Home > Umum > Terapi Bahasa & Pertuturan > Profesion Pemulihan Pertuturan-Bahasa

Profesion Pemulihan Pertuturan-Bahasa

Terapis Pertuturan-Bahasa adalah ahli profesional yang bertanggungjawab memberi perkhidmatan klinikal bagi masalah pertuturan, bahasa, komunikasi dan penelanan.

Di antara contoh masalah pertuturan, bahasa, komunikasi dan penelanan adalah seperti:

  1. Masalah pertuturan
  2. Masalah bahasa
    • Lambat bercakap
    • Susunan ayat tidak teratur
    • Sukar memahami perbualan
    • Sukar mengikuti arahan mudah / kompleks
  3. Masalah komunikasi
    • Tidak berupaya berkomunikasi secara verbal
    • Tidak tahu untuk memulakan dan mengekalkan topik perbualan
  4. Masalah penelanan adalah :

Profesion Pemulihan Pertuturan-Bahasa

Pesakit yang mengalami masalah pertuturan, bahasa, komunikasi dan penelanan perlu dirujuk kepada

Terapis Pertuturan-Bahasa untuk penilaian dan rawatan lanjut. Antara pemeriksaan klinikal yang akan dilakukan oleh Terapis Pertuturan-Bahasa adalah seperti membuat saringan, penilaian, memberi rawatan, dan kaunseling ke atas masalah yang dihadapi.

Masalah pertuturan, bahasa, komunikasi dan penelanan boleh berlaku di setiap peringkat umur. Kebiasaannya pesakit kanak-kanak yang akan mengalami masalah komunikasi adalah seperti:

Pesakit dewasa yang mungkin mengalami masalah pertuturan, bahasa, komunikasi dan/ atau penelanan adalah di kalangan:

Keperluan terapi pertuturan pada setiap pesakit adalah berbeza mengikut potensi dan motivasi pesakit serta ahli keluarga.

Terapis Pertuturan-Bahasa juga terlibat secara langsung bagi perkara-perkara berikut:

  • Meningkatkan kesedaran orang ramai tentang pertuturan, bahasa, komunikasi dan penelanan melalui kempen, ceramah dan risalah-risalah
  • Menjalani kajian berkaitan kecelaruan komunikasi dan masalah penelanan
  • Membentuk polisi, prosedur dan piawaian perkhidmatan Terapis Pertuturan-Bahasa

Kelayakan

Ijazah Sarjana Muda Sains Pertuturan @ Ijazah Sarjana Muda Sains Kesihatan (Patologi Pertuturan) dari universiti tempatan dan luar negara yang diiktiraf.

Tempat Kerja

Kerjaya sebagai Terapis Pertuturan-Bahasa adalah satu profesion yang sentiasa berkembang dari masa ke semasa. Kelebihan profesion ini membolehkan Terapis Pertuturan-Bahasa berkhidmat di pelbagai sektor termasuklah:

  • Hospital awam & swasta
  • Klinik awam & swasta
  • Pusat pemulihan awal; pemulihan dalam komuniti (PDK), early intervention center (EIP)
  • Sekolah pendidikan khas awam & swasta
  • Universiti & hospital universiti
  • Pusat pemulihan awam & swasta

Cabaran

Walaupun kerjaya sebagai Terapis Pertuturan-Bahasa dilihat mempunyai peluang pekerjaan yang luas, namun terdapat beberapa kekangan berlaku dalam skop perkhidmatan di Malaysia. Antara cabaran yang dihadapi adalah:

  1. Kekurangan bekalan graduan dalam bidang Terapi Pertuturan-BahasaSetakat ini hanya dua Institusi Pengajian Tinggi Awam yang menawarkan pengajian dalam bidang terapi pertuturan-bahasa bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda. Jumlah pengambilan pelajar baru bagi sebuah IPTA adalah sangat rendah iaitu sekitar 15-20 pelajar dalam tempoh setahun. Masalah ini berlaku berikutan kekurangan tenaga pengajar & kemudahan latihan klinikal.
  2. Kekurangan Terapis Pertuturan-Bahasa yang berkhidmat di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)Walaupun perkhidmatan terapi pertuturan telah diperkenalkan di KKM semenjak tahun 2001, masalah kekurangan Terapis Pertuturan-Bahasa di KKM masih menjadi isu utama. Anggaran nisbah menunjukkan pada tahun 2014, nisbah Terapis Pertuturan-Bahasa kepada penduduk Malaysia adalah 1:156 760.Sehingga tahun 2015, jumlah Terapis Pertuturan-Bahasa yang berkhidmat di KKM adalah seramai 104 orang sahaja. Purata bil kemasukan Terapis Pertuturan-Bahasa ke KKM dalam tempoh 10 tahun (2001 – 2010) adalah seramai 6 orang setahun.Permintaan yang tinggi berbanding penawaran yang diberikan menyebabkan pesakit terpaksa menunggu tempoh masa yang lama bagi mendapatkan perkhidmatan Terapis Pertuturan-Bahasa. Berikutan permintaan yang tinggi, kebanyakan Terapis Pertuturan-Bahasa juga kurang berminat untuk menyertai KKM kerana mendapat tawaran yang lebih lumayan di luar KKM.

Rujukan

  1. American Speech-Language-Hearing Association. 2007. Scope of Practice in Speech-Language
  2. Pathologist [Scope of Practice]. Available from www.asha.org/policy.
  3. Laporan Pembentangan Pengiraan Unjuran Keperluan Profesion Terapis Pertuturan-Bahasa bagi tahun 2010 di sesi Pembentangan Aktiviti Makmal Perancangan Tenaga Manusia
  4. American Speech-Language-Hearing Association. 2002. Knowledge and skills needed by speech-language pathologists providing services to individuals with swallowing and/or feeding disorders [Knowledge and Skills]. Available from asha.org/policy. [2 Disember 2014]
  5. American Speech-Language-Hearing Association. 2001. Swallowing Disorders (Dysphagia) in Adults. http://www.asha.org/public/speech/swallowing/Swallowing-Disorders-in-Adults/ [2 Disember 2014]
  6. Ashley J. Duggan M. & Sutcliffe N. 2006. Speech, Language, and Swallowing in the Older Adult. Clinics in Geriatric Medicine. Vol. 22 (2): 291-310 doi: 10.1044/policy.SP2007-00283

 

Semakan Akhir : 10 Mac 2016
Penulis : Ropidah bt. Razali
Akreditor : Amelia Inbam Neelagandan