A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Prostat

Prostat ialah kelenjar kecil dan bulat di dalam sistem reproduktif lelaki yang terletak di pangkal pundi kencing di hadapan usus besar.

Pengenalan

  • Prostat ialah kelenjar kecil dan bulat di dalam sistem reproduktif lelaki yang terletak di pangkal pundi kencing di hadapan usus besar.
  • Fungsi utamanya ialah mengeluarkan air mani yang membantu pergerakan sperma daripada buah zakar keluar melalui pancutan daripada saluran uret ra dan zakar.
  • Kelenjar prostat biasanya membesar selaras dengan kematangan lelaki. Pembesaran ini dikenali sebagai ketumbuhan prostatik hiperplasia atau “Benign Prostatic Hyperplasia” dan ini boleh mendatangkan masalah dengan peningkatan usia.
  • Pada usia 70 tahun ke atas, sebahagian besar prostat itu terdiri daripada pembesaran nodular benign, kronik prostatitis atau perubahan premalignant. Walau bagaimanapun, prostatik hiperplasia bukan kanser.
  • Kanser prostat, satu keadaan yang lebih kerap dialami oleh orang yang berusia, bukanlah sebahagian daripada proses penuan yang normal. Oleh itu, ia tidak akan dibincang di sini.

Gejala dan Tanda

  • Sebahagian besar daripada pembesaran kelenjar prostat tidak menimbulkan sebarang gejala atau tanda.
  • Pesakit juga mungkin menghadapi masalah sentiasa hendak kencing dan kerap buang air kecil tetapi gejala ini lazimnya hanya timbul selepas kelenjar prostat membesar sehingga menekan dan menyekat saluran air kencing.
  • Pemeriksaan tempat buang air besar oleh doktor adalah sangat penting dalam pemeriksaan kelenjar prostat.

Komplikasi

  • Tanda-tanda yang lazim ialah perubahan ketara ketika membuang air kencing. Kesukarannya wujud akibat saluran air kencing yang tersekat dan pundi kencing yang tidak berfungsi sepatutnya.
  • Jika tidak dirawat, ia boleh mengakibatkan masalah-masalah seperti:
    • peningkatan risiko jangkitan saluran air kencing,
    • kerosakan pundi kencing dan buah pinggang,
    • batu karang atau masalah pembuangan air kencing.

Rawatan

  • Ketumbuhan Prostatik Hiperplasia biasanya tidak bermasalah pada usia muda, namun pengetahuan awal mengenai gejala dan rawatannya diperlukan supaya rawatan awal boleh diberikan.
  • Rawatan Prostatik Hiperplasia yang sesuai hanya boleh disyorkan oleh doktor pakar bergantung kepada tanda-tanda serta tahap dan saiz pembengkakan kelenjar.
Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Dr. Sanidah binti Md. Ali
Penyemak : Dr. Ho Bee Kiau

Artikel Berkaitan

Buah Pinggang (Ginjal)

Warga emas boleh mengalami gejala membuang air kencing yang kerap, kencing malam(nocturia) ataupun kerap kencing malam. Ini disebabkan oleh berkurangnya kebolehan buah pinggang untuk mengendalikan air kencing, baik dari segi pemekatan air kencing ataupun penyimpanan yang berkesan terutamanya pada waktu malam.

Paru-Paru

Semasa proses penuaan, otot untuk proses pernafasan seperti diafragma akan menjadi lemah sebanyak 25%. Tambahan pula, kurang oksigen yang mampu diserap dari udara yang dihisap masuk.

Sistem Pertahanan Badan

Sistem pertahanan badan terdiri daripada komponen sel-sel dendritik (dendritic cells), sel-sel makrofaj (macrophages cells), sel pembunuh semula jadi (natural killer cells) dan sistem komplimen (complement system).

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 222,947,579

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia