A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Kesihatan Pergigian
  4. /
  5. Rawatan Pergigian
  6. /
  7. Rawatan Fraktur (Patah) Rahang...

Rawatan Fraktur (Patah) Rahang Bawah

Di Malaysia, insiden kepatahan tulang rahang adalah sebanyak 51.2%4  berbanding dengan bahagian lain di  mulut dan maksilofasial (muka).

Apakah itu fraktur (kepatahan) atau retakan rahang bawah?

Gambar di bawah menunjukkan gambar rajah skematik rahang bawah dan kawasan yang paling kerap berlaku kepatahan.

Gambarajah Anatomi Rahang Bawah Manusia
Gambarajah Anatomi Rahang Bawah Manusia.
Kredit foto : https://www2.aofoundation.org 

Sebab-sebab utama kepatahan rahang bawah

  • Kemalangan jalan raya
  • Serangan fizikal
  • Jatuh.
  • Kecederaan Sukan.
  • Kecederaan lain (contohnya : Penderaan).

Sebab-sebab lain kepatahan rahang bawah 

  • Kepatahan yang berpunca dari pembedahan gigi bongsu  (molar ketiga.)
  • Kepatahan akibat patologi setempat seperti tumor (ketumbuhan) atau penyakit osteoporosis.
  • Akibat  peperangan.

Tanda-tanda dan Gejala 

  • Kebengkakan pada bahagian muka – dagu , bibir dan rahang bawah.
  • Luka pada kulit atau di dalam mulut.Bukaan mulut yang terhad.
  • Tidak berupaya untuk menutup mulut anda.
  • Kesukaran untuk menggigit atau mengunyah.
  • Kebas di kawasan yang cedera seperti bibir  bawah  / gusi / gigi pada rahang bawah / sebahagian lidah / rahang bawah. 

Gejala teruk yang mungkin hadir adalah :- 

  1. Kesukaran bernafas akibat kebengkakan yang serius pada lidah dan tisu di  dalam mulut yang  mungkin menyebabkan risiko kepada saluran pernafasan. Ini boleh menyukarkan pernafasan dan memerlukan pengurusan kecemasan.
  2. Kepatahan tulang mandibel pada bahagian dagu boleh mengganggu pernafasan. Ini disebabkan otot lidah kehilangan pelekatan pada bahagian dagu dan menyebabkan lidah tergerak ke belakang, ke  arah tekak dan mengganggu saluran pernafasan.
  3. Pendarahan yang serius dari bahagian tulang yang patah, bukan sahaja boleh menyebabkan kehilangan darah yang banyak tetapi juga boleh menyebabkan kesukaran untuk bernafas.

Gambarajah Klinikal

Gambarajah Klinikal1     Gambarajah Klinikal2
Kredit foto : Oral & Maxillofacial Surgery Clinic, Dental Specialist Clinic, Hospital Tuanku Ja’afar

Siasatan

Siasatan radiografi yang boleh membantu dalam diagnosis adalah radiograf panorama pergigian. Manakala, CT (tomografi berkomputer) imbasan rahang bawah akan memberi gambaran terperinci yang lebih menyeluruh kawasan fraktur rahang bawah.

Rawatan kepatahan rahang bawah 

Pesakit dengan kepatahan tulang rahang biasanya diberi antibiotik untuk mengelakkan jangkitan dan ubat penahan sakit untuk melegakan kesakitan.

Kepatahan tulang rahang yang tidak serius dan hanya melibatkan sedikit ketidakseimbangan pada penjajaran gigitan) boleh disembuhkan dengan menghadkan pergerakan rahang. Secara umum, pesakit akan diberi nasihat pemakanan lembut untuk mengelakkan pengunyahan makanan yang keras dan juga dinasihatkan untuk menghadkan bukaan mulut. Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan anjakan tulang rahang pesakit akibat tindakan otot pengunyahan bergesel dengan segmen tulang yang patah.

Pesakit mungkin mengalami kepatahan pada satu bahagian tulang sahaja atau pada beberapa tempat yang berbeza. Untuk kepatahan rahang berbeza tempat, pesakit mungkin memerlukan pembedahan pembetulan di bawah bius am. Rahang patah mesti digerakkan ke penjajaran yang betul dan distabilkan dengan plat dan skru. Tujuan pembedahan atau rawatan adalah untuk mendapatkan gigitan yang betul untuk pesakit agar tujuan rehabilitasi (pemulihan fungsi) terutamanya menggigit, mengunyah dan pertuturan, boleh tercapai.

Gambar rajah di atas menunjukkan pemasangan archbar atas dan bawah (seperti yang ditunjukkan oleh anak panah kuning) dalam mulut pesakit. Pilihan rawatan ini boleh dilakukan untuk menstabilkan segmen-segmen rahang bawah yang patah sebelum pembedahan atau bagi mereka menolak kaedah pembedahan.

Pilihan rawatan muktamad adalah pembedahan pembetulan rahang di bawah bius am. Tujuan pembedahan adalah untuk menstabilkan segmen-segmen tulang yang patah menggunakan plat dan skru (digambarkan oleh bulatan merah) seperti yang ditunjukkan dalam imej panorama rahang bawah.

Fracture of Mandible associated with Third Molar Surgery
Kredit foto : Yuen Kar Mun: Fracture of Mandible associated with Third Molar Surgery. Mal. J. Oral Maxillofac. Surg. 2013; 11: 29-32

Imej di bawah menunjukkan imej radiograf sebelum dan selepas pembedahan pembetulan kepatahan rahang bawah yang kompleks dengan kepatahan di beberapa tempat. Di dalam imej tersebut, anda dapat melihat anjakan segmen rahang bawah yang patah dalam imej radiograf sebelum pembedahan dengan perbandingan tulang rahang bawah yang telah dibedah dan distabilkan menggunakan plat dan skru di dalam imej radiograf selepas pembedahan.


Kredit foto : Parumo R, Ma BC, Sujak R, Jelon A: Retromandibular Transparotid Approach to
Subcondylar Fractures: Our 4 Years Experience. Mal. J. Oral Maxillofac. Surg. 2013;11: 17-25.

Nasihat selepas pembedahan : –

  1. Pengambilan ubat antibiotik yang telah diberikan oleh pakar bedah mulut perlu dihabiskan untuk mengelakkan sebarang jangkitan.
  2. Ubat tahan sakit perlu diambil mengikut preskripsi (dos) yang telah diberikan.
  3. Penjagaan kesihatan mulut yang terbaik perlu dikekalkan sepanjang tempoh penyembuhan..
  4. Pesakit adalah dinasihatkan mengambil diet makanan seperti yang dicadangkan  – sajian berbentuk cecair, puri atau makanan lembut yang tidak perlu dikunyah.
  5. Pesakit dikehendaki menghadiri temujanji susulan seperti yang dijadualkan oleh pakar bedah anda.

Secara umumnya, tulang akan sembuh sepenuhnya dalam tempoh 6 hingga 8 minggu. Adalah mustahak   untuk mendapatkan rawatan oleh pakar bedah mulut dan maksilofasial dan juga menghadiri rawatan susulan sehingga penyembuhan yang memuaskan telah tercapai.

Rujukan

  1. http://www.njms.in/articles/2012/3/2/images/NatlJMaxillofacSurg_2012_3_2_159_111371_f7.jpg
  2. https://www2.aofoundation.org
  3. Marzuki ZA 2012 Oral and Maxillofacial Injuries , Portal MyHEALTH http://myhealth.moh.gov.my/index.php/en/oral-a-maxillofacial-injuries
  4. Mustafa WM et al. 2006 The Pattern of Maxillofacial Fractures in Ministry of Healths’ Hospital Malaysia.
  5. Parumo R, Ma BC, Sujak R, Jelon A: Retromandibular Transparotid Approach to Subcondylar Fractures: Our 4 Years Experience. Mal. J. Oral Maxillofac. Surg. 2013;11: 17–25.
  6. Yuen Kar Mun: Fracture of mandible associated with third molar surgery. Mal. J. Oral Maxillofac. Surg. 2013; 11: 29–32

 

Semakan Akhir : 6 Oktober 2015
Penulis / Penterjemah : YM Tengku Dr. Intan Baizura bt. Tengku Jamaluddin
Akreditor : Dr. Marzuki bin Zainal Abidin

 

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 222,244,293

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-25 14:19:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia