A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. Rawatan Penskaleran

Rawatan Penskaleran

[flv]http://myhealth.moh.gov.my/media/download/animasi/pergigian/varnis_fluorida/varnis_fluorida.flv[/flv]

Download:

 

Jika tidak mengamalkan kebersihan mulut yang betul, pembentukan plak dan karang gigi (kalkulus) yang teruk boleh berlaku. Plak ialah lapisan nipis yang tidak berwarna dan melekit,yang terbentuk di atas permukaan gigi dan semua permukaan yang keras di dalam mulut, termasuk tampalan dan gigi palsu. Karang gigi boleh memerangkap kotoran pada gigi dan menyebabkan penyahwarnaan. Ia mewujudkan ikatan kuat dan menyukarkan penjagaan kebersihan mulut.

Penimbunan plak dan karang gigi menyebabkan gusi bengkak, kemerahan dan mudah berdarah.

Untuk menyingkirkan karang ini, sejenis alat scaler ultrasonik yang menggunakan semburan air digunakan.

Alat ini bergetar dan amat berkesan untuk menanggalkan karang gigi dengan cepat, dan biasanya tidak menyakitkan.

Alat scaler ultrasonik ini hanya berkesan dalam menanggalkan karang gigi yang terletak di permukaan atas gusi tetapi kurang berkesan dalam menanggalkan karang gigi yang terletak di bawah gusi.

Untuk menanggalkan kesemua karang gigi di bawah gusi, , alat ‘Hand Scaler’ digunakan.

Untuk rawatan yang sepenuhnya, satu alat dipanggil ‘Polishing Cup’ atau ‘polishing brush’ digunakan untuk menggilap gigi.

Ubat penggilap digunakan bersama untuk memudahkan penggilapan.

Selepas rawatan Penskaleran yang lengkap, gusi gigi lebih bersih secara keseluruhan, di permukaan serta di bawahnya.

Tisu gusi yang baru dirawat dan masih keradangan akan sembuh selepas beberapa hari. Adalah amat penting untuk mengamalkan penjagaan kebersihan mulut dengan cara yang betul untuk menggelakkan pembentukan karang gigi selepas rawatan.

R
Radang Tonsil Rawatan Jambatan
Rawatan Karies Gigi
Rawatan Penskaleran
Rawatan Salur AkarResdung

 

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,105,678

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia