A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Rawatan Penyakit Epilepsy

Kanak-kanak yang menghidap epilepsi memerlukan rawatan sekiranya sawan kerap dialami dan menjejaskan kehidupan mereka. Anak anda mungkin memerlukan :

  • Ubat-ubatan
  • Pembedahan
  • Rawatan alternatif

Rawatan Ubat-ubatan untuk Epilepsi

Ubat-ubatan adalah sangat berkesan dalam merawat kebanyakan pesakit yang menghidap epilepsi. Ubat ini perlu diambil setiap hari sehingga kanak-kanak tersebut bebas dari serangan epilepsi tersebut. Ubat yang selalu digunakan di Malaysia adalah Sodium Valproate (Epilim), Carbamazepine (Tegretol), Clonazepam (Rivotril), Phenytoin (Dilantin), Lamotrigine (Lamictal), Topiramate (Topamax) dan Levetiracetam (Keppra).

Kesan-kesan sampingan utama pengambilan ubatan ini termasuk melalikan pesakit, ruam disebabkan alahan ubat, tidak boleh tidur malam, perubahan tingkah laku, turun atau naik berat badan. Anda perlu menghubungi doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai ubat-ubatan ini.

Jika sawan tersebut sukar dirawat walaupun setelah menerima ubat-ubatan yang disebut di atas, maka kanak-kanak tersebut perlulah dirujuk kepada Pakar Neurologi Kanak-kanak. Berikut adalah rawatan yang boleh diberikan :

Pembedahan

Sekumpulan kecil kanak-kanak yang menghidap epilepsi akan memerlukan pembedahan otak. Anda perlu merujuk kepada doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang selanjutnya.

Rawatan Alternatif

  • Pemakanan diet ketogenik – Diet jenis ini membantu mengurangkan sawan pesakit epilepsi yang rumit. Walaupun diet ini mengandungi banyak lemak dan sedikit karbohidrat, ia masih menpunyai protein yang secukupnya bagi membolehkan pesakit membesar secara normal dan kekal sihat. Pengambilan diet ini boleh dibantu dengan mengambil susu formula khas terutama untuk kanak-kanak kecil. Diet ini sukar untuk diikuti dan mungkin tidak berjaya untuk semua pesakit.
  • Stimulasi saraf vagal – Rawatan ini melibatkan alat elektronik yang diletakkan di saraf vagal pada bahagian leher pesakit. Ia akan merangsang saraf vagal secara berterusan, dengan harapan ia akan mengurangkan aktiviti elektrik yang berlebihan di dalam otak dan seterusnya mengurangkan kejadian sawan. Rawatan ini mahal dan mungkin tidak berjaya merawat semua pesakit.
Semakan akhir : 27 April 2012
Penulis : Dr. Irene Cheah Guat Sim
  : Dr. Terrance Thomas
  : Dr. Umathevi Paramasivam
Penyemak : Dr. Nor Azni b. Yahaya

 

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,368,717

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia