A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. Prof. Madya Dr. Alvin...

Prof. Madya Dr. Alvin Ng Lai Oon

Profesor Madya Dr. Alvin Ng Lai Oon kini bertugas di Unit Psikologi Kesihatan, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (FSK, UKM) sebagai Ketua Unit dan pensyarah. Beliau berkelayakan sebagai pakar psikologi klinikal dengan berijazah Doctor of Psychology dari Murdoch University, Western Australia. Beliau kini mempunyai pengalaman kerja sebagai seorang akademik dan psikologis klinikal selama 12 tahun.

Dr. Ng giat mengajar dalam Program Sarjana Psikologi Klinikal dan Program Diploma Siswazah Psikologi Kesihatan di bawah Unit Psikologi Kesihatan, FSK, UKM. Selain daripada pengajaran, beliau juga merupakan seorang penyelia klinikal dan penyelia penyelidikan kepada pelajar-pelajar dalam program-program tersebut, serta program-program lain dalam Fakulti Sains Kesihatan UKM

Selain daripada pengajaran Dr. Ng juga merupakan seorang pengamal psikologi klinikal di Klinik Psikologi Kesihatan, Fakulti Sains Kesihatan, UKM. Beliau menjalankan kerja-kerja klinikal seperti penilaian psikologi dan intervensi psikologi ke atas klien kanak-kanak, remaja dan dewasa. Di antara kes-kes yang Dr. Ng lihat termasuk kemurungan, anzieti, kecelaruan tingkah laku dan masalah pembelajaran

Dr. Ng kerap dijemput sebagai perunding dan penceramah kesihatan mental dan psikologi klinikal di persidangan, seminar, latihan dan perundingan pembangunan polisi di agensi-agensi kerajaan dan swasta. Dr. Ng kini menjadi Presiden pertama Persatuan Psikologi Klinikal Malaysia. Beliau juga merupakan pengarang buku “Teaching Children Handling Study Stress” (TC Publishing, 2004).

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,096,081

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-05 09:12:40
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia