Home > Umum > Fisioterapi > Dewasa > Rawatan Fisioterapi Untuk Bahu Frozen (Frozen Shoulder)

Rawatan Fisioterapi Untuk Bahu Frozen (Frozen Shoulder)

Apa itu Bahu Frozen?

Bahu Frozen ialah kondisi di mana tisu penghubung sendi bahu mengalami proses keradangan, penebalan dan ketegangan. Bahu Frozen akan mengakibatkan pengurangan di dalam pergerakan sendi bahu dan kesakitan.

Apa yang berlaku ketika Bahu Frozen?

Keradangan akan turut diikuti dengan dengan ketebalan dan ketegangan kapsul sendi bahu. Apabila ianya berlaku, pergerakan sendi akan menjadi berkurangan. Sendi bahu penghidap Bahu Frozen akan melalui 3 fasa bagi tempoh beberapa bulan seperti berikut:

1.      Fasa kesakitan: Di dalam fasa ini, bahu mengalami kesakitan di dalam kebanyakan pergerakan dan mula merasa ketat.

2.      Fasa pengekatan (freezing): Pengurangan pergerakan bahu disebabkan oleh penebalan pada permukaan kapsul sendi. Penghidap akan mengalami kesukaran semasa mengangkat tangan melepasi kepala dan semasa digerakkan ke bahagian belakang pinggang.

3.      Fasa (thawing): Fasa terakhir ini, bahu akan merasa ringan dan bebas melakukan gerakan. Pergerakan sendi akan mula beransur pulih. Apa yang berlaku ketika Bahu Frozen

Source: http://harrys-frozenshoulder.blogspot.com/

Simptom apakah yang akan dialami oleh penghidap Bahu Frozen? ·      

Simptom utama yang akan dialami adalah kesakitan dan kekerasan di bahu dan mengakibatkan pengurangan di dalam pergerakannya. ·         Kesakitan akan bertambah dengan setiap gerakan. Otot semakin mengecil disebabkan penghidap yang cuba mengurangkan rasa kesakitan dengan mengelak dari melakukan aktiviti · Kesakitan berterusan turut dirasai ketika berehat/tidur dan menggangu kualiti hidup penghidap.

Apa risiko berlakunya Bahu Frozen

Kebanyakan kes Bahu Frozen akan berlaku tanpa faktor kecederaan. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa faktor berikut dijangka dapat memberi sumbangan kepada berlakunya Bahu Frozen: ·          

Umur: Penghidap sering kali berumur lebih di antara 40 hingga 60 tahun. ·         

Jantina: Wanita lebih cenderung mengalami Bahu Frozen berbanding lelaki. 70% daripada kumpulan penghidap adalah perempuan.

Bahu yang telah mengalami kecederaan atau pembedahan: Individu yang mempunyai sejarah kecederaan atau pembedahan bahu adalah berisiko untuk menghidapi Bahu Frozen. Kapsul sendi bahu berisiko menjadi keras sepanjang fasa pemulihan selepas menjalani pembedahan.     

Penyakit diabetes: Penghidap diabetes meningkatkan risiko mengalami Bahu Frozen sebanyak 2 hingga 4 kali ganda dengan tiada penyebab. ·          

Lain-lain penyakit sistemik badan: Peningkatan potensi mengalami Bahu Frozen di kalangan penghidap penyakit sistemik seperti jantung dan Parkinson. ·          

Penyakit endokrin: Penghidap Diabetes merupakan risiko utama mengalami Bahu Frozen. Penghidap yang bermasalah endokrin lain seperti Hyperthyroidism (tiroid terlebih aktif) dan Hypothyroidism (tiroid kurang aktif) turut berisiko.

Apakah rawatan awal yang anda boleh lakukan ke atas Bahu Frozen?

Rawatan awal berikut akan dapat membantu mengurangkan kesakitan pada sendi anda:

1.   Protection: Elak bahu yang terlibat dari melakukan aktiviti yang membebankan.

2.   Rest: Berhenti daripada melakukan aktiviti yang tinggi bebanannya dan rehat secukupnya perlu diambil.

3.   Ice: Rawatan sejuk akan dapat mengurangkan inflamasi di dalam sendi pada peringkat awal dan membantu mengurangkan sakit. Anda dinasihati untuk meletak terapi sejuk selama 15 minit dan diulangi 3-4 kali sehari. Ianya akan membantu melancarkan pergerakan sendi serta bantu menguatkan otot. Ada individu yang rasa selesa dengan rawatan haba.

4.   Compression: Sekiranya bengkak masih ada, balut elastic bandage bagi meningkatkan sistem pengaliran darah.

Rawatan apakah yang dijalankan oleh Fisioterapi ke atas Bahu Frozen?

1.      Modaliti untuk mengurangkan sakit

Rawatan haba atau sejuk digunakan untuk mengurangkan sakit. Rawatan ais dinasihati digunakan setiap kali selepas melakukan senaman atau aktiviti yang membebankan. Stimulasi electrical dengan mesin TENS atau Interferrential pula akan dapat mengurangkan sakit, mengawal keradangan serta melancarkan pengaliran darah yang seterusnya dapat mempercepatkan proses pemulihan.

2.      Senaman

Senaman regangan dan kekuatan harus dilakukan secara berterusan bagi memastikan ketahanan dan fleksibiliti otot bahu.

Regangan otot bahu Regangan otot bahu 1.     Posisi: Duduk tegak 2.     Tindakan:Luruskan siku; tekan menyilangi badan (seperti arah anak panah) (tahan selama 30 saat/ 8-10 kali ulangan) Regangan otot lengan (triceps) Regangan otot lengan (triceps) 1.     Posisi: Duduk tegak 2.     Tindakan:Bengkok siku; tekan ke bawah (seperti arah anak panah) (tahan selama 30 saat/ 8-10 kali ulangan)
Senaman mobiliti (bantuan kayu) Senaman mobiliti (bantuan kayu) 1.      Posisi: Baring 2.      Tindakan:Kedua-dua tangan pegang kayu; luruskan siku & gerakkan bahu ke arah kepala (seperti arah anak panah) (8-10 kali ulangan) Senaman mobiliti (tanpa bantuan) Senaman mobiliti (tanpa bantuan) 1.       Posisi: Berdiri (tepi dinding) 2.      Tindakan:Sentuh jari di dinding; luruskan siku & gerakkan jari ke arah atas (seperti arah anak panah) (8-10 kali ulangan)
Senaman mobiliti (bantuan kayu)2 Senaman mobiliti (bantuan kayu) 1.     Posisi: Baring 2.     Tindakan:Kedua-dua tangan pegang kayu; luruskan siku & gerakkan bahu ke arah kepala (seperti arah anak panah) (8-10 kali ulangan) Senaman mobiliti (tanpa bantuan)2 Senaman mobiliti (tanpa bantuan) 1.     Posisi: Berdiri (tepi dinding) 2.     Tindakan:Sentuh jari di dinding; luruskan siku & gerakkan jari ke arah atas (seperti arah anak panah) (8-10 kali ulangan)

Sumber: Unit Fisioterapi Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu

3.      Nasihat

  •  Kurangkan aktiviti yang memerlukan gerakan melebihi paras kepala seperti melontar.
  • Kurangkan aktiviti mengangkat bebanan berat seperti tekan tubi lantai.
  • Sentiasa berusaha menguatkan otot bahu dan jangan meneruskan aktiviti yang menyakitkan.
  • Sentiasa menguatkan otot bahu yang tidak terlibat.
  • Jangan tidur mengiring dengan menghimpit bahu. Amalkan tidur terlentang bagi mengelak berlakunya kondisi impingement.

Bagaimana cara Bahu Frozen dapat dielakkan?

Elakkan sebarang kecederaan yang boleh memberi kesan terhadap limitasi gerakan bahu. Dapatkan nasihat berkenaan senaman regangan dan kekuatan yang bersesuaian dari Ahli Fisioterapi.

Sumber rujukan

  1. Caroline Gillott (2009) What is frozen shoulder? What causes frozen shoulder? http://www.medicalnewstoday.com
  2. Jonathan Cluett (2013) Frozen shoulder : Stiffness and pain of the shoulder joint http://orthopedics.about.com
  3. William C. Shiel Jr. & Catherine Burt Driver (2014) Frozen shoulder (Adhesive capsulitis) http://www.onhealth.com
  4. Prodyut Das (2014) Frozen shoulder exercises http://www.physiotherapy-treatment.com

Sumber gambar

1.   (2013) http://harrys-frozenshoulder.blogspot.com/ Retrieved February 3, 2014.

2.   (2014) Unit Fisioterapi, Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu. Retrieved February 3, 2014.

 

Semakan Akhir : 18 Januari 2016
Penulis : Halimah binti Hashim 
Akreditor : Daaljit Singh a/l Harbachan Singh