A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Kesihatan Pergigian
  4. /
  5. Penjagaan Kendiri
  6. /
  7. Produk Penjagaan Kesihatan Mulut...

Produk Penjagaan Kesihatan Mulut : Berus Gigi

Berus gigi merupakan alat yang penting dalam penjagaan kesihatan mulut. Pemilihan berus gigi yang betul dan sesuai untuk anda amatlah penting bagi memastikan ia selesa digunakan, membersihkan plak gigi atau sisa makanan dengan berkesan pada semua permukaan gigi semasa pemberusan dilakukan dan mencegah masalah kesihatan mulut.

Berus gigi merupakan alat yang penting dalam penjagaan kesihatan mulut. Pemilihan berus gigi yang betul dan sesuai untuk anda amatlah penting bagi memastikan ia selesa digunakan, membersihkan plak gigi atau sisa makanan dengan berkesan pada semua permukaan gigi semasa pemberusan dilakukan dan mencegah masalah kesihatan mulut. Ikutilah tips pemilihan berus gigi yang sesuai.

Jenis Berus Gigi

Terdapat 2 jenis berus gigi iaitu

  • Manual/biasa (rajah 1); atau


    Rajah 1: berus gigi manual 1.

  • Menggunakan berus gigi otomatik (juga dikenali sebagai berus gigi berkuasa / bermotor / mekanikal / elektrik; rajah 2)


Rajah 2: berus gigi otomatik

Berus Gigi Manual

Berus gigi manual terdiri daripada bahagian utama seperti berikut (rajah 3):

  • Lengan / pemegang – bahagian ini dipegang semasa memberus gigi. Diameter atau saiz lengan yang besar mungkin boleh membantu pesakit yang mempunyai keupayaan fizikal yang terhad seperti kanak-kanak, warga tua atau orang kurang upaya.
  • Kepala – bahagian yang memegang berus. Saiz yang kecil dan bersesuaian adalah penting bagi memastikan pemberusan dapat dilakukan dengan sebaik mungkin di dalam mulut khususnya di kawasan gigi geraham belakang yang sukar dicapai.
  • Berus – Pelbagai jenis seperti keras, sederhana, lembut dan sangat lembut. Pilihlah berus gigi yang lembut kerana plak dan sisa makanan pada gigi boleh dibersihkan dengan mudah. Berus gigi (walaupun jenis keras) tidak boleh digunakan untuk menanggalkan karang gigi.


Rajah 3: Bahagian utama berus gigi manual

Terdapat 2 jenis utama iaitu berus gigi untuk orang dewasa dan kanak-kanak dengan bentuk kepala, tekstur dan panjang lengan yang berbeza.

Berus gigi manual mudah dikendalikan, dibersihkan dan dikeringkan, tahan lama dan murah dari segi kos.

Berus Gigi Otomatik

Berus gigi Otomatik selalunya menggunakan kuasa bateri yang boleh dicaj dari semasa ke semasa. Berus ini bergerak secara berputar apabila butang mula ditekan, kelajuan putaran adalah ditetap atau mungkin boleh dipilih mengikut kesesuaian anda bergantung kepada produk yang dibeli (Rajah 4).


Rajah 4: Bahagian-bahagian utama berus gigi otomatik

Sekiranya anda membeli berus gigi otomatik, pastikan anda bertanya terus kepada jurujual / promoter bagi memastikan anda memahami kaedah penggunaan, fungsi gerakan berus, saiz bateri atau jika perlu dicaj dari semasa ke semasa (built in battery), bolehkah kepala berus diganti? Buatlah perbandingan antara produk-produk bagi memilih jenis berus yang sesuai untuk anda.

Berus gigi otomatik boleh digunakan dalam keadaan berikut:

  • Orang kurang upaya
  • Pesakit yang mengalami kesukaran fizikal memberus gigi secara manual
  • Pesakit warga tua yang memerlukan bantuan penjaga
  • Pesakit kes tertentu yang disyorkan oleh doktor pergigian atau pakar pergigian

Pilihlah berus gigi dengan saiz dan bentuk yang anda suka, boleh dimasukkan ke dalam mulut dengan selesa dan mudah digunakan.

Kaedah membersih dan menyimpan berus gigi

  • Bersihkan kotoran pada berus gigi dengan air paip selepas memberus gigi.
  • Simpan berus gigi secara menegak dan biarkan berus gigi tersebut kering.
  • Jika beberapa berus gigi disimpan bersama, pastikan ia diletakkan tanpa bersentuhan antara satu sama lain.
  • Elakkan menyimpan berus gigi di dalam bekas yang tertutup.
Semakan Akhir : 23 Ogos 2019
Penulis : Dr. Mustaffa b. Jaafar
Penyemak : Dr. Sharol Lail bin Sujak

 

Artikel Berkaitan

Masalah Penelanan : Penjagaan Kesihatan Mulut

Individu yang mengalami masalah sukar menelan mempunyai kecenderungan untuk menyedut rembesan mulut ke dalam paru-paru. Mengekalkan kebersihan mulut adalah penting bukan sahaja untuk kesihatan umum tetapi juga untuk mencegah jangkitan paru-paru.

Ubat-Ubatan dan Kesihatan Mulut Kanak-Kanak

Banyak ubat-ubatan, termasuk ubat yang dipreskripsi oleh doktor, ubat yang dibeli di kaunter dan vitamin-vitamin, boleh memberi kesan yang buruk kepada kesihatan mulut. Ada antara ubat-ubatan ini memberi kesan akibat kandungan gulanya yang tinggi, yang boleh menyebabkan kerosakan gigi.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 219,226,690

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-19 11:55:02
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia