Home > Laman Utama > Proses Pengeluaran Susu Ibu

Proses Pengeluaran Susu Ibu

Download:
altaltaltaltaltalt

 

Terdapat 2 proses dalam pengeluaran susu ibu iaitu proses penghasilan dan proses pengaliran.

Apabila bayi menyusu, saraf di puting akan dirangsangkan dan isyarat akan dihantar ke otak untuk penghasilan dan pengaliran susu ibu. Dua hormon yang memainkan peranan penting dalam proses penghasilan dan pengeluaran susu ibu iaitu Hormon Prolaktin dan Oksitosin.

Hormon Prolaktin akan dirembeskan ke dalam aliran darah dari bahagian hadapan kelenjar pituitari.

Hormon Prolaktin akan menyebabkan sel alveoli mengembang dan menghasilkan susu.

Semakin kerap bayi menyusu, semakin banyak hormon dirembeskan dan lebih banyak susu terhasil.

Setelah susu dihasilkan, proses pengaliran bermula. Hormon Oksitosin dirembeskan ke dalam aliran darah dari bahagian belakang kelenjar pituitari.

Hormon Oksitosin menyebabkan sel-sel otot di sekeliling alveoli mengecut dan membolehkan susu mengalir melalui salur susu dan dihisap keluar oleh bayi.

Yakinlah diri anda bahawa anda boleh menghasilkan susu yang mencukupi untuk bayi. Sentiasa berfikiran positif!

P
Pap Smear

Pedih Ulu Hati

Penyakit Endometriosis

Pembedahan Penggantian Sendi Lutut

Pembengkakan Prostat Bukan Kanser

Pencegahan Diabetik Neuropati

Pencegahan Diabetik Retinopati

Penggunaan Penyembur Hidung Dengan Betul

Penggunaan Salap Mata

Penyakit Arteri Koronari

Penyakit Gusi

Penyakit Jantung Kongenital

Peritoneal Dialisis

Pertumbuhan Gigi

Perubahan Perasaan

Prosedur Penyediaan Gigi Palsu

Prosedur Rawatan Ortondotik

Proses Kelahiran

Psoriasis

Proses Pengeluaran Susu Ibu