A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Pterygium adalah ketumbuhan yang tidak berbahaya dan bukan  sejenis kanser. Ia terjadi pada konjuntiva iaitu  tisu mukosa yang melitupi bahagian mata putih. Pterygium biasanya berbentuk segi tiga. Dalam sesetengah kes pterygium yang teruk akan melibatkan permukaan kornea iaitu bahagian tengah mata yang melitupi mata hitam. Kebiasaannya pterygium tidak mendatangkan masalah yang serius atau memerlukan  rawatan, walau bagaimanapun dapat dibuang sekiranya mengganggu penglihatan.

Gambar di ambil dari Kanski’s clinical ophthalmology

 

http://rjkoptometry.com.au/wp-content/uploads/2012/11/pterygium.jpg

Penyebab

Pendedahan terhadap sinaran ultra-ungu dipercayai menjadi penyebab yang signifikan dalam pertumbuhan pterygium. pterygium lebih kerap terjadi pada mereka yang tinggal di kawasan bercuaca panas dan kering serta mereka yang kerap berada di luar bangunan di bawah sinaran matahari. Risiko terjadinya pterygium lebih tinggi dikawasan yang lapisan ozon yang telah menipis disebabkan kurangnya penapisan sinaran ultra-ungu. Faktor lain yang boleh menyumbang kepada terjadinya pertumbuhan pterygium adalah mereka yang berkulit cerah.

Gejala dan Tanda

  1. Mata merah
  2. Rasa tidak selesa dalam mata (berpasir)
  3. Rasa seperti ada bendasing di dalam mata
  4. Mata kering
  5. Kabur penglihatan sekiranya pterygium telah merebak ke lapisan kornea

Rawatan

Rawatan pterygium bergantung kepada saiz , status, gejala pterygium, dan sama ada mengganggu penglihatan atau tidak. Pterygium dapat dirawat secara medikal atau pembedahan.

Rawatan Medikal

Ubat titis mata (air mata palsu – pelembab) digunakan untuk mengurangkan ketidakselesaan mata dan mata merah.

Rawatan Pembedahan

Pembedahan dinasihatkan sekiranya pterygium telah mengganggu penglihatan. Pembedahan dijalankan dibawah pengaruh bius setempat dan prosedur mengambil masa dalam 30 minit. Ubat titis mata(kombinasi antibiotik dan steroid) akan diberi selepas pembedahan untuk mengelakkan berlakunya jangkitan kuman dan membantu dalam proses penyembuhan.

1) http://lindavision.com/wp-content/uploads/2013/09/Linda-Vu-MD-Pterygium-Carnosidad-Gallery-32.jpg
2) http://openi.nlm.nih.gov/imgs/512/148/2629906/2629906_kjo-22-147-g002.png

Pencegahan

Bagi mengurangkan risiko pertumbuhan pterygium:

  1. Guna cermin mata yang dapat menapis sinaran ultra-ungu
  2. Amalkan memakai cermin mata hitam  dan topi bila berada di luar bangunan

Rujukan

  1. Pterygium: Causes, Symptoms & Diagnosis – Healthline
    www.healthline.com › Reference Library
  2. Pterygium (conjunctiva) – Wikipedia, the free encyclopedia
    https://en.wikipedia.org/wiki/Pterygium_(conjunctiva)
  3. Pterygium – causes, symptoms, treatment & prevention
    https://www.southerncross.co.nz/../
  4. Kanski’s Clinical Ophthalmology

 

Semakan Akhir : 23 Ogos 2019
Penulis/Penterjemah : Dr. Rosniza bt. Ab Razak
Akreditor : Dr. Shamala a/p Retnasabapathy
Penyemak : Dr. Rosniza bt. Ab Razak

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 222,235,402

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-25 14:19:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia