A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Fisioterapi
  6. /
  7. Dewasa
  8. /
  9. Rawatan Fisioterapi untuk Bell’s...

Rawatan Fisioterapi untuk Bell’s Palsy

Bell’s Palsy adalah satu kelemahan otot muka disebabkan oleh inflamasi pada urat muka. Inflamasi ini meningkat di sekitar saraf muka yang mana ia melalui tengkorak dari otak. Inflamasi ini juga boleh menekan urat saraf. Sebahagian atau sepenuhnya urat saraf akan berhenti berfungsi sehingga inflamasi berkurangan. Otot muka tidak akan berfungsi sekiranya tidak disaraf oleh urat muka.

Pengenalan

Apakah itu Bell’s Palsy

Bell’s Palsy adalah satu kelemahan otot muka disebabkan oleh inflamasi pada urat muka. Inflamasi ini meningkat di sekitar saraf muka yang mana ia melalui tengkorak dari otak. Inflamasi ini juga boleh menekan urat saraf. Sebahagian atau sepenuhnya urat saraf akan berhenti berfungsi sehingga inflamasi berkurangan. Otot muka tidak akan berfungsi sekiranya tidak disaraf oleh urat muka.

Ia berlaku secara tiba-tiba, biasanya di sebelah muka. Ia paling biasa berlaku di antara umur 10 dan 40 tahun. Faktor penyebabnya masih kurang jelas. Walau bagaimanapun kebanyakan kes adalah mungkin disebabkan oleh jangkitan virus. Majoriti pesakit pulih dalam tempoh 2-3 bulan. Sesiapa sahaja boleh mendapatkan Bell’s palsy dan kesannya kepada kedua-dua lelaki dan wanita adalah sama.

Kelaziman

Seseorang itu boleh mendapat Bell’s palsy bila-bila masa sahaja. Bagi sesetengah orang, tiada tanda- tanda kelihatan pada waktu malam sebelum tidur tetapi selepas bangun dari tidur, mereka akan mendapati sebahagian muka menjadi tidak berfungsi. Bagi sesetengah orang pula, sebelum mereka mengalami kelemahan pada otot muka, mereka akan merasa sakit di belakang telinga. Lain-lain komen pula adalah kedengaran bunyi seolah-olah kuat beberapa hari yang luar biasa dan tidak selesa sebelum berlakunya kelemahan. Dalam masa satu atau dua hari, kelemahan ini akan meningkat. Kebanyakan orang mula pulih dalam beberapa minggu dan pulih sepenuhnya dalam masa tiga bulan.

Bagi kebanyakan orang fungsi saraf pulih secara beransur-ansur. Tanda-tanda akan mula beransur pulih kira-kira 2-3 minggu, dan biasanya hilang dalam masa dua bulan. Dalam beberapa kes, ia boleh mengambil masa sehingga dua belas bulan untuk pulih sepenuhnya.

Dalam beberapa kes, gejala-gejala ini akan mengambil masa yang lama untuk pulih. Beberapa kelemahan boleh menjadi kekal selama-lamanya. Walau bagaimanapun, sedikit kelemahan bahagian muka boleh didapati tetapi tidak begitu ketara.  Secara keseluruhannya, tiada yang tidak pulih. Walau bagaimanapun, sesetengah orang akan pulih dengan mempunyai sedikit kelemahan otot muka.

Tanda – tanda Bell’s palsy

Kelemahan pada otot muka akan berlaku dengan cepat dalam beberapa jam dan akan menjadi lebih lemah dalam beberapa hari. Kelemahan otot ini berbeza dimana ada otot yang lemah sedikit manakala ada otot yang terlalu lemah.

Di antara tanda – tandanya adalah ;

  • Sebelah muka anda akan menjadi lemah dan apabila anda senyum, hanya sebelah otot muka yang berfungsi.
  • Tidak berupaya untuk mengunyah makanan. Makanan mungkin akan terperangkap diantara lelangit dan gusi. Minuman dan air liur juga akan meleleh dari tepi mulut.
  • Anda tidak berupaya menutup mata dan ini menyebabkan mata akan menjadi kering atau air mata akan mengalir keluar.
  • Anda tidak dapat kedutkan dahi anda, tidak dapat meniup ataupun mengembangkan pipi.
  • Anda juga akan bermasalah dalam sebutan perkataan yang bermula dengan huruf P.
  • Sesetengah orang tidak menghadapi kesakitan manakala segelintir orang akan mengalami kesakitan dibelakang telinga untuk beberapa hari.
  • Anda juga akan kedengaran suara/ bunyi dengan kuat walaupun bunyi itu tidak terlalu kuat.
  • Deria rasa juga akan terjejas.

Bagaimanakah Bell’s Palsy dapat dikesan?

Tiada ujian yang benar-benar dapat menunjukkan bahawa anda mempunyai Bell’s Palsy. Doktor akan berhati-hati melakukan pemeriksaan fizikal yang lengkap. Gejala tidak boleh menutup kelopak mata anda dan lain-lain akan membantu doktor untuk mengesahkan kondisi ini sebagai Bell’s Palsy. Doktor juga akan melakukan pemeriksaan pendengaran dan stabiliti. Semua pemeriksaan membantu menjelaskan diagnosis dan boleh membantu meramalkan tahap pemulihan anda.

Bagaimana rawatan Fisioterapi dapat membantu?

Rawatan fisioterapi adalah digalakkan. Ahli fisioterapi anda akan mengajar senaman muka yang akan menguatkan otot di muka untuk meningkatkan kemahiran kordinasi. Rawatan fisioterapi juga telah membantu dalam beberapa kes Bell’s Palsy.

Rawatan Fisioterapi untuk Bell’s Palsy?

Senaman muka Bell’s Palsy

Latihan akan membantu untuk menguatkan otot tertentu pada muka dan perlu dilakukan 4-5 kali sehari di depan cermin atau mengikut nasihat fisioterapi anda. Cermin itu juga akan membantu anda mengelakkan otot muka yang tidak lemah menguasai sebelah otot muka yang lemah. Senaman muka yang dilakukan untuk melatih otot supaya informasi diberikan kepada otot-otot muka untuk bergerak. Ini akan membantu anda beralih kembali menggunakan otot muka anda dan pulih daripada Bell’s Palsy.

Senaman muka untuk Bell’s Palsy melibatkan beberapa otot muka yang berlainan.

Yang perlu dibuat

  • Senaman muka boleh dibuat di rumah.
  • Anda haruslah sabar dan menguatkan otot muka secara beransur-ansur.
  • Senaman perlu dilakukan tidak kurang daripada tiga kali
  • Kekerapan dan ulangan senaman ini haruslah dilakukan secara beransur-ansur mengikut perkembangan otot muka anda.
  • Tumpukan perhatian anda semasa bersenam – fokus pada pergerakkan otot muka yang tidak lemah dan cuba praktiskan pada otot muka yang lemah dengan perlahan lahan.
  • Senaman harus dilakukan dalam tempoh yang sikit tetapi kekerapan nya perlulah meningkat. Kuantiti tidak penting manakala kualiti pergerakkan adalah penting. Oleh itu, jangan lakukan senaman apabila anda letih. Adalah bagus membuat latihan senaman muka beberapa kali dengan betul daripada melakukan banyak senaman otot muka yang salah.

Yang tidak patut dibuat

  • Jangan terlalu risau ataupun jangan memenatkan dirinya semasa membuat senaman ini.
  • Jangan paksa dengan membuat senaman ini dimana kedua dua belah otot muka akan berada dalam keadaan tegang. Sekiranya, anda dapati otot muka tegang, rehatlah seketika.

Senaman Muka

bell-palsy-1 bell-palsy-2
Duduk rehat di hadapan cermin Tinggikan kening anda dengan menggunakan jari.
bell-palsy-3 bell-palsy-4
Kedutkan kening anda Kedutkan hidung anda.
bell-palsy-5 bell-palsy-6
Cuba bawa hujung mulut ketepi sama seperti sebelah muka Angkat hujung mulut ke atas
bell-palsy-7 bell-palsy-8
Kembangkan pipi Kucupkan bibir

Sumber: Gambar 2015 – Unit Fisioterapi, Hospital Taiping

Senaman Untuk Menutup Mata

bell-palsy-9 bell-palsy-10

Lihat bawah

Tutup mata anda dengan jari perlahan lahan
bell-palsy-11

Dengan mennggunakan lagi sati tangan, cuba angkat kening perlahan lahan, bermula dari hujung kening ke lagi satu hujung kening. Ini adalah untuk mengelakkan kelompak mata menjadi tegang.

bell-palsy-12 bell-palsy-13
Tutup mata anda setakat mana yang boleh

Dengan menggunakan jari, tutup mata anda.

Sumber :  Gambar 2015 – Unit Fisioterapi, Hospital Taiping

Stimulasi elektrik

Satu lagi rawatan Fisioterapi adalah stimulasi elektrik. Tidak seperti senaman muka yang anda boleh buat di rumah, stimulasi elektrik ini perlu dibuat dengan Fisioterapi.

Stimulasi elektrik menggunakan sedikit elektrik untuk merangsang otot muka yang lemah. Ini akan membantu menghantar ransangan kepada otot. Sewaktu Bell’s Palsy otot muka anda akan berada dalam keadaan lemah dan pada ketika ini stimulasi elektrik adalah sangat penting dalam meransang pergerakkan otot muka.

Urutan

Urutan muka boleh dilakukan sebagai salah satu rawatan yang lain.Antara teknik urutan adalah seperti ; 

  • Effleurage
  • Finger or thumb kneading
  • Hacking
  • Tapping
  • Stroking

Selain daripada itu, antara rawatan yang lain adalah :

  • Rawatan haba untuk mengurangkan sakit pada kawasan otot muka yang lemah.
  • Minum menggunakan straw.
  • Makan disebelah muka yang rasa selesa.

Langkah berjaga-jaga

Yang paling penting adalah untuk memastikan mata dalam keadaan yang lembab. Pada waktu malam, letakkan satu pad atau tuala putih untuk menutup bahagian mata yang tidak tutup sepenuhnya. Pada waktu siang pula, bolehlah memakai kaca mata yang sesuai supaya tidak terkena habuk dan kotoran.

Untuk makan pula, pastikan makanan dibawa ke sebelah mulut yang selesa supaya makanan tidak keluar dari mulut.

Rujukan

  1. James M.Elliott, et.all Journal Of Physiotherapy, November 2006 , Vol 34(3) pg 167 – 171
  2. bellspalsy.org.uk The Bell’s Palsy Association
  3. ncbi.nlm.nih.gov ; Bell’s Palsy. Treatment Guidelines
  4. bellspalsy.ws/exercise. Bell’s Palsy InfoSite & Forums – Facial Exercises for Bells
  5. nhs.uk/…/Bells-palsy/Pages/Treatment. Bell’s palsy – Treatment
  6. patient.info › Health Information. Bell’s Palsy Symptoms. Treatment for Bells Palsy
Semakan Akhir : 23 Ogos 2019
Penulis : Kogilavani a/p S.Krishnan
Akreditor : Se To Phui Lin
Penyemak : Halimah bt. Hashim

Artikel Berkaitan

Mitosis

Pengenalan Setiap sel dalam badan kita akan melalui satu siri

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,105,469

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia