A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Bayi & Kanak-Kanak
  4. /
  5. Sistem Saraf
  6. /
  7. Epilepsi
  8. /
  9. Rawatan Kecemasan Ketika Sawan

Rawatan Kecemasan Ketika Sawan

Rawatan kecemasan diperlukan jika kanak-kanak tersebut mengalami kekejangan yang serius. Dalam kes sawan ini, pesakit akan pengsan dengan tiba-tiba, tubuh-badan menjadi kejang diikuti dengan sentakan anggota kaki dan tangan.

Kanak-kanak jarang mati disebabkan sawan. Sawan yang berlaku sekali sahaja tidak membahayakan nyawa.

Anda tidak berupaya untuk menghentikan sawan tetapi ada beberapa perkara yang patut dan tidak patut anda buat untuk membantu pesakit yang sedang sawan:

HARUS BUAT:

  1. Sentiasa tenang. Jangan panik.
    • Anda perlu berfikir dengan jelas untuk membantu kanak-kanak tersebut.
  2. Perhatikan anak anda
    • Perhatikan anak anda semasa sawan (turutan peristiwa, pergerakan badan dan anggota, tempoh masa sawan)
  3. Elakkan kecederaan
    • Jangan alihkan anak anda
    • Alihkan anak anda hanya jika di dalam keadaan bahaya contohnya di tengah jalan atau tempat tinggi
    • Jauhkan anak anda dari benda-benda merbahaya
  4. Pusingkan anak anda ke kedudukan mengiring
    • Ini akan mengelakkan kanak-kanak tercekik dengan air liur atau muntah sendiri
  5. Berikan sokongan dan jadilah ibubapa yang sensitif terhadap perasaan anak anda
    • Cakap dengan tenang dan perlahan, pastikan orang lain tidak mengerumuni anak anda

JANGAN:

  1. Jangan pegang anak anda dengan kuat.
    • Biarkan sawan itu berhenti dengan sendiri.
  2. Jangan letakkan objek ke dalam mulut anak anda seperti sudu atau kunci.
    • Ini hanya akan menyebabkan kecederaan kepada mulut dan lidah.
  3. Jangan berikan makanan atau ubat melalui mulut.
    • Tunggu sehingga sawan berhenti dan anak anda sedar sepenuhnya sebelum memberinya makan.
  4. Jangan lakukan CPR atau resusitasi mulut ke mulut.
    • Anak anda tidak akan berhenti bernafas atau mati dari sawan yang sekejap.

Biarkan anak anda tidur selepas sawan.

PENTING: Dapatkan pertolongan doktor jika sawan berterusan lebih dari 5 minit.

Nota: Jika anak anda sawan berulang-ulang dan panjang, doktor anda mungkin akan mengajar anda menggunakan ubat Rectal Diazepam (dimasukkan melalui dubur) semasa sawan.

Semakan akhir : 26 April 2012
Penulis : Dr. Irene Cheah Guat Sim
  : Dr. Terrance Thomas
  : Dr. Umathevi Paramasivam
Penyemak : Dr. Nor Azni b. Yahaya

 

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,322,242

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia