A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. Prosedur Pemindahan Embrio

Prosedur Pemindahan Embrio

Apa itu pemindahan embrio?  

Ia merupakan satu proses dimana embrio  yang sudah berkembang ( 4 sel pada hari ke 2, 8 sel pada hari ke 3 atau blastosis pada hari ke 5) dimasukkan ke dalam uterus dengan menggunakan catheter.

Prosedur pemindahan embrio 

Biasanya embrio akan dipindahkan pada peringkat hari ke dua, ketiga atau hari kelima persenyawaan atau dipanggil peringkat blastosis.

Proses ini sangat penting walaupun ianya agak mudah dilakukan.

Ia memerlukan teknik dan kepakaran tertentu dengan menggunakan satu tiub kecil yang panjang atau  catheter Ia biasanya dilakukan dengan menggunakan bantuan ultrabunyi. Prosedur ini tidak memerlukan bius dan hampir sama dengan procedur IUI.

Perbezaan antara keduanya adalah pemindahan embrio memerlukan bantuan imbasan ultrabunyi manakala IUI tidak perlu.

Prosedur pemindahan embrio seperti di bawah:

  1. Prosedur pemindahan embrio bermula dengan meletakkan spekulum ke dalam faraj untuk membuka serviks dan mudah dibersihkan dengan media dan kapas.
  2.  Imbasan ultrabunyi diperlukan untuk membantu doktor untuk menempatkan ‘catheter’ berhampiran dengan fundus dan mengurangkan trauma terhadap endometrium.
  3. Kebiasaannya, ‘catheter’ yang lemput akan digunakan untuk pemindahan embrio dan dimuatkan dengan embrio dan seterusnya diserahkan kepada doktor selepas beliau mendapat gambaran rahim pesakit.  
  4. Catheter’ dimasukkan melalui saluran serviks dan seterusnya ke dalam rongga rahim.
  5. Dengan bantuan ultrabunyi kedudukan cathether yang betul 1-2 cm dari fundus dapat dicapai. Bukti menunjukan terdapat  peningkatan yang ketara dalam kehamilan klinikal menggunakan bimbingan ultrasbunyi berbanding tanpa ultrabunyi
  6. Anestesia biasanya tidak diperlukan.
  7. Pemindahan embrio khususnya memerlukan ketepatan untuk penempatan embrio dalam rongga rahim. Sasaran optimum untuk penempatan embrio , yang dikenali sebagai potensi implantasi maksimum (MIP) mata, dikenalpasti menggunakan ultrasound 3D/4D.
  8. Selepas memasukkan ‘catheter’ , media yang mengandungi embrio akan dikeluarkan dalam rahim
  9. Penarikkan ‘catheter’ dari rahim juga dilakukan dengan perlahan-lahan.
  10. Setelah‘catheter’ dikeluarkan. Catheter itu diserahkan kepada embryologist untuk melakukan pemeriksaan di bawah mikroskop bagi memastikan bahawa semua embrio sudah ditempatkan dalam uterus.
  11. Keseluruhan prosedur mengambil masa 5 minit sahaja.
  12. Pemindahan embrio dilakukan lebih kurang 2 hari selepas pengutipan osit

Selepas menjalankan pemindahan embrio, wanita tersebut perlu mengambil ubat sokongan penempelan sama ada dalam bentuk tablet vagina atau suntikan.

Perkara- perkara berikut perlu diberi perhatian:

  1. Banyakkan rehat dan elakkan aktiviti fizikal yang berlebihan.
  2. Pastikan anda menggunakan ubat progesterone yang dibekalkan setiap hari.
  3. Minum air secukupnya.
  4. Elakkan pengambilan ubat ubatan tanpa nasihat doktor
  5. Hubungan seks tidak digalakkan selepas menjalani rawatan.

Risiko 

  1. Risiko kehamilan kembar

    Seperti dalam semua teknik penggalak hamil lain, risiko mendapat anak kembar turut meningkat.

    Apabila pasangan mendapat rawatan IVF, kemungkinan mendapat kandungan kembar adalah  sekitar 25%.

    Bagi mengelakan hal tersebut berlaku, kebanyakkan hospital kini menghadkan cuma dua embryo setiap kali pmindahan dilakukan.

  2. Risiko pada bayi

    Masalah kesihatan kemungkinan akan dialami oleh bayi seperti kecacatan atau mati adalah lebih tinggi kerana kebanyakkan bayi mungkin tidak cukup bulan ( pra matang).

    Sekitar 50%  bayi akan mengalami kurang berat kelahiran  dan tidak cukup bulan.

  3. Risiko kehamilan ektopik

    Risiko kelahiran luar rahim (ektopik) dalam rawatan IVF adalah lebih kurang 5 %.

    Tetapi keadaan ini bukanlah disebabkan prosedur rawatan, tetapi kerana wanita  yang menjalankan rawatan IVF selalunya telah menghadapi masalah salur rahim yang rosak, jadi mendedahkan mereka mengalami kehamilan ektopik.

  4. Ketegangan psikologi

    Rawatan ini memerlukan komitmen emosi yang tinggi kerana ianya merupakan rawatan yang tdak semestinya berjaya.

    Harapan pesakit adalah tinggi tetapi hasilnya lebih kerap menemui kegagalan daripada kejayaan dalam setiap pusingan rawatan.

    Tambahan pula, rawatan membabitkan kos yang tinggi dan masa yang agak lama.

Kadar kehamilan selepas pemindahan embrio dijalankan       

Umumnya, peluang kejayaan sekali rawatan adalah sekitar 25%-35%, bagaimanapun ia bergantung kepada masalah fertiliti yang anda alami.

Berdasarkan kajian, peluang kejayaan IVF juga berbeza – beza mengikut umur:

  1. Bawah 35 tahun- 35%
  2. 35 hingga 37 tahun: 25%
  3. 38 hingga 40 tahun : 15- 20%
  4. Lebih daripada 40 tahun: 6- 10 %

Kajian juga menunjukkan bahawa pesakit memiliki peluang kejayaan IVF yang rendah adalah disebabkan oleh faktor berikut:

  1. Wanita berumur yang menghadapi masalah kegagalan ovari.
  2. Pasangan lelaki yang mempunyai bilangan sperma yang amat rendah
  3. Berlakunya kerosakan genetik di dalam osit dan sperma
  4. Wanita yang mempunyai rahim yang rosak menyukarkan penempelan embrio pada rahim lalu menyebabkan peluang kehamilan yang rendah.

Rujukan

  1. Mains L, Van Voorhis BJ (April 2010). “Optimizing the technique of embryo transfer”. Fertil Steril 94(3): 785–90. doi:10.1016/j.fertnstert.2010.03.030. PMID 20409543.
  2. Dar, S.; Lazer, T.; Shah, P. S.; Librach, C. L. (2014). “Neonatal outcomes among singleton births after blastocyst versus cleavage stage embryo transfer: a systematic review and meta-analysis”. Human Reproduction Update 20 (3): 439–448.
  3. Mains L, Van Voorhis BJ (April 2010). “Optimizing the technique of embryo transfer”. Fertil Steril 94(3): 785–90.
  4. Farquhar, Cindy; Rishworth, Josephine R; Brown, Julie; Nelen, Willianne LDM; Marjoribanks, Jane; Brown, Julie (2013). “Assisted reproductive technology: an overview of Cochrane Reviews”.Cochrane Database Syst Rev 8: CD010537.
  5. Gurnee, IL. Advanced Fertility Center of Chicago. (847) 662-1818
  6. Helmerhorst FM, Perquin DA, Donker D, Keirse MJ. Perinatal outcome of singletons and twins after assisted conception: a systematic review of controlled studies. BMJ. 2004;328:261–26
  7. Bromer JG, Ata B, Seli M, Lockwood CJ, Seli E. Preterm deliveries that result from multiple pregnancies associated with assisted reproductive technologies in the USA: a cost analysis. Curr Opin Obstet Gynecol.2011;23(3):168–173
  8. Bromer JG, Ata B, Seli M, Lockwood CJ, Seli E. Preterm deliveries that result from multiple pregnancies associated with assisted reproductive technologies in the USA: a cost analysis. Curr Opin Obstet Gynecol.2011;23(3):168–173.
Semakan Akhir : 15 Januari 2015
Penulis : Sardiana bt. Sarmidi
Akreditor : Krishnan a/l Kanniah

 

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,372,231

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia