A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. Produk makanan Jepun selamat...

Produk makanan Jepun selamat dimakan

Berita Harian

Khamis, 28/04/2011

Produk makanan Jepun selamat dimakan

KUALA LUMPUR: Semua produk makanan yang diimport dari Jepun selamat dimakan selepas analisis 229 sampel yang diuji mematuhi standard piawaian keselamatan ditetapkan, selain Kabinet bersetuju menilai semula keadaan di Jepun.

Berkuat kuasa semalam, Kementerian Kesihatan juga memutuskan semua produk dari Jepun perlu mempunyai dokumen pengisytiharan daripada Pihak Berkuasa Jepun dengan syarat mendapatkan 'Sijil Radioaktiviti' masih dikekalkan bagi produk import berasal 11 kawasan berisiko termasuk Fukushima, Gunma, Ibaraki, Tochigi, Miyagi, Yamagata, Niigata, Kanagawa, Saitama, Tokyo dan Chiba.

Makanan berasal dari luar kawasan terbabit hanya memerlukan Sijil Asal (COO) sebelum dibawa masuk ke negara ini, manakala makanan dituai atau diproses sebelum 11 Mac, hanya perlu melalui pemeriksaan keselamatan biasa.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kementeriannya sentiasa memantau dan mengambil tindakan kawalan awal, termasuk menaikkan Tahap Pemeriksaan 5 iaitu 'Tahan, Uji dan Lepas' mengikut Sistem Maklumat Keselamatan Makanan (FoSIM) ke atas semua makanan diimport dari Jepun sejak 16 Mac lalu.

Katanya, kementerian juga mengenakan syarat Sijil Radioaktiviti (COR) bermula 15 April lalu, untuk memastikan produk makanan yang diimport dari negara itu bebas dari kesan radiasi susulan letupan loji nuklear di Fukushima pada 11 Mac lalu akibat gempa bumi dan tsunami di Jepun.

"Kementerian tidak akan berkompromi dalam isu keselamatan makanan dan akan terus memantau makanan diimport dari Jepun. Kementerian ingin memberi jaminan bahawa semua produk makanan diimport dari Jepun adalah selamat untuk dimakan dan orang ramai tidak perlu khuatir dengan keselamatan makanan itu, " katanya selepas makan tengahari bersama Duta Besar Jepun ke Malaysia, Masahiko Horie di sebuah restoran Jepun dekat Bangi, semalam.

Majlis makan tengah hari itu sempena persaraan Horie yang menamatkan perkhidmatannya selama tiga tahun tujuh bulan kelmarin.

 

 

{module berita:news}

 

Artikel Berkaitan

M

Memflos Menangani Kemarahan Menghargai Anak Menjaga Kebersihan Mulut Bayi &

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 222,190,411

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-03-25 14:19:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia