.O) untuk Pesakit Dementia

Definisi Dementia Dan Gejala

Dementia atau nyanyuk adalah sindrom kemerosotan fungsi otak disebabkan kerosakkan otak secara berperingkat. Dementia juga merujuk kepada kemerosotan keupayaan kemahiran berfikir dan menganalisa serta boleh mengganggu aktiviti kehidupan harian yang biasa.

Antara gejala dementia seperti:

  • Kemerosotan daya fikiran seperti mudah lupa, kemerosotan berfikir, bertutur, pemahaman dan penganalisaan informasi.
  • Keliru berkaitan individu, masa dan persekitaran.
  • Perubahan personaliti.
  • Mengelakkan diri dari menyertai aktiviti bersama atau aktiviti berkumpulan.
  • Mengelakkan diri dari melakukan pekerjaan seharian.

Apakah Itu Realiti Orientation (R.O)?

Reality orientation (R.O) adalah kaedah untuk memberi informasi orientasi semasa berkaitan individu, masa serta memberi pendedahan persekitaran dan situasi menggunakan alat bantuan atau petunjuk. 

Strategi program R.O adalah:

  1. Informasi haruslah jelas dan mudah dilihat.
  2. Penggunaan perkataan yang mudah.
  3. Dilakukan secara harian dan berterusan.
  4. Sokongan berterusan dari ahli keluarga atau penjaga.

Kepentingan R.O

Tujuan utama R.O adalah untuk mengurangkan kekeliruan yang dialami oleh pesakit dementia. Ia dapat membantu pesakit untuk meningkatkan keupayaan berfikir dan tingkah laku.

Ia memberi kemudahan kepada mereka mendapatkan sesuatu informasi. Contohnya penggunaan tanda arahan, jam, kalendar, papan tanda R.O dan sebagainya (informasi berkenaan lokasi, tarikh, hari, cuaca, dan sebagainya). Ia juga dapat membantu mengurangkan tingkah laku yang tidak sesuai di persekitaran tersebut disebabkan kekeliruan yang dialami.

Tips Aktiviti Yang Boleh Dijalankan Di Rumah

  1. Kalendar

 Melorek tarikh di setiap pagi untuk memudahkan mengenal pasti tarikh dan pada setiap hari.

Pengunaan kalendar automatik juga boleh membantu memudahkan mengenal pastian tarikh dan hari. Pada masa kini, aplikasi kalendar automatik mudah dimuat turun dalam perisian telefon bimbit pesakit.

2. Jam digital

Dengan sistem nombor digital yang ringkas dan mudah dibaca memudahkan pengurusan masa dalam aktiviti harian.

3. Klue gambar

Bagi pesakit yang mengalami kesukaran memahami sesuatu informasi/arahan dan membaca, ilustrasi berbentuk gambar ringkas dapat membantu. Ia juga membantu mereka berkomunikasi dengan mudah.

4. Tanda pengenalan

Tanda pengenalan digunakan untuk memudahkan orang lain mengenal pasti data diri pesakit. Terdapat pelbagai jenis dan bentuk tanda pengenalan yang dijual di pasaran.

Maklumat pengenalan diri yang boleh ditulis adalah:

  • Nama
  • Nombor telefon ahli keluarga terdekat.
  • Nama penyakit, allergik dan kumpulan darah.

5. Gambar ahli keluarga

Gambar ahli keluarga atau kenalan boleh membantu mereka mengingat semula individu dan situasi dalam gambar tersebut.

Elakkan gambar dalam kumpulan yang besar.

Kesimpulan

Peningkatan kefungsian pesakit dementia dalam komuniti boleh mengekalkan kefungsian serta boleh meningkatkan kualiti kehidupan mereka.

Rujukan

  1. Living with Dementia. September 9, 2015, from http://www.alzheimers.org.uk
  2. About dementia. September 7, 2015, from http://www.nsh.uk
  3. Reality Orientation. September 10, 2015, from http://www.memorymatterssw.co.uk
Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Zakiah bt.  Zakaria
Akreditor : Rokiah bt.  Alias
Penyemak : Tan Foo Lan

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 222,207,741

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-25 14:19:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia