A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Rawatan Untuk Pengasahan Gigi

Pengasahan gigi adalah aktiviti pergerakan gigi luar kawalan otak melibatkan pergerakan  seperti mengetap dan mengisar gigi.

Pengenalan

Adakah anda sering mengalami sakit kepala atau sengal-sengal di rahang muka apabila bangun tidur di waktu pagi? Adakah anda menyedari  bahawa anda mengetap gigi anda pada masa itu? Pengasahan gigi adalah aktiviti pergerakan gigi luar kawalan otak melibatkan pergerakan  seperti mengetap dan mengisar gigi. Ianya biasa berlaku semasa seseorang sedang tidur tetapi ada juga yang mengalaminya dalam keadaan sedar. Yang paling mengujakan adalah, anda akan hanya mengetahui tentang permasalahan pengasahan gigi apabila anda berjumpa doktor gigi anda.

S1: Mengapa Kita Mengasah  Gigi?

J1: Punca sebenar pengasahan gigi masih tidak diketahui. Pengasahan gigi terbahagi kepada 2 kategori.

  1. Pengasahan gigi primer- aktiviti pengasahan gigi disebabkan oleh keadaan dalam mulut
    • Maloklusi atau jajaran gigi yang  tidak sekata
    • Gigitan tidak sekata akibat tampalan gigi yang tidak rapi.
    • Kanak-kanak atau bayi yang sedang mengalami pertumbuhan gigi.
  2. Pengasahan gigi sekunder – Pengasahan gigi yang berkaitan dengan ubat-ubatan, gaya hidup seseorang ataupun masalah pernafasan.
    • Ubat-ubatan yang seringkali dikaitkan dengan pengasahan adalah antikemurungan dan antipsikotik. Ini termasuk  Prozac (Fluoxetine), Zoloft (Sertraline) , Paxil (Paroxetinee),  Amphetamin.
    • Masalah Obstructive Sleep Apnoea (OSA) adalah gangguan tidur  di mana pernafasan seseorang terhenti seketika semasa tidur.
    • Faktor cara hidup seperti penggunaan alkohol, merokok, dadah rekreasi seperti ecstasy dan kokain, kafeina, berdengkur dan keletihan.

S2: Bagaimana  Saya Tahu Samada Saya Mengasah Gigi Saya Atau Tidak?

J2: Pengasahan gigi melibatkan sebarang sentuhan gigi yang keterlaluan samada dalam keadaan senyap seperti mengetap gigi atau menghasilkan bunyi seperti mengisar gigi.

S3: Mengapa Pengasahan Gigi Berbahaya?

J3: Kebiasaannya, pengasahan gigi yang minima dan tidak berterusan tidak mendatangkan kesan mudarat. Tetapi sekiranya, aktiviti pengasahan gigi berpanjangan tanpa sebarang tindakan pencegahan atau rawatan, ini akan menimbulkan komplikasi kesihatan mulut.

  1. Pengasahan gigi yang berterusan akan menyebabkan kepatahan gigi dan gigi longgar.

    http://www.stomartstudio.ru/images/stories/bruxism_teeth.jpg

  2. Kehausan gigi yang teruk
  3. Sakit telinga dan kadang-kadang sengal bahu
  4. Bukaan mulut yang terhad disebabkan sakit otot dan sendi di sekitar rahang

S4: Apa Yang Harus Saya Lakukan Untuk Memberhentikan Tabiat Ini?

J4: Terdapat 2 bentuk rawatan yang diberi dalam menangani masalah pengasahan gigi

I)  Rawatan  Pencegahan

II) Rawatan Pembetulan

   Protective Mouthguard

Semakan Akhir : 23 Ogos 2019
Penulis / Penterjemah : Dr. Saridatun Nur bt. Abd Salam
Akreditor : Dr. Rohani bt. Mahmood
Penyemak : Dr. Roshima bt. Mohd Sharif

 

Artikel Berkaitan

Venir Pergigian

Venir pergigian adalah selapisan nipis bahan restorasi yang dilekatkan kepada permukaan hadapan gigi.

Sakit Gigi

Sakit gigi merupakan kesakitan yang dialami di sekitar gigi atau rahang. Sakit gigi lazimnya terjadi di kalangan mereka yang mengabaikan kesihatan mulut.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 1,682,774

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-19 10:32:39
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia